ASYA’IRAH: AKIDAH SEBENAR AHLI SUNNAH WAL JEMAAH?
Asya’irah adalah nisbah kepada Abu al-Hasan al-Asy’ari, wafat tahun 324H.
Jika akidah Asya’irah dikatakan sebagai akidah sebenar Ahli Sunah Wal Jemaah, timbul persoalan tentang status akidah para alim ulama sebelum zaman Abu al-Hasan al-Asy’ari.
Bagaimana pula dengan status akidah Imam Ahmad (wafat 241H), murid kepada Imam Asy-Syafie, yang diberi gelaran ‘Imam Ahli Sunnah Wal Jemaah’?
Bagaimana pula status akidah Imam asy-Syafie (wafat 204H)?
Rata-rata masyarakat Islam Nusantara adalah penganut Mazhab Syafie.
Adakah ini bererti bahawa akidah Imam Asy-Syafie sesat kerana tidak menganut akidah Asya’irah?
Bagaimana pula dengan status akidah para ulama lain seperti Imam Malik (wafat 179H) dan Imam Abu Hanifah (wafat 150H)?
Bagaimana pula dengan akidah para Sahabat Nabi ﷺ?
Dan yang paling penting dan utama, bagaimana dengan status akidah junjungan besar kita Rasulullah ﷺ??
Apa yang pasti, mereka semua hidup sebelum zaman Abu al-Hasan al-Asy’ari.
Adakah mereka sesat kerana tidak menganut akidah Asya’irah – ‘akidah sebenar Ahli Sunnah Wal Jemaah’ seperti yang didakwa??
Atau adakah mereka juga penganut akidah Asya’irah??
Masakan boleh demikian sedangkan waktu itu akidah Asya’irah belum wujud lagi!!
Ini menunjukkan bahawa ungkapan:
Asya’irah: Akidah Sebenar Ahli Sunah Wal Jemaah
adalah ungkapan yang keliru lagi mengelirukan.
Justeru, tiada jalan lain selain daripada kita tegaskan bahawa agama Islam – sama ada akidah, ibadah atau akhlak – ialah apa yang menepati FIRMAN ALLAH dan SABDA RASULULLAH mengikut FAHAMAN PARA SAHABAT.
Firman Allah:
فَمَاذَا بَعْدَ الْحَقِّ إِلَّا الضَّلَال
“Tidaklah sesudah kebenaran itu melainkan kesesatan.”
Surah Yunus, ayat 32.
Kepada Allah jua kita memohon petunjuk.
Idris bin Sulaiman
Kajang
26.07.1440
02.04.2019