|

CARA JAWAB KIRIM SALAM

Jika dikatakan “Ada orang kirim salam” mungkin kebiasaannya kita mendengar orangnya menjawab “Waalaikumussalam!”

Sekalipun jawapan ini tidak salah tetapi Sunahnya menjawab:

عَلَيْكَ وَعَلَيْهِ السَّلامُ.

“Alaika waalaihissalam.”

(Kesejahteraan ke atasmu dan ke atasnya)

Ini berdasarkan sebuah hadis di mana Nabi ﷺ berkata kepada isterinya Aisyah radiallahuanha:

يَا عَائِشَةُ، هَذَا جِبْرِيلُ عَلَيْهِ السَّلَام، وَهُوَ يَقْرَأُ عَلَيْكِ السَّلَامَ. فَقَالَت: ‌عَلَيْكَ ‌وَعَلَيْهِ ‌السَّلَامُ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ.

“Wahai Aisyah, ini Jibril alaihissalam dan beliau menyampaikan salam padamu.” Aisyah membalas “Aalaika waalaihissalam warahmatullahi wabarakatuh.”

[Sahih. Riwayat Ahmad]

Beramal mengikut al-Sunah lebih utama.

Idris bin Sulaiman
Kajang
27 Zulhijah 1443H /
27 Julai 2022

Similar Posts

  • |

    NASIHAT SECARA SEMBUNYI

    – Teguran terbuka / tertutup – Nasihat & Celaan Tidak dinafikan bahawa nasihat disyariatkan dalam agama. Sabda Nabi ﷺ: الدِّينُ النَّصِيحَةِ. “Agama itu nasihat.” [Sahih. Riwayat Muslim] Hanya sahaja nasihat yang disampaikan perlu mematuhi garis-garis panduan yang ditetapkan oleh syariat. Antaranya: Nasihat kepada individu perlulah disampaikan secara tertutup dan secara…

  • |

    ISTERI BERSYUKUR & BERTERIMA KASIH

    Bersyukurlah nescaya rezekimu bertambah. Firman Allah ﷻ: لَئِن شَكَرۡتُمۡ لَأَزِيدَنَّكُمۡ. “Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepadamu.” [Al-Quran, Ibrahim, 14:7] Kerana itu para isteri diingatkan supaya bersyukur dan mengucapkan terima kasih kepada suami khususnya jika si isteri bergantung pada suaminya itu. Sabda Nabi ﷺ: لا يَنْظُرُ اللَّهُ إِلَى…

  • |

    TATACARA KENCING?

    – Agama Islam memudahkan, bukan menyusahkan Tatacara-tatacara yang disebutkan dalam gambar ini tiada sandarannya dalam hadis sahih. Justeru ia lebih kepada menyusahkan apa telah sedia dimudahkan oleh agama. Sedangkan Nabi ﷺ bersabda: يَسِّرُوا وَلَا تُعَسِّرُوا. “Mudahkan dan jangan menyusahkan.” [Sahih. Riwayat Muslim] Syariat Islam turut memberi amaran ke atas mereka…

  • JANGAN MENGHINA

    – B40 – Kemuliaan Muslim Muslim itu mulia dan memiliki hak-hak yang wajib dipelihara dan ditunaikan oleh sesama Muslim. Antaranya menjaga darah nyawanya, hartanya dan juga maruahnya. Justeru syariat melarang perbuatan menghina antara sesama Muslim walau atas apa sebab sekalipun. Sabda Nabi ﷺ: الـمُسلِمُ أَخُو الـمُسلِم، لاَ يَظلِمُهُ، وَلاَ يَـخذُلُهُ،…

  • |

    MASJID SYEIKH ABDUL MUHSIN AL-ABBAD

    Alhamdulillah, semalam berkesempatan mengunjungi Masjid al-Quddus al-Salam di taman perumahan berhampiran Universiti Islam Madinah. Masjid ini terletak tidak berapa jauh dari rumah ulama besar Madinah, Syeikh Abdul Muhsin al-Abbad al-Badr. Memang hajat di hati hendak bersua dan bersalaman dengannya, jika beliau ada. Itu tujuan utama kami singgah solat Isyak di…

  • |

    MENGGEMBIRAKAN KAWAN

    – Sunah Nabi ﷺ Kawan yang baik ialah mereka yang prihatin dan peduli tentang keadaan saudaranya. Dia tidak akan membiarkan saudaranya dalam kesusahan tanpa berbuat apa-apa bagi meringankan beban yang dihadapinya. Termasuklah jika saudaranya itu dalam keadaan susah hati dan murung. Dia akan berusaha dan berikhtiar bagi mengembalikan semangat saudaranya….