| |

HOMOSEKS / ĻĠɃŤǬ / PONDAN

HOMOSEKS / ĻĠɃŤǬ / PONDAN

Ustaz Idris bin Sulaiman

Jenayah homoseks adalah di antara sebesar-besar jenayah, seburuk-buruk dosa dan sekeji-keji perbuatan.

Allah telah menghukum golongan yang melakukannya dengan hukuman yang tidak pernah ditimpakan ke atas mana-mana umat terdahulu.

Ia menunjukkan betapa fitrah orangnya telah terpesong, cahaya hatinya telah hilang, lemahnya akal dan kurangnya pegangan agamanya. Ia juga tanda kegagalan serta jalan menuju kebinasaan.

NAS-NAS AL-QURAN & HADIS

Firman Allah:

“Di kala Nabi Lut berkata kepada kaumnya: Patutkah kamu melakukan perbuatan keji yang tidak pernah dilakukan oleh sesiapa pun sebelum kamu? Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk memuaskan nafsu syahwat kamu dengan meninggalkan perempuan. Sesungguhnya kamu ini adalah kaum yang melampaui batas. Dan tidaklah jawapan kaumnya melainkan dengan mereka berkata: Usirlah mereka (Nabi Lut dan pengikut-pengikutnya yang taat) dari bandar kamu ini, sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang (mendakwa) mensucikan diri. Maka Kami selamatkan dia dan keluarganya (serta pengikut-pengikutnya), melainkan isterinya, sesungguhnya dia terdiri daripada kalangan orang-orang yang dibinasakan. Dan Kami menghujani mereka dengan hujan (batu yang membinasakan). Oleh itu, lihatlah, bagaimana akibat orang-orang yang melakukan kesalahan.”

[Surah Al-A’raaf, 80-84]

Firman Allah lagi:

“Sesungguhnya mereka membuta tuli dalam kemabukan maksiat mereka. Akhirnya mereka dibinasakan oleh pekikan suara yang menggempakan bumi ketika mana matahari terbit. Maka Kami jadikan bahagian atasnya menjadi bawah (tertimbus segala yang ada di atas muka buminya), dan Kami hujani atasnya dengan batu tanah bakar. Sesungguhnya balasan azab yang sedemikian itu mengandungi tanda-tanda
bagi orang-orang memerhati dan memikirkannya. Dan sesungguhnya negeri kaum Lut yang telah dibinasakan itu terletak di jalan yang tetap (dilalui orang).”

[Surah Al-Hijr, 72-76]

Sabda Nabi:

“Barang siapa kamu mendapatinya melakukan perbuatan kaum Lut maka bunuhlah pelakunya dan yang diperlakukan ke atasnya.”

Riwayat Tirmizi, Abu Daud dan Ibnu Majah. Disahihkan oleh Syeikh Al-Albani.

Sabda Nabi lagi:

“Allah melaknat sesiapa yang melakukan perbuatan kaum Lut. Allah melaknat sesiapa yang melakukan perbuatan kaum Lut. Allah melaknat sesiapa yang melakukan perbuatan kaum Lut.” Nabi mengulanginya sebanyak tiga kali.

Riwayat Al-Hakim, Al-Baihaqi dan Imam Ahmad. Disahihkan oleh Syeikh Al-Albani.

Adapun golongan pondan, Nabi bersabda:

“Allah MELAKNAT kaum lelaki yang menyerupai perempuan dan kaum perempuan yang menyerupai lelaki.”

Riwayat Bukhari.

HUKUMAN ATAS PELIWAT

Para Sahabat Nabi sepakat bahawa hukuman liwat ialah bunuh. Hanya sahaja mereka berselisih tentang cara peliwat itu dibunuh.

Ali bin Abi Talib RA berpandangan bahawa hendaklah peliwat itu dibakar dengan api. Pandangan ini diambil oleh Khalifah Abu Bakar As-Siddiq RA.

