| | |

BULAN REJAB

Tidak sabit mana-mana hadis tentang kelebihan bulan Rejab secara amnya atau fadilat mana-mana ibadah secara khusus pada bulan ini.

Maka tidak disyariatkan mengucapkan tahniah sempena kedatangannya, berpuasa atau pun membaca doa-doa tertentu.

Adapun doa:

اللَّهُمَّ باَرِكْ لَنَا فِي رَجَب وَشَعْبَان وَبَلِّغْنَا رَمَضَان.

“Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan Syaaban, dan sampaikan kami bertemu dengan bulan Ramadan.”

Hadis ini diriwayatkan oleh Abu Naim dan al-Bazzar di mana salah seorang perawinya iaitu Zaidah bin Abi al-Raqqad adalah ‘mungkar’ dan tidak boleh dijadikan sebagai hujah seperti mana menurut Imam Bukhari dan yang lain.

Dalam sanadnya juga terdapat Zayyad bin Abdullah al-Numari yang merupakan seorang perawi yang lemah dan tidak boleh dijadikan sebagai hujah sebagaimana menurut Yahya bin Main, Abu Hatim dan yang lain.

Justeru hadisnya daif dan tidak sabit daripada Nabi ﷺ sebagaimana yang ditegaskan oleh al-Nawawi, al-Zahabi, Ibnu Hajar, Ahmad Syakir, al-Albani dan yang lain.

Kata al-Hafiz Ibnu Hajar:

لَمْ يَرِدْ فِي ‌فَضْلِ ‌شَهْرِ ‌رَجَبْ، وَلا صِيَامُهُ، وَلا فِي صِيَامِ شَيْءٍ مِنْهُ مُعَيَّنٍ، وَلا فِي قِيَامِ لَيْلَة مَخْصُوصَةٍ فِيهِ حَدِيثٍ صَحِيحٍ.

“Tidak warid mana-mana hadis sahih tentang fadilat bulan Rejab, berpuasa seluruhnya atau pada hari-hari tertentu, ataupun melakukan qiamullail pada malam-malam tertentu pada bulan ini.”

Kata al-Hafiz Ibnu Rajab:

وَأَمَّا الصِّيَامُ فَلَمْ يَصِحُّ فِي ‌فَضْلِ ‌صَوْمِ ‌رَجَب بِخُصُوصِهِ شَيْءٌ عَنْ النَّبِي صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَلَا عَنْ أصْحَابِهِ.

“Adapun puasa, tidak sabit apa-apa daripada Nabi ﷺ atau para Sahabat tentang kelebihan berpuasa pada bulan Rejab.”

Pentingnya berilmu sebelum beramal.

Dr. Idris bin Sulaiman
Kajang
02 Rejab 1445H
14 Januari 2024

Similar Posts

  • | | |

    PERINTAH TUNDUK MATA

    Syariat Islam memerintahkan Muslim supaya menundukkan pandangan mata daripada melihat lawan jantina yang bukan mahramnya. Perintah ini bagi kedua-dua lelaki dan juga perempuan. Sebagaimana firman Allah ﷻ: قُل لِّلۡمُؤۡمِنِينَ يَغُضُّواْ مِنۡ أَبۡصَٰرِهِمۡ وَيَحۡفَظُواْ فُرُوجَهُمۡۚ ذَٰلِكَ أَزۡكَىٰ لَهُمۡۚ إِنَّ ٱللَّهَ خَبِيرُۢ بِمَا يَصۡنَعُونَ وَقُل لِّلۡمُؤۡمِنَٰتِ يَغۡضُضۡنَ مِنۡ أَبۡصَٰرِهِنَّ وَيَحۡفَظۡنَ فُرُوجَهُنَّ. “Katakanlah…

  • |

    PERMOHONAN MAAF

    Beberapa hari lepas sebuah video bertajuk ‘Imam Shafie Akui Tidak Menguasai Ilmu Hadis’ telah dimuat naik di laman Facebook Dr Idris Sulaiman yang mengundang pelbagai reaksi warga maya. Sebahagian mengkritik tajuknya dan menganggapnya biadap terhadap tokoh besar Islam ini manakala sebahagian lain menginterpretasikan isi videonya bermaksud saya mengatakan Imam al-Syafie…

  • |

    MALAM 27 RAMADAN

    – Khamis, 28 April 2022 – Malam Lailatul Qadar Malam 27 Ramadan merupakan malam yang paling diharapkan berlakunya Lailatul Qadar kerana ia termasuk dalam malam-malam ganjil di bulan Ramadan, dan termasuk dalam sepuluh, tujuh malah lima malam terakhir Ramadan. Sabda Nabi ﷺ: مَنْ صَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا…

  • | | |

    DAPAT PAHALA PUASA SETAHUN DUA KALI

    Muslim boleh menjana pahala puasa setahun dua kali (dalam masa setahun) dengan cara: Berdasarkan sabda Nabi ﷺ: ‌صِيَامُ ‌ثَلَاثَةِ ‌أَيَّامٍ مِنْ كُلِّ شَهْرٍ صِيَامُ ‌الدَّهْرِ. “Puasa tiga hari setiap bulan seperti puasa setahun.” Sahih. Riwayat Ahmad. Sebagaimana sabda Nabi ﷺ: ‌مَنْ ‌صَامَ ‌رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ ‌شَوَّال كَانَ كصيام…

  • | |

    MELIHAT ANAK BULAN ZULHIJAH: IKUT MALAYSIA ATAU MEKAH?

      Masuknya bulan Zulhijah apabila nampak anak bulannya. Cuma ada perbahasan dalam kalangan para ulama berkenaan isu perbezaan masa terbit anak bulan (ikhtilaf al-matalik) sama ada penampakan anak bulan di satu tempat boleh diguna pakai untuk tempat-tempat lain atau tidak. Majoriti para ulama berpendirian bahawa perbezaan masa terbit anak bulan…