| |

KHIDMAT PAWANG HUJAN

– Perbuatan syirik
– Penting faham tauhid

Perbuatan meminta pawang supaya menahan hujan adalah syirik yang membatalkan keislaman.

Demikian percaya dengan kuasa pawang itu turut menggelincirkan akidah.

Perlu ditegaskan bahawa tiadalah yang berkuasa menurunkan hujan atau menahannya kecuali Allah ﷻ.

Firman Allah ﷻ:

“Dan Dia lah yang menurunkan hujan setelah mereka berputus asa, dan Dia jua yang menyebarkan rahmatNya merata-rata.”

[Al-Quran, al-Syura, 42:28]

Firman Allah ﷻ:

“Allah jualah yang menguasai alam langit dan bumi serta segala yang ada padanya; dan Dia lah jua yang Maha Kuasa atas setiap sesuatu.”

[Al-Quran, al-Ma’idah, 05:120]

Maka perbuatan meminta pertolongan di alam ghaib kepada selain Allah ﷻ adalah syirik tercela yang diancam dengan api neraka.

Firman Allah ﷻ:

“Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan hina.”

[Al-Quran, Ghafir: 40:60]

Nabi ﷺ bersabda:

“Barang siapa mendatangi pawang lalu dia mempercayai kata-katanya maka sesungguhnya dia telah kufur dengan apa yang diturunkan ke atas Muhammad.”

[Sahih. Riwayat Abu Daud]

Sabda Nabi ﷺ lagi:

“Bukan daripada kalangan kami mereka yang merasa sial atau meminta diramalkan kesialannya, merenung nasib atau meminta ditenungkan nasibnya dan mensihirkan atau meminta disihirkan.”

[Sahih. Riwayat al-Bazzar]

Ini menunjukkan betapa pentingnya Muslim memahami erti tauhid serta menjauhi pembatal-pembatalnya termasuklah perbuatan-perbuatan syirik.

——————-

Pentingnya Faham Tauhid:

PENTINGNYA TAUHID

——————-

Doa Dialihkan Hujan:

‌اللَّهُمَّ ‌حَوَالَيْنَا وَلَا عَلَيْنَا اللَّهُمَّ عَلَى الْآكَامِ والظِّراب وَالْأَوْدِيَةِ وَمَنَابِتِ الشَّجَرِ.

“Ya Allah, turunkanlah hujan di sekitar kami dan bukan di atas kami. Ya Allah, turunkanlah hujan di dataran tinggi, bukit-bukit, perut lembah dan tempat tumbuhnya pokok- pokok.”

[Sahih. Riwayat al-Bukhari dan Muslim]

——————-

Daripada Allah jua kita memohon supaya diteguhkan hati atas tauhid dan dijauhkan daripada syirik.

Idris bin Sulaiman
Kajang
18 Syaaban 1443H /
21 Mac 2022

——————-

Sertai bersama kami dalam grup Telegram Pena Ustaz Idris Sulaiman untuk mendapatkan artikel-artikel Ustaz dan memastikan anda tidak terlepas tulisan-tulisan yang terkini melalui pautan di bawah.

https://t.me/penaustazidrissulaiman

Similar Posts

  • |

    SYIRIK: RAJA BOMOH & MANDI SAFAR

    SYIRIK: RAJA BOMOH & MANDI SAFAR Hanya Allah ﷻ sahaja yang benar-benar berkuasa di dunia ini dalam menentukan hal-hal kehidupan dan kematian, menurunkan hujan, mengeluarkan tanaman dan menurunkan rezeki. Tiadalah bala bencana seperti gempa bumi, ribut taufan dan banjir datang kecuali dengan ketetapan dan izinNya. Firman Allah ﷻ: “Allah jualah…

  • ASWAJA

    Mereka tolak Allah ﷻ di atas langit kerana akal mereka tidak dapat terima, tetapi percaya guru mereka boleh bertemu Rasulullah ﷺ secara Yaqazah (dalam keadaan jaga, bukan mimpi), tidak mustahil menurut akal, kata mereka. Ini bahana mendahulukan akal atas wahyu. Berikut dalil-dalil Al-Quran dan hadis bahawa Allah ﷻ di atas…

  • |

    BEZA ANTARA AHLI TAUHID & GOLONGAN YANG MEREALISASIKAN MAKNA TAUHID

    Ahli tauhid (Muwahhid) ialah golongan yang mengesakan Allah tetapi dalam masa yang sama mempunyai dosa-dosa yang tidak sampai ke tahap syirik. Kedudukan golongan ini di akhirat nanti akan ditentukan oleh Allah ﷻ sama untuk mengampuni dosa-dosa mereka atau mengazab mereka. Walau bagaimanapun, kesudahannya mereka akan tetap masuk ke syurga. Adapun…

  • | | |

    KUBURIYYUN

    Golongan penyembah kubur atas nama Islam. Dibuat binaan atas kubur kemudian kubur itu dijadikan sebagai tempat ibadah memuja si mati meminta tolong daripadanya atas nama tawassul dan syafaat. Inilah amalan syirik di kubur yang dilakukan oleh orang-orang jahiliah sejak dahulu sampai hari ini. Dukacitanya sebahagian kaum Muslimin pun terjebak dalam…

  • | |

    AMARAN FACEBOOK

    AMARAN FACEBOOK Akaun Ustaz Idris bin Sulaiman (Abu Omar Idris Sulaiman) baru-baru ini diberi amaran oleh Facebook gara-gara penulisan tentang Syiah. Tertera pada status akaunnya sekarang ‘warning’. Inilah hakikat yang perlu diingat bahawa Facebook mempunyai peraturan-peraturan dan garis-garis panduan tertentu yang perlu diikuti. Apa yang pasti ia bukan pro Islam…

  • |

    ASAS DAKWAH TAUHID

    – Esakan Allah / jauhi khurafat, syirik, taghut Asas akidah tauhid yang bebas daripada segala unsur khurafat dan syirik perlu menjadi pegangan setiap Muslim, dan berdasarkan asas inilah dakwah Islam perlu digiatkan sepertimana dakwah para rasul zaman berzaman. Firman Allah ﷻ: وَلَقَدۡ بَعَثۡنَا فِي كُلِّ أُمَّةٖ رَّسُولًا أَنِ ٱعۡبُدُواْ ٱللَّهَ…