Ada Sahabat Nabi yang berpandangan bahawa peliwat itu hendaklah dicampakkan dari tempat tinggi sebelum dilempar dengan batu. Ini adalah pandangan Ibnu Abbas RA. Ada yang mengatakan peliwat itu direjam dengan batu sampai mati. Pendapat itu diriwayatkan daripada Ali RA dan juga Ibnu Abbas RA.

Pendapat-pendapat ini diambil berdasarkan hukuman Allah ke atas kaum Lut di mana Allah berfirman: “Maka Kami jadikan bahagian atasnya menjadi bawah (tertimbus segala yang ada di atas muka buminya), dan Kami hujani atasnya dengan batu tanah bakar.” [Al-Hijr, 74]

Adapun dalam kalangan para ulama fikah, terdapat ulama yang mengatakan bahawa peliwat itu dibunuh tidak kira sama ada dia sudah berkahwin ataupun belum. Ada yang mengatakan bahawa peliwat itu dikenakan seperti hukuman zina; pesalah yang sudah berkahwin direjam manakala yang belum disebat. Ada yang mengatakan hendaklah dikenakan hukuman takzir yang berat mengikut pertimbangan pemerintah.

Imam Syafie RH mengikut zahir mazhabnya berpandangan bahawa hukuman liwat sama seperti hukuman zina.

HUKUMAN ATAS ORANG YANG DILIWAT

Pada dasarnya peliwat dan orang yang diliwat dikenakan hukuman yang sama, memandangkan kedua-dua mereka berkongsi sama melakukan perbuatan keji itu. Maka hukuman atas kedua-duanya adalah BUNUH sebagaimana yang disebutkan dalam hadis.

Hanya sahaja dikecualikan dua keadaan:

Pertama: Seseorang yang dipaksa melakukan liwat, sama ada dengan dipukul atau diancam bunuh dan seumpamanya.

Kedua: Sekiranya orang yang diliwat adalah anak kecil yang belum baligh, maka dia tidak akan dikenakan hukuman had. Cuma jika dia sudah mumaiyiz, maka dia diberi tunjuk ajar dan dihukum supaya tidak lagi terjebak dalam perbuatan keji ini.

HUKUMAN LESBIAN

Ia adalah perbuatan HARAM tanpa syak. Sebahagian ulama menyenaraikannya sebagai perbuatan dosa besar.
.
Para ulama sepakat bahawa kesalahan ini tiada hukuman had ke atasnya kerana ia bukan zina. Sebaliknya pelakunya dikenakan hukuman takzir, di mana pemerintah mengenakan hukuman sebagai pengajaran kepada pesalah dan juga orang-orang yang sepertinya agar menjauhi maksiat terkutuk ini.

HUKUMAN KE ATAS PONDAN

Abu Hurairah RA meriwayatkan bahawa seorang lelaki pondan yang telah memakai inai di tangan dan kakinya dibawa ke hadapan Rasulullah sallalahu alahi wasallam. Kata Nabi, “Mengapa dengannya?” Mereka berkata, “Dia menyerupai perempuan.” Maka Nabi memerintahkan supaya dia dibuang negeri. Mereka bertanya, “Wahai Rasulullah, mengapa tidak dibunuh?” Jawab Nabi, “Aku ditegah membunuh orang-orang yang solat.”

Riwayat Abu Daud. Disahihkan oleh Syeikh Al-Albani.

Hendaklah hukuman buang daerah ke atas golongan pondan merealisasikan maslahat yang diharapkan; iaitu memelihara masyarakat daripada fitnah dan kejahatan golongan pondan ini.

Adapun sekiranya dia boleh menimbulkan fitnah di tempat buangannya, maka dalam keadaan ini selayaknya dia dikurung di suatu tempat yang tiada orang lain bersamanya.

Sekiranya sabit bahawa si pelaku pondan itu meliwat, maka hukuman ke atas peliwat telah pun dijelaskan sebelum ini.

