ANDA HIDUP SEPERTI RAJA

ANDA HIDUP SEPERTI RAJA

Ya, jika dibandingkan dengan kehidupan Nabi dan Sahabat.

Berkata an-Nukman bin Basyir:

“Bukankah kamu mempunyai makanan dan minuman yang kamu mahu? Sesungguhnya aku telah melihat Nabi ﷺ tidak mempunyai (apa-apa makanan walaupun) kurma buruk untuk rasa kenyang.”

Sahih. Riwayat Muslim.

Berkata Aishah:

“Sesungguhnya keluarga Muhammad ﷺ (terpaksa) menunggu beberapa bulan TANPA MEMASAK APA-APA. Apa yang ada hanya KURMA dan AIR.”

Sahih. Riwayat Bukhari dan Muslim.

Bagaimana jika dibandingkan dengan kehidupan kita pada hari ini yang penuh dengan beraneka macam makanan dan minuman yang boleh didapati di hujung jari (melalui aplikasi telefon pintar)?

Percaya atau tidak, ia semua CUBAAN dan UJIAN untuk melihat sama ada kita BERSYUKUR atau tidak.

Justeru BERSYUKURLAH dengan apa yang ada.

JANGAN KUFUR NIKMAT!

Selagi ada beraneka makanan dan minuman, dan bukan hanya beralaskan kurma dan air, ANDA HIDUP SEPERTI RAJA.

Semoga ALLAH menghilangkan wabak penyakit yang melanda dengan secepatnya.

Sesungguhnya ALLAH Maha Kuat lagi Maha Perkasa.

Idris bin Sulaiman
Kajang
30 Rejab 1441H / 25 Mac 2020
https://www.facebook.com/idrissulaiman

Similar Posts

  • KEJUT ISTERI SOLAT SUBUH

    KEJUT ISTERI SOLAT SUBUH Ada yang mencadangkan jika suami susah kejutkan isteri bangun untuk solat Subuh maka boleh cuba memanggil isteri dengan nama perempuan lain. Tetapi perlu berhati-hati dan ambil langkah berjaga-jaga. ———————— Hakikatnya cara sebegini tidak menepati as-Sunah. Sebaliknya suami boleh merenjis sedikit air ke muka isteri dengan lemah…

  • HUKUM NYANYIAN & MUZIK

    HUKUM NYANYIAN & MUZIK . Pandangan keempat-empat Ulama Mazhab . . MAZHAB HANAFI . Kata Imam Abu Hanifah rahimahullah: . “Muzik adalah haram menurut SEMUA agama.” . Kata Ibnul Qayyim: . “Mazhab Abu Hanifah dalam perkara ini adalah yang paling keras dan tegas.” . Kata Abu At-Tiib At-Tabari: . “Imam…

  • SYIAH RASA TIDAK SENANG DENGAN MALAYSIA

    SYIAH RASA TIDAK SENANG DENGAN MALAYSIA Seorang pemuka SYIAH menzahirkan rasa tidak senang dengan pemulihan hubungan baik antara MALAYSIA – ARAB SAUDI dengan melemparkan fitnah terhadap SPB Raja Permaisuri. Matilah kamu dengan kebencian kamu terhadap kaum Muslimin Ahli Sunah. Semoga ALLAH memelihara tanah air dan semua negara Islam daripada kebejatan…

  • HADIS SAHIH vs HADIS DAIF

    HADIS SAHIH vs HADIS DAIF # Kebenaran bercampur kebatilan # Ancaman berdusta atas nama Nabi ﷺ Jika tidak dibezakan antara hadis sahih dengan hadis daif, apatah lagi hadis palsu nescaya kebenaran akan bercampur aduk dengan kebatilan. Sedangkan syariat Islam menuntut supaya penjual berterus terang kepada pembeli tentang keaiban yang ada…

  • ORANG BERTAKLID

    ORANG BERTAKLID HANYA MENUKIL PENDAPAT ATAU BOLEH BERBAHAS? Hujah dalam perbahasan Agama ialah nas dan ijmak di samping dalil yang diistinbatkan daripadanya mengikut kaedah-kaedah syarak. Adapun pendapat ulama atau mazhab bukanlah hujah. Ini kerana pendapat-pendapat ulama atau mazhab perlu disokong dengan dalil-dalil syarak, dan bukan dijadikan sebagai dalil yang mengatasi…