BANK ISLAM

BANK ISLAM

Lampiran gambar mesej yang diterima melalui telefon bimbit hari ini tentang tawaran pembiayaan (baca PINJAMAN) peribadi sehingga RM300K dengan kadar terapung (floating rate) bermula daripada 4.42%.

Berbeza dengan kadar tetap (fixed rate), kadar terapung merujuk kepada kadar faedah (baca RIBA) yang boleh berubah dari semasa ke semasa mengikut ketetapan bank.

Ini jelas merupakan gharar / ketidakpastian.

Justeru bukan sahaja ia merupakan PINJAMAN RIBA malah tambahan RIBA pulangan baliknya tidak pasti, boleh berubah dan bertambah.

Inikah yang dikatakan pembiayaan Islamik?

Tercelanya Riba:

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10219338130875853&id=1588241794

Bank Riba vs Islamic Banking:

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10218677474919867&id=1588241794

CATATAN:

Dukacitanya ada yang mahu putar alam selagi mana boleh.

Daripada ALLAH jua kita memohon petunjuk dan panduan.

Idris bin Sulaiman
Kajang
28 Ramadan 1442H /
10 Mei 2021
http://www.facebook.com/idrissulaiman

Similar Posts

  • I Follow Jesus???

    “I Follow Jesus”??? . . . Adakah seorang Muslim boleh mengucapkan perkataan-perkataan seperti ini? . . . Sekiranya diamati, kita tidak akan dapat lari daripada membuat kesimpulan bahawa perkataan ini adalah salah, atau paling tidak, seeloknya dielakkan kerana ia mengelirukan. . . . Ini kerana dalam sebuah peristiwa ketika mana…

  • BERITA ADU DOMBA DUA NEGARA ISLAM?

    BERITA ADU DOMBA DUA NEGARA ISLAM? # Kononnya Arab Saudi berkomplot merampas kuasa di Jordan Adakah ini taraf berita wartawan Malaysia hari ini? Mengadu domba antara negara-negara Islam? Atau mahu menjadi boneka musuh Islam yang ingin melihat negara-negara Islam porak-peranda. Bertaubatlah. Akhbar Tempatan Mempromosi Syiah: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10217061288356213&id=1588241794 CATATAN: Anda tertanya-tanya mengapa…

  • DEMONSTRASI TUNJUK PERASAAN BUKAN DARIPADA ISLAM

    DEMONSTRASI TUNJUK PERASAAN BUKAN DARIPADA ISLAM Jangan sekali-kali kita membudayakan demonstrasi tunjuk perasaan. Perbuatan mengganggu pengguna jalan raya, berteriak dan terlolong, mencaci dan memaki hamun, bergaduh dan melawan pihak berkuasa, merosakkan harta benda dan mengganggu ketenteraman awam, ini semua jelas bukan daripada ajaran Islam. Budaya demonstrasi tunjuk perasaan pada hari…

  • JIN & SYAITAN TIDAK BOLEH DILIHAT

    JIN & SYAITAN TIDAK BOLEH DILIHAT Alam jin berbeza dengan alam manusia. Jin dicipta daripada api manakala manusia daripada tanah. Mengapa dinamakan jin? Kerana jin terlindung dan tertutup daripada pandangan manusia. Kata Ibnu ‘Aqil (wafat 513H): سُمِّيَ ‌الْجِنّ جِنًّا لاجْتِنَانِهِمْ وَاسْتِتَارِهِمْ عَن الْعُيُون مِنْهُ سُمِّيَ الْجَنِين جَنِينًا. “Dinamakan jin sedemikian…