CARA MENDEPANI GOLONGAN LGBT & PONDAN

Sesudah jelas bahawa perbuatan homoseksual dan pondan termasuk dalam sebesar-besar dosa dan sekeji-keji maksiat yang menunjukkan bahawa fitrah orangnya sudah terpesong, di samping bahawa pelakunya layak mendapat seksaan di dunia dan akhirat, maka adalah menjadi kewajipan setiap anggota masyarakat untuk menasihati golongan yang terpesong ini, memberikan teguran di samping menjelaskan kepada mereka tentang ancaman serta balasan yang menanti.

Ini bertepatan dengan sabda Nabi:

“Barang siapa melihat suatu kemungkaran maka hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya. Sekiranya tidak mampu, maka hendaklah dengan lisannya. Jika tidak mampu maka hendaklah dengan hati jantungnya, dan itulah selemah-lemah iman.”

Riwayat Muslim.

Sekiranya mereka berdegil dan enggan menerima nasihat, maka dianjurkan untuk memulau dan memutuskan hubungan dengan mereka dengan harapan bahawa mereka akan sedar serta kembali ke pangkal jalan.

Disebutkan dalam kitab Al-Furu’ oleh Ibnu Mufleh: “Sekiranya telah diketahui bahawa seseorang itu terus tegar di atas maksiatnya, maka adalah tidak berdosa sekiranya orang itu dipulaukan sehingga dia kembali ke pangkal jalan. Jika tidak, masakan orang itu akan sedar daripada kesalahannya sekiranya tiada sesiapa yang mengingkarinya manakala rakan taulannya terus berdamping dengannya seperti tiada apa-apa.”

MENGASIHANI & MENDEKATI GOLONGAN LGBT?

Di antara tanda iman ialah ‘cinta kerana Allah dan benci kerana Allah’ sebagaimana yang disebut dalam sabda Nabi.

Cinta kerana Allah ialah dengan mencintai orang yang beriman kerana Agamanya, ibadahnya, ketaatannya kepada Allah; melaksanakan suruhan dan menjauhi larangan. Bukan kerana hubungan kerabat atau maslahat dunia.

Benci pula adalah sebaliknya. Seseorang Mukmin itu membenci si pelaku maksiat kerana kemaksiatan yang dilakukannya; bukan kerana sebab lain seperti konflik atau perseteruan peribadi. Maka dengan sekadar maksiat tersebut si pelaku itu dibenci. Demikian juga seorang Mukmin itu membenci orang-orang kafir dan berlepas diri daripada kekufuran mereka.

Kata Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah:

“Sekiranya terhimpun pada diri seseorang itu kebaikan dan kejahatan, perbuatan taat dan maksiat, Sunnah dan bidaah, maka layaklah orang itu dicintai dan dikasihi sekadar mana kebaikannya. Dalam masa yang sama, orang itu turut layak dimusuhi dan dihukum sekadar mana kejahatannya. Akhirnya terhimpunlah pada diri orang itu hak-hak untuk dia dimuliakan dan juga dihina. Sebagai contohnya, seorang pencuri yang miskin akan dipotong tangannya kerana perbuatannya mencuri, lalu kemudian dia akan diberikan bantuan daripada baitulmal mengikut keperluannya. Demikianlah prinsipnya menurut apa yang disepakati oleh Ahli Sunah Wal-Jamaah.”

Justeru, dakwaan bahawa golongan LGBT sewajarnya disayangi dan dikasihi adalah tidak benar sama sekali. Bagaimana mungkin perbuatan keji dan maksiat mereka disayangi. Hal-hal dosa dan maksiat perlu dibenci dan dimusuhi.

Adapun saranan supaya mereka didekati dan didampingi, sebetulnya ia hanya dilakukan untuk tujuan nasihat, menegur dan mengajak mereka kembali ke pangkal jalan. Tidak lebih daripada itu.

