AL JAZEERA – QATAR

AL JAZEERA – QATAR

Saluran berita AL JAZEERA yang berpangkalan di QATAR baru-baru ini membuat laporan memburuk-burukkan Malaysia kononnya tidak berperi kemanusiaan terhadap pendatang asing.

https://www.facebook.com/115795798453909/posts/3333853379981452/?vh=e&d=n

Tuduhan ini berat dan boleh mencemarkan nama baik negara.

Mengapa saluran berita ini bertindak sedemikian?

Jika dilihat QATAR, negara ini memang banyak melakukan onar dengan negara-negara jirannya di Timur Tengah khususnya ARAB SAUDI.

Antaranya QATAR menuduh ARAB SAUDI tidak membenarkan warganegaranya mengerjakan haji pada tahun 2018 yang kemudian ternyata tidak benar.

Dalam masa yang sama, QATAR menjalin hubungan baik dengan IRAN dan HIZBULLAH yang banyak melakukan keganasan ke atas MUSLIM SUNNI.

https://www.bharian.com.my/kolumnis/2017/06/290777/kelainan-dasar-qatar-punca-dimusuhi

Adakah ini satu tindak balas QATAR terhadap MALAYSIA kerana menjalin semula hubungan baik dengan ARAB SAUDI?

Apa yang pasti, MALAYSIA harus berwaspada dengan kedok-kedok AL JAZEERA – QATAR lebih-lebih lagi dengan tuduhan QATAR sebagai negara penyokong keganasan manakala AL JAZEERA banyak menyokong gerakan-gerakan subversif seperti Arab Spring di negara-negara ISLAM.

https://selangorkini.my/2017/06/perang-diplomatik-negara-arab-vs-qatar-apa-yang-berlaku/

Daripada Allah jua kita memohon pertolongan dan perlindungan.

Idris bin Sulaiman
Kajang
14 Zulkaedah 1441H / 5 Julai 2020
http://www.facebook.com/idrissulaiman

Similar Posts

  • KEBENARAN TIDAK DIUKUR DENGAN ORANG

    KEBENARAN TIDAK DIUKUR DENGAN ORANG #Kaedah-Kaedah Ilmiah (5) الحَقُّ لا يُعْرَفُ بِالرِّجَالِ وَإنَّمَا الرِّجَالُ يُعْرَفُونَ بِالحَقِّ. Kebenaran tidak diukur dengan mana-mana individu. Sebaliknya seseorang itu diukur dengan kebenaran. “The truth is not known by men, rather men are known by the truth”. Kebenaran ialah apa yang menepati dalil tanpa mengira…

  • MEMBUAT TOKOK TAMBAH DALAM AGAMA

    Mendakwa Nabi ﷺ telah khianat Agama Islam telah sempurna Orang yang membuat tokok tambah dan mengada-adakan rekaan amalan baharu dalam agama pada hakikatnya mempertikaikan apa yang telah disyariatkan oleh Allah ﷻ. Barangkali bukan dengan lisannya tetapi perbuatannya seperti mengatakan bahawa syariat terlepas pandang ‘kebaikan’ yang diada-adakannya itu. Sedangkan tidaklah Nabi…

  • FIKIRAN SIMPLISTIK

    FIKIRAN SIMPLISTIK Orang yang berfikiran simplistik akan melihat sekelilingnya dengan cara yang terlalu mudah. Mengubah sesuatu dengan cara kompleks boleh mengganggu cara fikirnya. Ya Allah, kurniakan buat kami ilmu yang bermanfaat serta amalan yang soleh. Idris bin Sulaiman Kajang 16 Safar 1441H / 16 Oktober 2019 Pagi yang cerah

  • MENYEMBAH KUBUR

    MENYEMBAH KUBUR Meminta pertolongan daripada orang mati. Jika ini bukan SYIRIK, apa lagi? ALLAH menceritakan kenyataan orang-orang MUSYRIKIN MEKAH yang MENYEMBAH BERHALA dengan berkata: مَا نَعۡبُدُهُمۡ إِلَّا لِیُقَرِّبُونَاۤ إِلَى ٱللَّهِ زُلۡفَىٰۤ “Kami tidak MENYEMBAHNYA (dengan meminta pertolongan daripadanya) melainkan supaya mereka (berhala-berhala itu) dapat MENDEKATKAN kami kepada ALLAH sehampir-hampirnya.” Surah…

  • ZINA & PLURALISME

    ZINA & PLURALISME (Rentetan peristiwa program pelajar Melayu Muslim di kuil) 1. PLURALISME ialah fahaman menyamakan SEMUA AGAMA dalam erti KEBENARAN ada dalam SEMUA AGAMA, dan keselamatan (syurga) boleh dicapai menerusi MANA-MANA AGAMA. Tuhan adalah satu, hanya istilah NAMA SAHAJA BERBEZA (Allah, Jehovah, Jesus, Brahma dll.). Menggalakkan kerjasama dan DIALOG…