the pilgrim's guide, religion, islam
|

“BAGI KAMU AGAMA KAMU, DAN BAGIKU AGAMAKU.”

Sebahagian menyangka bahawa ayat surah al-Kafirun ini menunjukkan kebebasan manusia untuk memilih mana-mana agama, Islam atau kufur termasuklah untuk murtad daripada agama Islam, nauzubillah.

Mereka turut berdalilkan ayat “Tidak ada paksaan dalam agama.” [al-Baqarah, 2: 256]

Tafsiran ini salah.

Imam Ibnu Kathir dalam kitab Tafsirnya menegaskan bahawa ayat “Bagi kamu agama kamu, dan bagiku agamaku” ialah penegasan setiap Muslim berlepas diri daripada kekufuran, dan bahawasanya Muslim tidak menyembah apa yang disembah oleh orang-orang kafir, sebagaimana orang-orang kafir juga tidak menyembah Allah ﷻ ataupun mengesakannya.

Dengan kata lain, tidak ada persamaan antara agama Islam dan agama kufur; agama tauhid dan agama syirik.

Itu maksud ayatnya.

Demikian ayat “Tidak ada paksaan dalam agama” sama sekali tidak bermaksud Muslim bebas untuk murtad tanpa sebarang ramifikasi.

Sebaliknya ia bermaksud tidak boleh memaksa seseorang itu untuk memeluk agama Islam.

Ini kerana Islam ialah penundukan hati dan jiwa kepada agama Allah, bukan sekadar lahiriah luaran anggota.

Maka Allah ﷻ jualah yang memberi hidayah kepada sesiapa yang dikehendakinya dengan melapangkan hatinya menerima Islam.

Adapun mereka yang hatinya dibutakan oleh Allah ﷻ maka tidak ada gunanya untuk memaksanya memeluk Islam.

Demikian maksudnya.

CATATAN

Alhamdulillah, semalam ramai juga yang berminat dengan buku Syarah Hadis 40 yang baru diterbitkan. Ada juga dari negara jiran. Terima kasih atas sokongan.
Jazakumullahu khaira.

Dr. Idris bin Sulaiman
Kajang
07 Syaaban 1444H
28 Februari 2023


Dapatkan buku baharu
Syarah Hadis 40 al-Nawawi
https://idrissulaiman.com/product/syarah-hadis-40-imam-al-nawawi/
dengan harga promosi.

Similar Posts

  • |

    HUKUM ISTIGHATHAH DI KUBURAN

    (Video: Amalan Istighathah di Kuburan Minta Tolong dari Orang Mati) Istighathah di kuburan ialah perbuatan meminta tolong daripada orang mati. Ia adalah perbuatan syirik besar. Ini kerana Muslim diperintahkan supaya hanya meminta tolong di alam ghaib daripada Allah ﷻ, berdoa dan bergantung harap kepadaNya semata-mata. Selari dengan firman Allah ﷻ:…

  • AKIDAH AL-MATURIDI?

    Di sesetengah tempat terdapat khatib yang berdoa: “Ya Allah, kukuhkanlah akidah umat seperti dirumuskan oleh Imam al-Asy’ari dan al-Maturidi.” Sebenarnya, banyak aspek yang boleh dibahaskan berkaitan perkara ini. Namun, persoalan yang ingin dilontarkan di sini ialah tentang akidah al-Maturidi. Akidah al-Asya’irah mungkin sudah diketahui umum, tetapi apakah yang dimaksudkan dengan…

  • | |

    MASJID AL-AQSA SYIAH

    Masjid al-Aqsa merupakan antara tempat penting yang mempunyai banyak kelebihan dan fadilat di sisi umat Islam. Ia merupakan tempat yang berkat lagi suci. Dukacitanya sejak sekian lama ia telah dijajah Yahud laknatullah. Sejak itu seruan untuk membebaskannya banyak dilaungkan oleh pelbagai pihak. Termasuklah daripada kalangan orang-orang Syiah dan negara mereka…

  • | |

    WALI ALLAH?

    Kyai Zaini Abdul Ghani @ Guru Sekumpul ialah seorang guru agama dari Indonesia. Dalam sebuah rakaman video ceramah di masjid kelihatan beliau secara tiba-tiba bangun dan mengangkat kain sarung di hadapan khalayak ramai. Sesuatu perbuatan yang sangat pelik dan memalukan. Walau bagaimanapun, kedudukan beliau yang kononnya sudah sampai ke darjat…

  • | |

    KELEBIHAN TAUHID & BAHAYA SYIRIK

    Barang siapa mati dalam keadaan tidak berbuat syirik kepada Allah ﷻ akan masuk syurga dan barang siapa mati dalam keadaan berbuat syirik kepadaNya ﷻ akan masuk neraka walaupun dia daripada kalangan orang yang banyak beribadah. Sabda Nabi ﷺ: مَنْ لَقِيَ اللهَ وَهُوَ لا يُشْرِكُ بِهِ شَيْئًا دَخَلَ الجَنَّةَ وَمَنْ لَقِيَهُ…

  • MINTA TOLONG DENGAN POKOK?

    – Istianah (Meminta Pertolongan) – Minta tolong dengan makhluk Tular sebuah video di mana seorang ustaz berkata: “Meminta tolong dengan makhluk itu dibolehkan asalkan kita beriktikad yang memberi ialah Allah (maka) boleh kita ‘istianah’ dengan pokok (dan) minta tolong dengan pokok.” Tambah beliau: “Tapi dengan syarat kamu yakin yang memberi…