HIDUP MUSLIM BERPERINSIP

HIDUP MUSLIM BERPERINSIP
.
Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah dalam segala keadaan. Sesungguhnya kita adalah milik Allah dan kepadaNya lah jua kita kembali.
.
Ya Allah, kurniakan buat daku pahala dalam musibah yang menimpa atas diriku, dan gantilah ia dengan apa yang lebih baik daripadanya.
.
Sesungguhnya manusia merancang, dan Allah jualah sebaik-baik perancang.
.
Barangkali sebahagian bersedih dan berduka, tetapi sebagai seorang Muslim kita tidak berkata melainkan dengan kata-kata yang diredai Allah.
.
Janganlah kamu berputus asa daripada rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidaklah orang yang berputus asa daripada rahmat dan pertolongan Allah melainkan orang-orang yang kufur.
.
Barangkali sebahagian bersangka bahawa Muslim yang taat kepada pemerintahnya akan berpaling tadah apabila pemerintah yang baharu diangkat. Perlu ditegaskan, sama sekali tidak! Prinsipnya tetap sama. Tidak ada apa-apa yang berubah.
.
Kami dengar dan kami taat dalam hal-hal yang makruf. Malah kami membantu serta mempertahankannya.
.
Apa yang penting ialah bagi Umat Islam sedar tentang betapa pentingnya menjaga kesatuan dan perpaduan. Ketahuilah bahawa apabila masyarakat Islam berbalah, maka ketika itu musuh-musuh Islam akan mengambil kesempatan. Perkara ini tidak boleh dibiarkan berlaku.
.
Menjaga kepentingan Agama dan Umat Islam hendaklah sentiasa diutamakan. Hal ini hanya akan dapat dicapai dengan cara kita terus menggiatkan dakwah kepada masyarakat, menyebarkan ajaran-ajaran Islam yang berteraskan Kitab Allah dan Sunnah RasulNya menurut kefahaman Salaf As-Soleh, di samping menghubungkan tali silaturahim dan memupuk kasih sayang sesama Umat Islam demi menjaga kesepakatan dan kesatuan antara kita. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.
.
Semoga Allah memberikan taufik dan hidayahNya kepada pemimpin baharu Negara, mengurniakan petunjuk buatnya untuk terus memartabatkan Agama dan memperkasakan Umat. Sesungguhnya Dia Yang Maha Mendengar lagi Maha Perkasa.
.
Kepada Allah jua kita memohon petunjuk.

Similar Posts

  • ‘PENGHORMATAN TERAKHIR’ kepada si mati?

    ‘PENGHORMATAN TERAKHIR’ kepada si mati? Mungkin anda pernah mendengar apabila berlaku kematian sebahagian tajuk dan isi berita menyebut: “… memberi penghormatan terakhir kepada si fulan si fulan …” Adakah ungkapan ini benar dan selari dengan ajaran AGAMA? Jawapannya: TIDAK! Apa yang pasti ia adalah ungkapan yang biasa disebut oleh masyarakat…

  • MAJLIS ILMU

    MAJLIS ILMU Majlis ilmu ialah majlis para malaikat manakala majlis kelalaian ialah majlis syaitan. Manusia akan duduk bersama dengan orang yang sepertinya. Dan setiap manusia itu akan cenderung kepada apa yang sesuai dengan jiwanya. ——————- Sabda Nabi ﷺ: “Agama seseorang itu bergantung kepada agama temannya. Maka lihatlah dengan siapa kamu…

  • SAY NO TO VALENTINE’S DAY

    SAY NO TO VALENTINE’S DAY Orang Islam adalah Umat yang istimewa lagi mulia. Mereka adalah kaum yang Allah beri kepada mereka hidayah petunjuk untuk menerima satu-satunya Agama yang benar di sisiNya. Berbeza dengan manusia lain yang masih hidup dalam kegelapan, sama ada mereka terdiri daripada kalangan mereka yang mencari-cari cahaya…

  • KARUT MARUT KAUM HABIB

    KARUT MARUT KAUM HABIB Mahu hidup sampai umur 300 tahun? Dengarkan ini cerita. Tiada firman Allah, tiada sabda Rasulullah ataupun amalan Sahabat. Hanya rekayasa kaum Habib berdasarkan rekaan, mimpi dan cerita waktu tidur yang tak masuk akal. Perhatikan. Amalan Sunnah Nabi yang sahih disisihkan manakala rekaan mimpi itulah yang menjadi…

  • TANGGUNGJAWAB AHLI ILMU

    Antara tanggungjawab ahli ilmu ialah menjelaskan kebenaran kepada manusia dan menzahirkannya, membezakan antara yang benar dan palsu, yang baik dengan yang buruk, menyatakan perkara yang halal dan yang haram di samping menerangkan akidah yang benar berbanding akidah yang rosak agar mereka yang mencari kebenaran mendapat petunjuk dan mereka yang tersesat…