| | |

ULAMA & PERAWI SAHABAT

ULAMA & PERAWI SAHABAT

# Ulama papan kekunci

Jumlah para Sahabat Rasulullah ﷺ adalah ribuan.

Jumlah mereka yang meriwayatkan hadis (yang tercatat nama mereka dalam kitab-kitab hadis) ialah sekitar 750 orang Sahabat.

Jumlah mereka yang berijtihad dan memberi fatwa tidak lebih daripada 150 orang Sahabat.

7 daripada mereka banyak berijtihad dan memberi fatwa;

20 lagi bersifat pertengahan

manakala baki yang lain hanya sedikit ijtihad dan fatwa mereka.

Semoga ALLAH ﷻ meredai mereka semua.

———————
الاحكام لابن حزم
———————

CATATAN:

Zaman sekarang jumlah mereka yang memberi fatwa terlalu ramai, jauh mengalahkan para Sahabat Rasulullah ﷺ, khususnya di media sosial. Fatwa dikeluarkan lebih pantas dari kilat tanpa perlu pengamatan atau kajian.

Kita memohon petunjuk daripada ALLAH, semoga ALLAH melindungi kita daripada kejahilan.

Idris bin Sulaiman
Kajang
10 Zulkaedah 1442H /
23 Jun 2021
http://www.facebook.com/idrissulaiman

Similar Posts

  • |

    MENGATA DULANG

    Ada pihak berkata: “Wahabi mudah menyesatkan orang lain!!” Pihak itu juga kemudian berdoa: “Lindungilah kami dari ajaran sesat Wahabi!!” Seperti ada sesuatu tidak kena, bukan?? Mengata dulang paku serpih mengata orang dia yang lebih. CATATAN Berbahaslah dengan ilmu. Daripada Allah jua kita memohon petunjuk. Dr. Idris bin SulaimanKajang25 Jamadilakhir 1446H27…

  • MANUSIA PENDOSA

    – Dan syaitan bertipu-muslihat Jangan engkau ditipu syaitan yang ada kalanya akan mencantikkan dosa itu buat engkau manakala di masa yang lain dia memperkecilkan amalan-amalan ketaatan yang engkau lakukan atas alasan dosa-dosa yang engkau terjebak melakukannya. Sebaliknya hendaklah engkau terus beramal taat dan gigih mengerjakannya. Kerana sabda Nabi ﷺ: مَا…

  • |

    NIKMAT DICABUT

    – Sebab mengapa suatu nikmat dicabut Jika Allah ﷻ memberi suatu nikmat kepadamu lalu Dia mencabutnya daripadamu maka ketahuilah bahawa Dia ﷻ tidak mencabutnya daripadamu kerana Dia bakhil atau kerana Dia mengutamakan diriNya sendiri berbanding dirimu. Sebaliknya andalah penyebab nikmat itu dicabut. Firman Allah ﷻ: ذَٰلِكَ بِأَنَّ ٱللَّهَ لَمۡ يَكُ…

  • |

    AGAMA KUFUR ITU BERBEZA-BEZA ATAU SAMA?

    AGAMA KUFUR ITU BERBEZA-BEZA ATAU SAMA? Firman Allah ﷻ: وَلَن تَرۡضَىٰ عَنكَ ٱلۡيَهُودُ وَلَا ٱلنَّصَٰرَىٰ حَتَّىٰ تَتَّبِعَ مِلَّتَهُمۡ. “Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan reda terhadapmu sehingga engkau menurut agama mereka (yang terpesong itu).” [Al-Quran, al-Baqarah, 2:120] Ramai daripada kalangan ulama fikah berhujah dengan firmannya: حَتَّى تَتَّبِعَ مِلَّتَهُمْ. “Sehingga…

  • | |

    KEKUATAN BERBAHAS

    KEKUATAN BERBAHAS Kekuatan seseorang itu berbahas tidak diukur dengan hanya membawa maklumat dan memperbanyakkannya di samping menghafal dalil dan mengemukakannya. Sebaliknya dengan sejauh mana kuatnya dalil yang digunakan, cara penyampaiannya serta melazimi metode ilmu dalam perbincangan dan sanggahan. CATATAN Bagaimana jika suatu permasalahan Agama itu hanya ditegakkan dengan andaian dan…

  • | |

    HARAM SENTUH PEREMPUAN BUKAN MAHRAM

    Sabda Nabi ﷺ: لأَنْ ‌يُطعنَ ‌في ‌رأسِ ‌أحدِكُم ‌بِمخْيطٍ ‌مِنْ ‌حديدٍ؛ خيرٌ لَهُ مِنْ أَنْ يَمَسَّ امْرأةً لا تَحِلُّ لَهُ. “Sesungguhnya ditusuk kepala seseorang daripada kamu dengan jarum besi itu lebih baik baginya daripada menyentuh wanita yang tidak halal baginya.” [Sahih, riwayat al-Tabarani, no. 486] Dr. Idris bin SulaimanKajang12 Jamadilawal…