GOLONGAN ANTI HADIS / QURANIYYUUN

GOLONGAN ANTI HADIS / QURANIYYUUN
.
Ustaz Idris bin Sulaiman
.
Meninggalkan Sunnah Nabi dan tidak berpegang dengan athar-athar Salaf As-Soleh dengan dakwaan HANYA berpegang kepada Al-Quran kerana ia sudah memadai.
.
Ini adalah di antara ciri-ciri kebanyakan PENGIKUT HAWA NAFSU yang berhujah demikian ketika mana asas-asas pegangan mereka berlawanan dengan hadis-hadis Nabi yang sahih.
.
Kata Imam Al-Barbahari (wafat 329H): “Sekiranya engkau mendengar seseorang itu dikemukakan kepadanya athar-athar (hadis-hadis Nabi dan riwayat-riwayat daripada Salaf As-Soleh) lalu dia menolaknya dengan mendakwa HANYA berpegang kepada Al-Quran, maka jangan engkau ragu bahawa dia seorang ZINDIQ (orang munafik yang menzahirkan sifat munafiknya). Bangkitlah dan tinggalkan dia.”
.
Mereka mendakwa HANYA berpegang kepada Al-Quran sedangkan hakikatnya ia adalah hujah KE ATAS mereka. Ini kerana Al-Quran MEWAJIBKAN ketaatan ke atas Rasul serta ITTIBA’ ikut Nabi sallalahu alaihi wasallam. Di samping itu, Al-Quran juga MEWAJIBKAN supaya bertanya kepada ALIM ULAMA serta mengikuti JALAN ORANG-ORANG BERIMAN.
.
.
Tambah lagi, Nabi sallalahu alahi wasallam telah pun memberi amaran tentang akan wujudnya kelompok seperti ini yang mendakwa HANYA berpegang kepada Al-Quran semata-mata.
.
Kepada Allah jua kita memohon petunjuk dan perlindungan.

Similar Posts

  • I Follow Jesus???

    “I Follow Jesus”??? . . . Adakah seorang Muslim boleh mengucapkan perkataan-perkataan seperti ini? . . . Sekiranya diamati, kita tidak akan dapat lari daripada membuat kesimpulan bahawa perkataan ini adalah salah, atau paling tidak, seeloknya dielakkan kerana ia mengelirukan. . . . Ini kerana dalam sebuah peristiwa ketika mana…

  • SALMAN AL-AUDAH

    SALMAN AL-AUDAH . . Kata Imam Ibnu Uthaimin rahimahullah: . “Golongan pentakfir adalah pewaris kaum Khawarij… Dengarlah kaset-kaset Syeikh Bin Baz dan Al-Albani, dan jangan pula kamu mendengar kaset-kaset Salman Al-Audah dan Safar Hawali.” . . Semoga Allah merahmati para Ulama Salaf dan membalas kebaikan mereka dengan ganjaran pahala atas…

  • JANGAN MEMANDAI BACA AL-QURAN?

    JANGAN MEMANDAI BACA AL-QURAN? # Beri galakan, jangan ditakut-takutkan; # Islam memudahkan, jangan dipersulitkan. Umat Islam dituntut membaca al-Quran, Kalam Allah yang diturunkan ke atas Nabi Muhammad ﷺ sebagai petunjuk wahyu, pedoman dan asbab kejayaan Muslim di dunia dan akhirat. Terdapat banyak nas menjelaskan keutamaan membaca Al-Quran, antaranya sabda Nabi…

  • STATUS HADIS:

    STATUS HADIS: مَنْ قَالَ فِي يِوْمٍ مِئَةَ مَرَّةٍ: “لَا إلَهَ إلَّا اللهُ الحَقُّ المُبِينِ” كَانَ لَهُ أمَاناً مِنْ الفَقْرِ، وَاسْتَجْلَبَ بِهِ الغِنَى، وَأَمِنَ مِنْ وَحْشَةِ القَبْرِ، وَاسْتَقْرَعَ بَابَ الجَنَّةِ (Barang siapa berkata pada satu hari seratus kali: ‘La ilaha illa Allah al-Haq al-Mubin’ maka ia keamanan buatnya daripada kefakiran, dia…

  • IMAM AHMAD BIN NASR AL-KHUZAI

    IMAM AHMAD BIN NASR AL-KHUZAI . Menjawab Syubhat Imam Ahmad bin Nasr Al-Khuzai Khuruj Melawan Pemerintah . . Telah tersebar syubhat yang menyatakan kononnya Imam Ahmad bin Nasr Al-Khuzai rahimahullah telah khuruj terhadap pemerintah. . Ada pelbagai versi yang berlegar dan antara versi yang dipopularkan oleh sebahagian kelompok adalah versi…