| | |

DOA MUSTAJAB KETIKA HAMPIR BERBUKA PUASA?

DOA MUSTAJAB KETIKA HAMPIR BERBUKA PUASA?

# Meluruskan salah faham

Dianjurkan bagi orang yang berpuasa supaya memperbanyakkan doa sepanjang hari dia berpuasa berdasarkan sabda Nabi ﷺ:

ثَلَاثَةٌ لَا تُرَدُّ دَعْوَتُهُمْ.

“Tiga (golongan) yang doa mereka tidak akan ditolak.”

Kemudian Nabi ﷺ menyebutkan salah satu golongan tersebut ialah:

الصَّائِمُ ‌حَتَّى ‌يُفْطِرَ.

“Orang yang berpuasa sehinggalah dia berbuka.”

Hadis sahih. Riwayat Tirmizi dan yang lain.

Maka andaian sebahagian pihak bahawa waktu mustajab doa orang yang berpuasa ialah ketika waktu hampir berbuka adalah tidak tepat.

Sebaliknya orang yang berpuasa sepanjang harinya ialah waktu mustajab doa termasuklah ketika waktu hampir berbuka.

Catatan:
Faedah Syeikh Saleh al-Osaimi hafizahullah, al-Madinah an-Nabawiyyah.

Idris bin Sulaiman
Kajang
2 Ramadan 1442H /
14 April 2021
http://www.facebook.com/idrissulaiman

Similar Posts

  • |

    KHATIB BERTONGKAT KETIKA KHUTBAH

    KHATIB BERTONGKAT KETIKA KHUTBAH Sebetulnya seorang khatib tidak perlu memegang apa-apa kayu tongkat atau yang lain ketika berdiri menyampaikan khutbah. Ini kerana tiada petunjuk bahawa ia merupakan sebahagian daripada anjuran atau tuntutan ketika berkhutbah. Apa yang sabit ialah perbuatan Nabi ﷺ memegang tongkat ketika berkhutbah.Tetapi dalam masa yang sama tiada…

  • | | |

    HARI RAYA IKUT NEGARA MASING-MASING

    Islam menganjurkan umatnya supaya menjaga kesatuan dan dilarang berpecah. Ini termasuklah dalam penentuan tarikh mula berpuasa Ramadan dan tarikh jatuhnya hari raya Aidilfitri dan Aidiladha. Dalam hadis Nabi ﷺ bersabda: الصَّوْمُ ‌يَوْمَ ‌تَصُومُونَ، ‌وَالفِطْرُ ‌يَوْمَ ‌تُفْطِرُونَ “Puasa itu (permulaannya) adalah pada hari kalian berpuasa dan Hari Raya Puasa adalah pada…

  • | |

    DOA QUNUT WITIR

    DOA QUNUT WITIR • Bacaan DOA QUNUT WITIR jika SOLAT BERSENDIRIAN: اللَّهُمَّ أهْدِني فِيمَنْ هَدَيْتَ، وَعَافِني فِيمَنْ عَافَيْتَ، وَتَوَلَّنِي فِيمَنْ تَوَلَّيْتَ، وَبَارِكْ لي فِيما أَعْطَيْتَ، وَقِني شَرَّ ما قَضَيْتَ، إنَّكَ تَقْضِي وَلا يُقْضَى عَلَيْكَ، إنَّهُ لا يَذِلُّ مَنْ وَالَيْتَ، وَلا يَعِزُّ مَنْ عادَيْتَ، تَبَارَكْتَ رَبَّنَا وَتَعَالَيْتَ، لا مَنْجَى مِنْكَ إلا…

  • |

    NAIK LIF / ESKALATOR

    NAIK LIF / ESKALATOR Ulama besar Madinah, Syeikh Abdul Mohsin al-Abbad al-Badr hafizahullah berkata: “Sekiranya seseorang itu naik lif atau eskalator lalu dia membaca (doa menaiki kenderaan): سبحان الذي سخر لنا هذا وما كنا له مقرنين. (Maha Suci Tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami, sedang kami sebelum itu…

  • |

    TERSILAP BERBUKA PUASA SEBELUM MASUK WAKTU

    TERSILAP BERBUKA PUASA SEBELUM MASUK WAKTU # Makan atau minum secara tidak sengaja atau meyakini sudah masuk waktu tetapi ternyata belum Puasa sah; tidak terbatal. Ini berdasarkan dua bentuk dalil. Bentuk dalil pertama: Dalil-dalil umum yang menjelaskan bahawa sesuatu yang dilakukan secara tidak sengaja dimaafkan oleh Syariat. 1. Firman Allah:…