|

IJAB KABUL NIKAH

Antara syarat sah nikah ialah ijab kabul di samping adanya suami, isteri, wali dan dua orang saksi.

Ijab ialah penawaran manakala kabul ialah penerimaan.

Jika wali perempuan kata “Aku nikahkan fulanah” dan calon suami kata “Aku terima” maka selesailah akad nikah itu.

Jika kelima-lima syarat di atas dipenuhi maka nikah itu sah di sisi syarak.

Tidak disyaratkan lafaz ijab kabul tertentu.

Mas kahwin ialah hak isteri tetapi akad nikah tetap sah walaupun dalam keadaan ia tidak ditetapkan kerana ia bukan syarat ataupun rukun dalam pernikahan.

Firman Allah ﷻ:

لَّا جُنَاحَ عَلَيۡكُمۡ إِن طَلَّقۡتُمُ ٱلنِّسَآءَ مَا لَمۡ تَمَسُّوهُنَّ أَوۡ تَفۡرِضُواْ لَهُنَّ فَرِيضَةٗ

“Tidaklah kamu bersalah (dan tidaklah kamu menanggung bayaran mas kahwin) jika kamu menceraikan isteri-isteri kamu sebelum kamu sentuh (bergaul) dengan mereka atau (sebelum) kamu menetapkan mas kahwin untuk mereka.”

[Al-Quran, al-Baqarah, 2:236]

Ayat Al-Quran di atas mengesahkan talak yang berlaku sekalipun mas kahwinnya tidak dinyatakan sedangkan tidak ada talak kecuali setelah ada pernikahan yang sah.

Mahar ditetapkan mengikut apa yang dipersetujui atau mengikut mahar mithli iaitu mas kahwin saudara perempuan isteri yang sudah berkahwin sebelumnya.

Dr. Idris bin Sulaiman
Kajang
01 Rabiulakhir 1445H
16 Oktober 2023

Similar Posts

  • |

    YAHUDI TIDAK AKAN KEKAL DI PALESTIN

    Kata Syeikh al-Albani(meningal 1999): “Orang-orang Yahudi tidak akan kekal di Palestin. Ini bukan optimis tetapi berdasarkan kefahaman daripada banyak hadis yang menunjukkan sedemikian.” [Rakaman AudioSilsilah al-Huda Wa al-Nur,no. 633] Sabda Nabi ﷺ: لَا ‌تَقُومُ ‌السَّاعَةُ ‌حَتَّى ‌يُقَاتِلَ الْمُسْلِمُونَ الْيَهُودَ فَيَقْتُلُهُمُ الْمُسْلِمُونَ حَتَّى يختبئ الْيَهُودِيُّ مِنْ وَرَاءِ الْحَجَرِ وَالشَّجَرِ فَيَقُولُ الْحَجَرُ…

  • |

    Seruan Jihad Perlu Dengan Meraikan Syarat-syaratnya

    SOALAN Ada yang berhujah untuk apa yang berlaku di Palestin dengan ayat: أُذِنَ لِلَّذِينَ يُقَٰتَلُونَ بِأَنَّهُمۡ ظُلِمُواْ “Diizinkan berperang bagi orang-orang (Islam) yang diperangi kerana sesungguhnya mereka telah dianiaya.” [Al-Quran, al-Hajj, 22:39] JAWAPAN Ayat ini sebenarnya menjadi hujah ke atas mereka. Sebab nuzul ayat ini ialah kaum Muslimin pada peringkat…

  • |

    CINTA YANG BENAR

    Beza antara orang yang berkata dengan lisannya ‘Aku mencintaimu’ tetapi tiada pentujuk sedemikian pada perbuatannya dengan orang yang lisannya diam tetapi perbuatan-perbuatannya semua menunjukkan sedemikian. [Ibnu al-Qayyim, Tariq al-Hijratain, hlm. 314] Begitulah cinta Nabi ﷺ yang benar dengan menghayati sunnahnya dalam ibadah-ibadah yang dilakukan. Bukan sekadar berslogan. Dr. Idris bin…

  • | |

    Pandangan Syeikh ar-Ruhaili hafizahullah Terhadap Syeikh at-Turaifi & Syeikh al-Arifi & Syeikh ad-Didu

    Pandangan Syeikh ar-Ruhaili hafizahullah Terhadap Syeikh at-Turaifi & Syeikh al-Arifi & Syeikh ad-Didu “Bahkan saya berikan satu kaedah iaitu sekiranya anda mendapati seseorang itu dipuji oleh golongan hizbi dan diangkat sebagai al-hafiz, al-muhaddis, al-faqih, al-imam (dan sebagainya) maka ketahuilah bahawa dia seorang individu yang menyeleweng. Umpamanya ad-Didu, at-Turaifi dan al-Arifi….

  • |

    MUSLIM MUNAFIK

    MUSLIM MUNAFIK Seorang lelaki berkata kepada Abdullah bin Mas’ud r.a.: “Aku takut diriku seorang munafik!” Kata Abdullah bin Mas’ud r.a.: “Jika engkau seorang munafik nescaya engkau tidak akan rasa takut daripadanya”. – Hilyat al-Awliya’. Maksudnya, tidaklah yang rasa takut daripada sifat munafik melainkan orang beriman. Adapun orang munafik, mereka merasa…