Typing on laptop computer
|

BANYAK BERCAKAP

Kata Imam al-Auzaie (wafat 157H):

إِنَّ ‌المُؤْمِنَ ‌يَقُوْلُ ‌قَلِيْلاً، وَيَعمَلُ كَثِيْراً، وَإِنَّ المُنَافِقَ يَتَكَلَّمُ كَثِيْراً، وَيَعْمَلُ قَلِيْلاً.

“Orang Mukmin bercakap sedikit dan beramal banyak sedangkan orang munafik bercakap banyak dan beramal sedikit.”

[Siyar A’lam al-Nubala’, 7/125]

CATATAN

Barangkali dalam konteks zaman sekarang ‘bercakap’ lebih banyak dalam bentuk menulis di media sosial.

Seseorang itu mungkin kurang bersemuka dengan orang lain tetapi aktif menulis di media sosial.

Justeru menulis di media sosial juga boleh diertikan sebagai ‘bercakap’.

Sebagaimana perlu berwaspada dengan kata-kata demikian juga perlu berwaspada dengan apa yang ditulis dan ditaip.

Gunakan media sosial untuk hal-hal yang bermanfaat di akhirat kelak, bukan sebaliknya.

Dr. Idris bin Sulaiman
Kajang
25 Jamadilawal 1444H
20 Disember 2022

Similar Posts

  • |

    ZUHUD

    – Pengertian zuhud – Rusuhan bola sepak Muslim dianjurkan supaya berzuhud dengan dunia. Sabda Nabi ﷺ: ازهَدْ في الدُّنيَا يُحِبَّكَ اللهُ، وازهَدْ فِيمَا عِندَ النَّاسِ يُحِبَّكَ النَّاسُ. “Berzuhudlah di dunia nescaya engkau akan dicintai Allah dan berzuhudlah daripada apa yang dimiliki oleh manusia nescaya mereka akan mencintaimu.” [Hasan. Riwayat Ibnu…

  • |

    BULU KUCING TERTANGGAL NAJIS SEPERTI BANGKAI?

    Majoriti ulama termasuklah mazhab Hanafi, Maliki dan Hanbali menghukum bulu kucing yang tertanggal sebagai suci. https://islamqa.info/ar/answers/261452/التفصيل-في-طهارة-شعر-الحيوان Ini berdasarkan dalil: عَنْ دَاوُدَ بْنِ صَالِحِ بْنِ دِينَارٍ التَّمَّارِ، عَنْ أُمِّهِ، أَنَّ مَوْلَاتَهَا أَرْسَلَتْهَا بِهَرِيسَةٍ إِلَى عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا، فَوَجَدَتْهَا تُصَلِّي، فَأَشَارَتْ إِلَيَّ أَنْ ضَعِيهَا، فَجَاءَتْ هِرَّةٌ، فَأَكَلَتْ مِنْهَا، فَلَمَّا انْصَرَفَتْ أَكَلَتْ…

  • |

    FIKAH JIHAD

    Puncak tertinggi agama ialah jihad, bertujuan untuk menyeru manusia kepada Islam, menegakkan agama kebenaran dan menghalang kejahatan musuh. Tinggal lagi ramai mungkin beranggapan bahawa jihad disyariatkan cukup dengan ada semangat juang dan kemahuan tinggi semata-mata tanpa sebarang syarat atau persiapan. Memadai jihad dengan apa sahaja kelengkapan dan kekuatan yang ada…

  • |

    DOA AWAL TAHUN HIJRAH

    Tiada doa atau sebarang amalan khusus sempena awal tahun Hijrah. Usah menokok tambah Agama. Sabda Nabi ﷺ: مَنْ ‌أَحْدَثَ فِي أَمْرِنَا هَذَا مَا لَيْسَ فِيهِ فَهُوَ رَدٌّ. “Barang siapa buat perkara baharu dalam urusan kita ini (Agama) maka ia tertolak”. [Riwayat Bukhari dan Muslim] Daripada Allah jua kita memohon petunjuk….

  • |

    CAKAP SEDIKIT

    Kata Imam al-Auzaie: “Orang beriman bercakap sedikit dan beramal banyak sedangkan orang munafik bercakap banyak tetapi beramal sedikit.” [al-Zahabi, al-Siyar, 7/125] Dr. Idris bin SulaimanGotong royong Ramadan12 Syaaban 1444H05 Mac 2023

  • |

    SYAITAN SURUH CERAI

    Peningkatan trend perceraian bagi pasangan Islam saban tahun dilihat semakin membimbangkan. Demikian laporan akhbar baru-baru ini berdasarkan statistik Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia. Dalam membicarakan soal talak cerai, Nabi ﷺ bersabda: إِنَّ ‌إِبْلِيسَ ‌يَضَعُ ‌عَرْشَهُ ‌عَلَى ‌المَاء ثمَّ يبْعَث سراياه فَأَدْنَاهُمْ مِنْهُ مَنْزِلَةً أَعْظَمُهُمْ فِتْنَةً يَجِيءُ أَحَدُهُمْ فَيَقُولُ فَعَلَتُ كَذَا وَكَذَا…