|

IJAB KABUL NIKAH

Antara syarat sah nikah ialah ijab kabul di samping adanya suami, isteri, wali dan dua orang saksi.

Ijab ialah penawaran manakala kabul ialah penerimaan.

Jika wali perempuan kata “Aku nikahkan fulanah” dan calon suami kata “Aku terima” maka selesailah akad nikah itu.

Jika kelima-lima syarat di atas dipenuhi maka nikah itu sah di sisi syarak.

Tidak disyaratkan lafaz ijab kabul tertentu.

Mas kahwin ialah hak isteri tetapi akad nikah tetap sah walaupun dalam keadaan ia tidak ditetapkan kerana ia bukan syarat ataupun rukun dalam pernikahan.

Firman Allah ﷻ:

لَّا جُنَاحَ عَلَيۡكُمۡ إِن طَلَّقۡتُمُ ٱلنِّسَآءَ مَا لَمۡ تَمَسُّوهُنَّ أَوۡ تَفۡرِضُواْ لَهُنَّ فَرِيضَةٗ

“Tidaklah kamu bersalah (dan tidaklah kamu menanggung bayaran mas kahwin) jika kamu menceraikan isteri-isteri kamu sebelum kamu sentuh (bergaul) dengan mereka atau (sebelum) kamu menetapkan mas kahwin untuk mereka.”

[Al-Quran, al-Baqarah, 2:236]

Ayat Al-Quran di atas mengesahkan talak yang berlaku sekalipun mas kahwinnya tidak dinyatakan sedangkan tidak ada talak kecuali setelah ada pernikahan yang sah.

Mahar ditetapkan mengikut apa yang dipersetujui atau mengikut mahar mithli iaitu mas kahwin saudara perempuan isteri yang sudah berkahwin sebelumnya.

Dr. Idris bin Sulaiman
Kajang
01 Rabiulakhir 1445H
16 Oktober 2023

Similar Posts

  • |

    KEDUDUKAN HADIS SEBAGAI HUJAH

    Hadis menjadi hujah dengan sendirinya. Hadis sahih tidak perlu kepada sokongan daripada pendapat mana-mana ulama atau mazhab untuk diamalkan. Malah pendapat ulama dan mazhab itulah yang perlu kepada sokongan dalil daripada Al-Quran dan hadis. Kata Imam al-Syafie: وَيَجِبُ أنْ يُقْبَلَ الخَبَرُ فِي الوَقْتِ الَّذِي ثَبَتَ فِيهِ وَإنْ لمَ يَمْضَ عَمَلٌ…

  • |

    ASAL USUL WANG ‘DINAR’

    ASAL USUL WANG ‘DINAR’ Kata Malik bin Dinar (wafat 127H): “Sesungguhnya dinamakan ‘dinar’ kerana ia adalah himpunan dua perkataan; dinun ( دِينٌ ) (yakni agama) dan naarun ( نَارٌ ) (yakni api).” Tambah beliau: “Maka sesiapa yang menunaikan haknya (hak pada wang dinar itu) maka ia adalah sebahagian agama baginya,…

  • |

    Akaun Media Sosial Rasmi

    HEBAHAN Boleh like, follow dan subscribe akaun-akaun Ustaz Idris Sulaiman – hafizahullah – di bawah: youtube.com/@dridrissulaiman instagram.com/dridrissulaiman tiktok.com/@dridrissulaiman Untuk mengikuti video-video dakwah terbaru yang dikeluarkan dari semasa ke semasa. Semoga usaha ini diberkati Allah ﷻ . Barakallahufikum. ADMIN

  • |

    SUNAH RASULULLAH DIDAHULUKAN ATAS PENDAPAT LAIN

    Kata Imam al-Syafie: ‌أَجْمَعَ ‌الْمُسْلِمُونَ عَلَى أَنَّ مَنْ اسْتَبَانَتْ لَهُ سُنَّةُ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَمْ يَكُنْ لَهُ أَنْ يَدَعَهَا لِقَوْلِ أَحَدٍ مِنْ النَّاسِ. “Umat Islam telah sepakat bahawa barang siapa sudah terjelas baginya Sunah Rasulullah ﷺ maka dia tidak boleh meninggalkannya kerana mengambil pendapat orang lain.” [I’lam…

  • |

    ARAB SAUDI MENYALURKAN BANTUAN KEPADA MALAYSIA

    ARAB SAUDI MENYALURKAN BANTUAN KEPADA MALAYSIA Kerajaan Arab Saudi baru-baru ini memutuskan untuk menghantar bantuan perubatan kepada Malaysia dalam bentuk peralatan dan bekalan bagi menangani cabaran pandemik Covid-19. https://www.facebook.com/137192489702943/posts/4175585399196945/ Keputusan ini dikeluarkan setelah kejayaan negara berkenaan menguruskan bilangan terhad jemaah haji tanpa sebarang kes positif penyakit berkenaan dicatatkan. https://www.arabnews.com/node/1898426/saudi-arabia ————…

  • |

    WAJIB INGKAR KEMUNGKARAN

    Sabda Nabi ﷺ: مَن رَأَى مِنكُم مُنكَراً فَليُغَــيِّرْهُ بِيَدِهِ، فَإِنْ لَمْ يَستَطِعْ فَبِلِسَانِهِ، فَإِنْ لَمْ يَستَطعْ فَبِقَلبِه وَذَلِكَ أَضْعَفُ الإيمَان. “Barang siapa di antara kalian melihat kemungkaran maka hendaklah dia mengingkarinya dengan tangannya. Jika dia tidak mampu maka hendaklah dengan lisannya, dan jika dia masih tidak mampu maka hendaklah dengan…