|

CARA JAWAB KIRIM SALAM

Jika dikatakan “Ada orang kirim salam” mungkin kebiasaannya kita mendengar orangnya menjawab “Waalaikumussalam!”

Sekalipun jawapan ini tidak salah tetapi Sunahnya menjawab:

عَلَيْكَ وَعَلَيْهِ السَّلامُ.

“Alaika waalaihissalam.”

(Kesejahteraan ke atasmu dan ke atasnya)

Ini berdasarkan sebuah hadis di mana Nabi ﷺ berkata kepada isterinya Aisyah radiallahuanha:

يَا عَائِشَةُ، هَذَا جِبْرِيلُ عَلَيْهِ السَّلَام، وَهُوَ يَقْرَأُ عَلَيْكِ السَّلَامَ. فَقَالَت: ‌عَلَيْكَ ‌وَعَلَيْهِ ‌السَّلَامُ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ.

“Wahai Aisyah, ini Jibril alaihissalam dan beliau menyampaikan salam padamu.” Aisyah membalas “Aalaika waalaihissalam warahmatullahi wabarakatuh.”

[Sahih. Riwayat Ahmad]

Beramal mengikut al-Sunah lebih utama.

Idris bin Sulaiman
Kajang
27 Zulhijah 1443H /
27 Julai 2022

Similar Posts

  • |

    LARANGAN BERDIRI HORMAT

    Syariat Islam melarang perbuatan berdiri hormat untuk orang lain. Muslim ditegah daripada meminta orang lain supaya berdiri hormat, sama ada untuk dirinya atau orang lain. Malah terdapat ancaman keras ke atas mereka yang suka jika orang lain berdiri hormat untuk dirinya. Sabda Nabi ﷺ: مَنْ أَحَبَّ أَنْ يَتَمَثَّلَ لَهُ النَّاسُ…

  • |

    KELAB KOMEDI YANG HINA

    – Mempermainkan agama, menghina Muslim – Syarat batasan bergurau Tular dalam media baru-baru ini sebuah kelab komedi yang mengadakan persembahan dengan menjemput pelawak-pelawak yang didapati antara lain menjadikan ajaran Islam dan Muslim sebagai bahan ketawanya. Ini tidak patut, umat Islam sewajarnya menjauhi tempat-tempat seperti ini manakala pihak berkuasa berhak untuk…

  • BERSANGKA BAIK DENGAN ORANG

    – Orang yang hebat & bijaksana – Cara bergaul & berakhlak mulia Kata Omar al-Khattab: أَعْقَلُ ‌النَّاسِ أَعْذَرُهُمْ لَهُمْ. “Orang yang paling bijaksana ialah orang yang paling bersangka baik dengan orang lain.” Bersangka baik dengan orang lain termasuk dalam erti akhlak mulia. Ada kalanya orang lain tersalah kata atau melayan…

  • KEMULIAAN MUSLIM & BUDAYA LUCAH

      Kehidupan Muslim yang sebenar dan kebahagiaan mereka yang kekal ialah apabila agama Islam dimartabatkan manakala Muslim saling membantu antara satu sama lain untuk memenangkan agama Allah ﷻ ini. Firman Allah ﷻ: “Sesiapa yang beramal soleh sama ada lelaki atau perempuan dalam keadaan dia beriman maka sesungguhnya Kami akan memberikannya…

  • |

    LARANGAN TUNDUK RUKUK APABILA BERJABAT TANGAN

    – Cara betul berjabat tangan Dalam sebuah video yang tular kelihatan seorang syeikh Arab menegur murid-murid yang tunduk apabila berjabat tangan dengan beliau. Syeikh itu dengan tegas berkata “Jangan begitu! Tunduk hanya kepada Allah semata-mata.” Beliau kemudian menunjukkan cara yang betul berjabat tangan seraya menambah “Hormat itu satu perkara manakala…

  • |

    YANG SUSAH JADI SENANG

    – Bergantung pada Allah ﷻ Kata Ibnu al-Qayyim: بِاللهِ يَهُونُ كُلّ صَعْبٍ، وَيَسْهَلُ كُلّ عَسِيرٍ، وَيَقْرَبُ كُلّ بَعِيدٍ، وَبِاللهِ تَزُولُ الهُمُوم وَالغُمُوم وَالأَحْزِان، فَلا هَمّ مَعَ اللهِ وَلا غَمّ وَلا حَزَن. “Dengan bergantung pada Allah segala yang susah jadi senang, segala yang payah jadi mudah dan segala yang jauh jadi…