Texture of an old tree. Stump in which the ants live
|

HALUSNYA SYIRIK

Betapa halusnya syirik, lebih halus daripada semut (Sahih, Bukhari dalam Al-Adab al-Mufrad).

Ini contoh ajaran yang membawa kepada syirik dalam bentuk mengajar IKHLAS dan KHUSYUK.

Ketika mana syariat memerintahkan supaya IKHLAS beribadah kerana ALLAH dan KHUSYUK menghayati amalan yang dilaksanakan dengan tunduk merendah diri MEMIKIRKAN KEBESARAN dan KEAGUNGAN ALLAH, mereka pula mengajar supaya MEMBAYANGKAN WAJAH SYEIKH mereka!

“Ya ALLAH, aku berlindung dengan-Mu daripada aku mensyirikkan-Mu dalam keadaan aku tahu, dan aku meminta keampunan-Mu daripada apa yang aku tidak tahu.”

Sahih, Riwayat Bukhari dalam Al-Adab al-Mufrad.

Catatan: Sekarang anda tahu kenapa mereka suka menggantung gambar-gambar potret Syeikh mereka.

Wallahul musta’an.

Idris bin Sulaiman
Kuantan
Pagi yang tenang walhamdulillah.
21 Rabiulawal Awal 1441H / 19 November 2019

Similar Posts

  • HADIS JARI-JEMARI ALLAH ﷻ

    Sifat jari-jemari Allah ﷻ sabit dalam hadis sahih. Dalam sebuah hadis, Abdullah bin Masud radiallahuanhu berkata: جَاءَ حَبْرٌ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَقَالَ: يَا مُحَمَّدُ، إِنَّ اللَّهَ يَضَعُ السَّمَاءَ عَلَى إِصْبَعٍ، وَالأَرْضَ عَلَى إِصْبَعٍ، وَالجِبَالَ عَلَى إِصْبَعٍ، وَالشَّجَرَ وَالأَنْهَارَ عَلَى إِصْبَعٍ، وَسَائِرَ الخَلْقِ عَلَى إِصْبَعٍ، ثُمَّ يَقُولُ…

  • | |

    ARTIS JADI IDOLA SEMBAHAN DI BARAT

    Semalam telah dibahaskan tentang perkataan ‘idola’ dan dijelaskan bahawa ia kembali kepada maksud sesuatu yang dijadikan sebagai sembahan. Dalam Al-Quran, Allah ﷻ menyatakan bagaimana orang-orang Kristian telah menjadikan para pendeta dan rahib mereka sebagai tuhan-tuhan selain Allah ﷻ (al-Taubah, 9:31) dan Nabi ﷺ menyatakan bahawa ia kerana para pendeta dan…

  • | |

    HUBUNGAN MUSLIM DENGAN BUKAN MUSLIM

    Soalan: Bolehkan saya melawat jiran bukan Muslim jika dia sakit? Jawapan: Boleh. Soalan: Bolehkan saya mengucapkan takziah kepada jiran bukan Muslim jika ahli keluarganya meninggal dunia? Jawapan: Boleh. Soalan: Bolehkan saya mengucapkan tahniah kepada kenalan bukan Muslim atas perkahwinan anaknya? Jawapan: Boleh. Soalan: Bolehkan saya mengucapkan tahniah kepada kenalan bukan…

  • |

    IDOLA IALAH SEMBAHAN

    Elakkan menggunakan perkataan idola apabila merujuk kepada orang yang sangat diminati dan dikagumi. Ini kerana asal maksud perkataan ini dalam bahasa Inggeris merujuk kepada apa yang dijadikan sebagai objek sembahan. Idol: A representation of an object of worship. Lihat contoh terjemahan ayat Al-Quran di bawah: قَالُوا۟ نَعۡبُدُ أَصۡنَامࣰا فَنَظَلُّ لَهَا…

  • |

    PENTINGNYA AKIDAH TAUHID

    Dakwah sekalian para nabi menekankan akidah tauhid. Ini kerana barang siapa yang akidah tauhidnya bagus maka amalannya pun akan turut jadi bagus. Sedangkan orang yang akidah tauhidnya rosak maka akan rosaklah juga amalan-amalan yang dilakukannya sekalipun orangnya banyak solat, berpuasa, bersedekah dan beramal ibadah. Oleh itu, orang fasik daripada kalangan…

  • | |

    KHAWARIJ AL-QAIDIYYAH

    Salah satu cabang kumpulan Khawarij yang bergerak menghasut pemikiran masyarakat Muslim supaya membenci pemerintah negara, menolak dan melawannya. Mengkritik untuk menjatuhkan, tidak pernah mahu membina. Jauh daripada sikap sabar dan bersyukur. Kumpulan perosak, gunting dalam lipatan kaum Muslimin. Semoga Allah ﷻ pelihara kita dan anak-anak kita daripada pemikiran Khawarij yang…