Perbuatan mendampingi mereka untuk mendengar rintihan dan luahan perasaan mereka, bergelak-ketawa, membiarkan mereka berbicara dan menyatakan pandangan mereka tentang isu-isu yang mereka hadapi, pendekatan seperti ini paling tidak akan menimbulkan persoalan: Siapa sebenarnya yang sedang berdakwah dan memberi nasihat? Kita atau mereka?

Yang pastinya, mengiktiraf dan memberi ruang kepada mereka untuk terus kekal melakukan dosa adalah salah.

Sewajarnya segala usaha ditumpukan ke arah membasmi golongan ini. Bukan sebaliknya! Kelak kita mengundang azab Allah serta kemurkaanNya.

Nabi ditanya, “Wahai Rasulullah, adakah kita akan dibinasakan sedangkan dalam kalangan kita terdapat orang-orang soleh?” Jawab Nabi, “Ya, sekiranya maksiat sudah berleluasa.”

Yakni masyarakat membiarkannya dan tidak menghalangnya.

Riwayat Bukhari dan Muslim.

Kepada Allah jua kita memohon petunjuk dan perlindungan.

Similar Posts

  • |

    ISLAM MODERATE

    ISLAM MODERATE Akibat terkesan dengan gaya fikir orang Barat dan terpukau dengan syubhat mereka, terdapat segelintir orang Islam merasa kagum dengan sikap sebahagian pemimpin Barat, NGO dan institusi di sana yang ‘zahirnya’ menyokong Islam, memperjuangkan hak-hak Muslim dan menuntut keadilan buat mereka. Betapa bijaknya syaitan mempermainkan pemikiran mereka yang dangkal…

  • |

    HUKUM BOIKOT BARANGAN ORANG KAFIR

    Ada dua keadaan: Keadaan Pertama:Jika Diarah oleh Pemerintah Jika pemerintah sesebuah negara Islam memerintahkan supaya barangan tertentu atau barangan negara-negara tertentu diboikot maka rakyat negara tersebut wajib mentaati arahan itu. Selari dengan firman Allah ﷻ: يَاأَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَأُولِي الْأَمْرِ مِنْكُمْ “Wahai orang-orang yang beriman, taatilah…

  • Takkan majoriti orang semua salah

    Kebenaran tidak diukur dengan mana-mana individu. Sebaliknya seseorang itu diukur dengan kebenaran. Kebenaran ialah apa yang menepati dalil Al-Quran dan hadis sahih tanpa mengira berapa ramai yang menerimanya atau menolaknya. Hanya kerana sesuatu pendapat itu diterima atau ditolak oleh orang-orang tertentu; sedikit atau ramai maka ia bukan dalil yang menunjukkan…

  • |

    JIKA ORANG PUJI KITA

    JIKA ORANG PUJI KITA Hendaklah engkau berhati-hati dengan orang yang memujimu secara berlebih-lebihan lebih daripada sikap berwaspada engkau terhadap orang yang memusuhimu secara terang-terangan. Rasa dukacita jika orang yang pertama menjauhimu lebih perit berbanding dengan orang yang kedua. Usahlah diterima pujian yang engkau tidak layak menerimanya kerana barangkali engkau akan…

  • |

    ISLAM BUKAN AGAMA IKUT PEGANGAN MAJORITI

    Muslim disuruh ikut perintah Allah ﷻ dan RasulNya ﷺ. Firman Allah ﷻ: وَأَطِيعُواْ ٱللَّهَ وَأَطِيعُواْ ٱلرَّسُولَ وَٱحۡذَرُواْۚ فَإِن تَوَلَّيۡتُمۡ فَٱعۡلَمُوٓاْ أَنَّمَا عَلَىٰ رَسُولِنَا ٱلۡبَلَٰغُ ٱلۡمُبِينُ “Dan taatlah kalian kepada Allah dan taatlah kalian kepada Rasul, dan awaslah, sesungguhnya jika kalian berpaling maka ketahuilah bahawa sesungguhnya kewajipan Rasul Kami hanyalah menyampaikan…