GRUP WHATSAPP KELUARGA

Zaman sentiasa berubah, demikian juga uruf dan adat manusia. Dahulu, bertanya khabar dilakukan melalui ziarah atau berutus warkah. Pada hari ini, ia lebih mudah dengan adanya aplikasi seperti WhatsApp.

Namun begitu, kewajipan menjaga hubungan silaturahim tetap kekal dan tidak berubah. Antara bentuknya ialah memberi salam serta bertanya khabar, dan hal ini boleh dicapai melalui grup keluarga di aplikasi WhatsApp yang lazim diwujudkan pada masa kini.

Maka, menyertai grup WhatsApp keluarga boleh dianggap sebagai salah satu cara menjaga silaturahim. Adapun perselisihan dan perbezaan pendapat dalam kalangan ahli keluarga adalah lumrah kehidupan yang memerlukan kesabaran dan toleransi.

Oleh itu, tidak wajar seseorang terbawa-bawa dengan emosi sehingga bertindak keluar daripada grup WhatsApp keluarga, kerana tindakan itu dibimbangi termasuk dalam erti memutuskan silaturahim.

Sedangkan Nabi ﷺ bersabda:

“Barang siapa mahu supaya dilapangkan rezekinya atau dipanjangkan umurnya, maka hendaklah dia menyambung silaturahim.”

[Sahih, riwayat Bukhari dan Muslim]

Sabdanya ﷺ:

“Orang yang menyambung silaturahim bukanlah sekadar dengan membalas kebaikan ahli kerabatnya. Sebaliknya, orang yang menyambung silaturahim ialah apabila diputuskan hubungan dengannya, dia tetap berusaha menyambungnya.”

[Sahih, riwayat Bukhari]

Semoga kita semua diberi taufik.

Dr. Idris bin Sulaiman
Kajang
12 Rabiulakhir 1447H
04 Oktober 2025
https://idrissulaiman.com/shop


Sertai bersama kami dalam grup WhatsApp Sahabat ISDC untuk bertanya soalan dan mendapat hebahan terkini:
https://chat.whatsapp.com/K00VgYxrhPeExhBvhYVH4F

Similar Posts

  • |

    SEBAIK-BAIK UCAPAN TERIMA KASIH

    Sabda Nabi ﷺ: مَنْ صُنِعَ إِلَيْهِ مَعْرُوفٌ فَقَالَ لِفَاعِلِهِ: جَزَاكَ اللَّهُ خَيْرًا فَقَدْ ‌أَبْلَغَ ‌فِي ‌الثَّنَاءِ. “Barang siapa dilakukan padanya kebaikan lalu dia berkata kepada orang tersebut ‘Jazakallahu khaira (Semoga Allah membalasmu dengan kebaikan) maka sesungguhnya dia telah memberikan sebaik-baik pujian.” [Sahih. Riwayat Tirmizi] Nabi ﷺ dalam hadis di atas…

  • SAHIH BUKHARI & SAHIH MUSLIM

    Umat Islam zaman berzaman telah sepakat dalam menerima hadis-hadis dalam kitab Sahih Bukhari dan Sahih Muslim. Kedua-dua kitab ini dikatakan kitab yang paling sahih sesudah Al-Quran. Mengenangkan hadis-hadisnya yang sahih-sahih belaka. Sedangkan hadis yang sahih wajib diterima. Muslim wajib dengar dan patuh isi makna hadis sahih, sama sekali bukan dengar…

  • | | | |

    TARAWIH 8 RAKAAT BIDAAH?

    Sungguh menghairankan apabila ada yang mendakwa bahawa pelaksanaan solat Tarawih sebanyak 8 rakaat (11 rakaat termasuk 3 rakaat Witir) merupakan suatu perkara baharu dalam agama, iaitu bidaah. Sedangkan amalan ini jelas sabit dalam hadis Nabi ﷺ sebagaimana yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim. Daripada Abu Salamah bin Abdul Rahman, beliau…

  • |

    PEMULIHAN PENGIKUT AJARAN SESAT MELALUI ILMU MANHAJ SALAF

    Pengikut ajaran sesat hanya dapat dipulihkan melalui pengajaran ilmu manhaj Salaf, bukan ilmu tajwid dan lain. Ini kerana ilmu manhaj Salaf merupakan ajaran agama sesuai dengan apa yang dibawa oleh Nabi ﷺ dan difahami oleh para Sahabat; jalan agama yang benar lagi selamat. Sebagaimana firman Allah ﷻ: وَمَن يُشَاقِقِ ٱلرَّسُولَ…

  • |

    KELAB KOMEDI YANG HINA

    – Mempermainkan agama, menghina Muslim – Syarat batasan bergurau Tular dalam media baru-baru ini sebuah kelab komedi yang mengadakan persembahan dengan menjemput pelawak-pelawak yang didapati antara lain menjadikan ajaran Islam dan Muslim sebagai bahan ketawanya. Ini tidak patut, umat Islam sewajarnya menjauhi tempat-tempat seperti ini manakala pihak berkuasa berhak untuk…

  • |

    KEBENARAN TETAP MENANG

    Kebenaran tetap akan menang walaupun pengikutnya sedikit manakala kebatilan pula tetap akan terbungkam walaupun pengikutnya ramai. Firman Allah ﷻ: وَقُلۡ جَآءَ ٱلۡحَقُّ وَزَهَقَ ٱلۡبَٰطِلُۚ إِنَّ ٱلۡبَٰطِلَ كَانَ زَهُوقٗا “Dan katakanlah: Telah datang kebenaran, dan hilang lenyaplah perkara yang batil; sesungguhnya yang batil itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap.” [Al-Quran,…