new sprouts in springtime
|

BIDAAH

– Amalan rekaan & tokok tambah dalam Agama

Realitinya orang yang mengada-adakan amalan baharu dan membuat tokok tambah dalam Agama mempertikaikan apa yang Allah ﷻ telah syariatkan.

Dia seolah-olah menganggap bahawa syariat Islam itu masih belum sempurna dan ada amalan-amalan lain yang Nabi ﷺ terlepas pandang atau tidak sempat mengajarkannya kepada umatnya sedangkan amalan-amalan itu juga baik, menurutnya.

Realitinya, sedar atau tidak dia telah mendustakan firman Allah ﷻ dan sabda Rasulullah ﷺ.

Kerana Allah ﷻ berfirman:

ٱلۡيَوۡمَ أَكۡمَلۡتُ لَكُمۡ دِينَكُمۡ وَأَتۡمَمۡتُ عَلَيۡكُمۡ نِعۡمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ ٱلۡإِسۡلَٰمَ دِينٗاۚ.

“Pada hari ini, Aku telah SEMPURNAKAN bagi kamu AGAMA kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah reda Islam itu menjadi agama untuk kamu.”

[Al-Quran, al-Maa’idah, 5:3]

Dan Nabi ﷺ bersabda:

إنَّهُ ليس شيءٌ يُقَرِّبُكُمْ إلى الجنةِ إلَّا قد أَمَرْتُكُمْ بهِ، وليس شيءٌ يُقَرِّبُكُمْ إلى النارِ إِلَّا قد نَهَيْتُكُمْ عنهُ.

“Sesungguhnya tiada apa yang mendekatkan kamu ke syurga melainkan aku telah perintahkan kamu melakukannya, dan tiada apa yang mendekatkan kamu ke neraka melainkan aku telah larang kamu daripadanya.”

[Hasan. al-Sahihah oleh al-Albani, no. 2866]

Dengan kata lain, Agama Islam sudah sempurna dan tiada ruang untuk menokok tambah. Segala apa amalan yang baik telah pun diajar dan disampaikan oleh Nabi ﷺ dalam hadis-hadis yang sahih.

Justeru sepertimana kata Imam Malik, apa yang bukan sebahagian daripada agama pada zaman Rasulullah ﷺ tidak boleh dianggap sebagai sebahagian daripada agama pada hari ini.

– Imam al-Syatibi, al-I’tisam.

Idris bin Sulaiman
Kajang
06 Ramadan 1443H /
08 April 2022

Similar Posts

  • | | |

    AHLI SUNAH SEJATI

    Pengikut Ahli Sunah berusaha untuk beramal dengan al-Sunah, sedangkan lawan mereka sedaya upaya mahu ketepikan al-Sunah atas alasan pendapat mazhab, tokoh, meraikan khilaf, hujah akal dan sebagainya. Firman Allah: فَإِن تَنَـٰزَعۡتُمۡ فِی شَیۡءࣲ فَرُدُّوهُ إِلَى ٱللَّهِ وَٱلرَّسُولِ إِن كُنتُمۡ تُؤۡمِنُونَ بِٱللَّهِ وَٱلۡیَوۡمِ ٱلۡـَٔاخِرِ. “Jika kalian berselisih dalam sesuatu perkara, maka…

  • |

    HIPOKRIT YANG SEBENAR

    Buka tudung sebab tidak mahu hipokrit. Seperti jika ada yang tidak mahu solat atas alasan enggan dikatakan menunjuk-nunjuk. Jelasnya ini kenyataan orang yang keliru. Sebetulnya kata diri lemah iman atau kurang faham agama, didorong pengaruh rakan-rakan dan seumpamanya. Musibah jika perbuatan maksiat hendak diselimutkan dengan niat mulia. Insaflah dan akuilah…

  • |

    PROMOSI BUKU: TERIMA KASIH USTAZ REZA

    Terkejut apabila ada yang memaklumkan bahawa buku 80 Hadis Puasa Ramadan telah dipromosikan dalam rancangan siaran langsung televisyen Bernama pagi tadi. Dalam program bertajuk ‘Langkah Baru di Bulan Ramadan’ al-Fadhil Ustaz Reza Kamarudin berbicara mengenai persiapan untuk menyambut ketibaan bulan puasa. Kita perlu persiapkan diri dengan ilmu terlebih dahulu, tegas…

  • |

    WAHABI: GELARAN DARI ORANG BANKRAP HUJAH

    Apabila tidak dapat balas hujah maka mereka bertindak melemparkan gelaran ‘buruk’ ini kepada lawan. Tujuannya untuk mencemarkan nama baik di samping menimbulkan kesangsian dan keraguan orang ramai terhadap lawannya itu. Senjata ampuh menurutnya. Walhal ini bukan cara yang diajar oleh Islam. Hujah sepatutnya dibalas dengan hujah dan sebarang perselisihan perlu…

  • |

    BAHAYA UJUB

    Ujub berasal daripada perkataan Arab yang bermaksud angkuh, ego dan kagum dengan diri sendiri. Orang yang ujub melihat dirinya memiliki sesuatu kelebihan yang tidak dimiliki oleh orang lain. Sifat mazmumah ini haram bahkan dosa besar. Kerana itu Nabi ﷺ memberi ancaman akan bahaya sifat ini. Sabda Nabi ﷺ: ثَلَاثٌ مُهْلِكَاتٌ…

  • |

    RIBA SEBAB KENAIKAN HARGA BARANG

    Ramai mungkin mengeluh tentang kenaikan harga barang semasa. Harga rumah, harga kereta, barang keperluan harian dan sebagainya. Sedar atau tidak ia kesan daripada riba yang diamalkan hampir dalam semua sektor ekonomi. Sedangkan Allah ﷻ telah mengingatkan tentang perkara ini dalam firmanNya ﷻ: يَمۡحَقُ ٱللَّهُ ٱلرِّبَوٰاْ وَيُرۡبِي ٱلصَّدَقَٰتِ “Allah susutkan (kebaikan…