HUKUM PERKATAAN DAN PANDANGAN MANUSIA

HUKUM PERKATAAN DAN PANDANGAN MANUSIA

#Kaedah-Kaedah Ilmiah (6)

Segala perkataan dan pandangan manusia dalam apa yang berkait dengan Syariat perlu dikembalikan kepada al-Quran dan as-Sunah.

Sekiranya perkataan dan pandangan seseorang itu menepati al-Quran dan as-Sunah maka ia kebenaran dan diterima.

Sekiranya perkataan dan pandangan seseorang itu menyalahi al-Quran dan as-Sunah maka ia kebatilan dan ditolak.

Adapun sekiranya perkataan dan pandangan seseorang itu kabur antara sama ada ia menepati al-Quran dan as-Sunah atau menyalahinya, maka sama ada diketahui maksudnya lalu diterima atau ditolak perkataan dan pandangan itu, atau tidak diketahui maksudnya maka dilihat latar belakang orangnya; jika latar belakang orangnya baik maka perkataan dan pandangannya itu ditafsirkan dengan makna yang baik (Dan negeri yang baik tanahnya, tanaman-tanamannya tumbuh subur dengan izin Allah; al-Quran 7:85), dan sekiranya latar belakang orangnya buruk maka perkataan dan pandangannya itu ditafsirkan dengan makna yang buruk (Dan negeri yang tidak baik tanahnya, tidak tumbuh tanamannya melainkan dengan keadaan bantut; al-Quran 7:85).

Adapun sekiranya maksud perkataan dan pandangan seseorang itu diketahui tetapi tidak dapat dipastikan sama ada ia menepati Syariat atau menyalahinya, maka dalam keadaan sedemikian hendaklah perkara itu ditangguhkan dan tiada sesiapa boleh berbicara tentangnya kecuali berlandaskan ilmu. Dan ilmu itu ialah apa yang sesuai dengan dalil al-Quran dan as-Sunah.

#Kaedah 1
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10221735747254764&id=1588241794

#Kaedah 2
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10221736159945081&id=1588241794

#Kaedah 3
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10221749875487961&id=1588241794

#Kaedah 4
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10221754700368580&id=1588241794

#Kaedah 5
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10221775898258514&id=1588241794

# al-Mausu’ah al-Aqadiyyah ad-Durar as-Saniyyah

Idris bin Sulaiman
Kajang
Cuaca bertukar redup setelah panas amat
19 Rejab 1442H /
04 Mac 2021

Similar Posts

  • LIMA JENIS ANAK

    LIMA JENIS ANAK Jenis-jenis Anak: PERTAMA: Anak yang tidak melaksanakan apa yang disuruh oleh ibu bapanya. Anak derhaka. KEDUA: Anak yang melaksanakan apa yang disuruh oleh ibu bapanya secara terpaksa. Anak yang tidak mendapat pahala. KETIGA: Anak yang melaksanakan apa yang disuruh tetapi kemudian mengungkit-ungkitnya sampai menyakiti orang tuanya, membentak…

  • RACUN DOSA

    Dosa umpama racun. Sekiranya ia tidak membinasakan maka paling tidak ia akan melemahkan orangnya. Dan jika orangnya sudah jadi lemah maka dia tidak akan dapat melawan penyakit-penyakit yang datang. Berkata ulama besar Abdullah bin Mubarak (wafat 181H): رَأيْتُ الذُّنُوبَ تُمِيتُ القُلُوبِ، وَقَدْ يُورِثُ الذُّلَّ إدْمَانُهَا، وَتَرْكُ الذُّنُوبِ حَيَاةُ القُلُوبِ. “Aku…

  • JANGAN LAMA ‘BERSHOPPING’ SEHINGGA KEDAI HAMPIR TUTUP

    JANGAN LAMA ‘BERSHOPPING’ SEHINGGA KEDAI HAMPIR TUTUP Tidak kira sama ada di ‘shopping complex’ ataupun di mana-mana pasar. Daripada Salman Al-Farisiy RA , beliau berkata: لَا تَكُونَنَّ إِنِ اسْتَطَعْتَ، أَوَّلَ مَنْ يَدْخُلُ السُّوقَ وَلَا آخِرَ مَنْ يَخْرُجُ مِنْهَا، فَإِنَّهَا مَعْرَكَةُ الشَّيْطَانِ، وَبِهَا يَنْصِبُ رَايَتَهُ “Jika kamu mampu maka janganlah menjadi…

  • MERANCANG KEHAMILAN SEPANJANG PKP?

    MERANCANG KEHAMILAN SEPANJANG PKP? Saranan supaya merancang kehamilan sewajarnya dinilai mengikut ketetapan syariat dan bukan atas sebab material keduniaan semata-mata. Secara prinsipnya, syariat menggalakkan supaya seseorang itu memiliki ramai anak. Antaranya kerana anak akan menjadi sumber pahala jariah selepas mati di samping banyak kelebihan yang lain. Sabda Nabi: “Kahwinilah kamu…

  • Merebut balik nyawa seseorang dari cengkaman malaikat maut.

    “Merebut balik nyawa seseorang dari cengkaman malaikat maut”. Kenyataan ini sewajarnya diperbetulkan kerana ajal setiap manusia telah pun ditetapkan dan tiada sesiapa pun yang dapat mempercepatkannya ataupun menangguhkannya. Allah ﷻ berfirman: وَلِكُلِّ أُمَّةٍ أَجَلࣱۖ فَإِذَا جَاۤءَ أَجَلُهُمۡ لَا یَسۡتَأۡخِرُونَ سَاعَةࣰ وَلَا یَسۡتَقۡدِمُونَ. “Dan bagi setiap umat ada tempoh (yang telah…