Ibnu al-Qayyim merupakan seorang tokoh ulama yang disegani

Dalam masa yang sama, kita mengakui bahawa setinggi mana pun seseorang tokoh itu pendapat dan ijtihad mereka tetap perlu ditimbang dengan neraca Al-Quran dan as-Sunah sebelum diterima atau ditolak.

Dan ternyata bahawa kenyataan beliau “Ilmu itu adalah firman Allah, sabda Rasulullah dan kata-kata Sahabat” bertepatan dengan nas-nas Al-Quran dan as-Sunah.

Firman Allah ﷻ:

“Dan sesiapa yang menyalahi Rasulullah sesudah terang nyata kepadanya kebenaran pertunjuk dan dia pula mengikut jalan SELAIN DARI JALAN ORANG-ORANG BERIMAN maka Kami akan palingkan dia ke arah jalan yang dipilihnya, dan Kami akan memasukkannya ke dalam neraka jahanam; dan itulah seburuk-buruk tempat kembali.”

[Al-Quran, an-Nisaa’, 4:115]

Dalam ayat di atas, Allah ﷻ tidak mengatakan “Dan dia pula mengikut jalan selain dari jalan Rasulullah” sebaliknya Allah mengatakan “Dan dia pula mengikut jalan selain dari jalan orang-orang beriman”.

Persoalannya, siapa “orang-orang beriman” yang dimaksudkan? Tidak mungkin semua kumpulan-kumpulan Islam yang berpecah dan yang wujud sesudah kewafatan Rasulullah ﷺ kerana mereka berselisih dan fahaman mereka bercanggah antara satu sama lain. Tidak mungkin semuanya dihukum benar.

Ini bermaksud “orang-orang beriman” dalam ayat di atas tidak lain adalah para Sahabat Nabi ﷺ secara kolektif kerana ia merupakan ijmak yang tidak mungkin sesat seperti mana dalam hadis. Hal ini turut dijelaskan dalam hadis-hadis.

Sabda Nabi ﷺ:

“Aku berwasiat supaya kamu bertakwa kepada Allah, mendengar dan taat sekalipun dia seorang hamba Habsyi. Kerana sesungguhnya barang siapa yang umurnya panjang daripada kalangan kamu maka dia akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang kepada Sunahku dan SUNAH PARA KHULAFA AR-RASYIDIN sesudahku. Gigitlah ia dengan gigi geraham kamu dan jangan sekali-kali kamu melakukan perkara yang baharu kerana sesungguhnya setiap bidaah ialah kesesatan.”

[Sahih. Riwayat Abu Daud]

Sabdanya lagi:

“Sesungguhnya Bani Israel telah berpecah kepada tujuh puluh dua golongan, dan umatku akan berpecah kepada tujuh puluh tiga golongan. Semua mereka dalam neraka kecuali satu golongan sahaja. Baginda ditanya: Siapakah mereka wahai Rasulullah? Baginda menjawab: MEREKA YANG BERADA DI ATAS JALANKU DAN JALAN PARA SAHABATKU.”

[Sahih. Riwayat Tirmizi]

Dalam dua hadis di atas Nabi ﷺ tidak hanya memerintahkan supaya berpegang kepada sunahnya malah menambah sunah para Khulafa ar-Rasyidin iaitu empat khalifah pertama Islam, Abu Bakar, Omar, Othman dan Ali radiallahuanhum.

Turut dijelaskan bahawa satu-satunya kumpulan Islam yang selamat bukan sahaja mereka yang berada di atas landasan Nabi ﷺ tetapi mereka yang berada di atas landasan para Sahabat baginda ﷺ.

Nas-nas di atas menjelaskan betapa pentingnya agama Islam tidak ditafsirkan mengikut faham masing-masing. Malah inilah yang telah menyebabkan umat Islam berpecah kepada pelbagai kelompok aliran kerana masing-masing memahami agama mengikut fahaman kelompok masing-masing. Cara ini salah.

Umat Islam diperintahkan supaya beragama mengikut faham para Sahabat Nabi ﷺ selaku pengikut dan murid baginda ﷺ yang dipuji Allah ﷻ dan Rasul ﷺ dalam begitu banyak nas.

Justeru benarlah kata-kata Ibnu al-Qayyim “Ilmu itu adalah firman Allah, sabda Rasulullah dan kata-kata Sahabat”.

Similar Posts

  • |

    HATI YANG TERPADAM

    Ketika mana engkau lihat hati itu tidak lagi cinta dan bersedia untuk bertemu Allah ﷻ, sebaliknya ia bergelumang dengan cinta manusia dan merasa selesa dengan hidup di dunia maka ketahuilah bahawa hati itu sudah terpadam, tidak lagi bercahaya. – Ibnu al-Qayyim, Bada’i al-Fawaid, 3/224 Daripada Allah ﷻ jua kita memohon…

  • |

    EVOLUSI CAPAL

    Mutakhir ini terdapat sebahagian kelompok yang menggunakan simbol capal pada kopiah mereka sebagai cara menzahirkan rasa cinta kepada Nabi ﷺ. Walhal perlu ditegaskan bahawa simbol capal ini tiada asasnya dalam ajaran Islam sama sekali. Menzahirkan rasa cinta Nabi ﷺ bukan dengan bersimbol-simbol sebaliknya dengan beramal dengan Sunah Nabi ﷺ sepenuhnya…

  • |

    “AKU MELIHAT ISLAM DI EROPAH TETAPI TIDAK MELIHAT Muslim” : SATU PENILAIAN

    Ada sebuah ungkapan yang sekian lama berlegar dalam dunia Islam yang berbunyi “Aku pergi ke Eropah lalu aku melihat Islam namun tidak melihat Muslim, dan aku pergi ke negara Arab dan melihat Muslim namun tidak melihat Islam.” Ungkapan di atas menggambarkan ketakjuban orangnya kepada negara-negara Barat (atau sesetengah negara Timur…

  • Takkan majoriti orang semua salah

    Kebenaran tidak diukur dengan mana-mana individu. Sebaliknya seseorang itu diukur dengan kebenaran. Kebenaran ialah apa yang menepati dalil Al-Quran dan hadis sahih tanpa mengira berapa ramai yang menerimanya atau menolaknya. Hanya kerana sesuatu pendapat itu diterima atau ditolak oleh orang-orang tertentu; sedikit atau ramai maka ia bukan dalil yang menunjukkan…

  • | |

    WALI ALLAH?

    Kyai Zaini Abdul Ghani @ Guru Sekumpul ialah seorang guru agama dari Indonesia. Dalam sebuah rakaman video ceramah di masjid kelihatan beliau secara tiba-tiba bangun dan mengangkat kain sarung di hadapan khalayak ramai. Sesuatu perbuatan yang sangat pelik dan memalukan. Walau bagaimanapun, kedudukan beliau yang kononnya sudah sampai ke darjat…

  • |

    YANG SUSAH JADI SENANG

    – Bergantung pada Allah ﷻ Kata Ibnu al-Qayyim: بِاللهِ يَهُونُ كُلّ صَعْبٍ، وَيَسْهَلُ كُلّ عَسِيرٍ، وَيَقْرَبُ كُلّ بَعِيدٍ، وَبِاللهِ تَزُولُ الهُمُوم وَالغُمُوم وَالأَحْزِان، فَلا هَمّ مَعَ اللهِ وَلا غَمّ وَلا حَزَن. “Dengan bergantung pada Allah segala yang susah jadi senang, segala yang payah jadi mudah dan segala yang jauh jadi…