| |

HADIS SAHIH vs HADIS DAIF

HADIS SAHIH vs HADIS DAIF

# Kebenaran bercampur kebatilan
# Ancaman berdusta atas nama Nabi ﷺ

Jika tidak dibezakan antara hadis sahih dengan hadis daif, apatah lagi hadis palsu nescaya kebenaran akan bercampur aduk dengan kebatilan.

Sedangkan syariat Islam menuntut supaya penjual berterus terang kepada pembeli tentang keaiban yang ada pada barangan jualannya (jika ada) maka bagaimana pula dengan apa yang berkaitan dengan menjaga agama kaum Muslimin?

Semestinya ia jauh lebih utama dan lebih dituntut.

Dukacitanya masih ramai yang mengabaikan perkara ini dan menyebarkan riwayat-riwayat yang dinisbahkan kepada Nabi ﷺ tanpa memastikan kesahihannya terlebih dahulu.

Ini tidak wajar. Malah sangat dilarang oleh Agama.

Nabi ﷺ bersabda:

اتَّقُوا الحَدِيثَ عَنِّي إلَّا مَا عَلِمْتُمْ، فَمَنْ كَذَبَ عَلّيَّ مُتَعَمِّدًا فَلْيَتَبَوَّأُ مَقْعَدَهُ مِنْ النَّارِ.

“Hendaklah kamu menjauhkan diri daripada menisbahkan sesebuah hadis kepadaku melainkan dalam apa yang kamu pasti. Sesungguhnya barang siapa berdusta atas namaku maka hendaklah dia bersiap-sedia akan tempatnya dalam api neraka.”

[Riwayat Tirmidhi. Sunan at-Tirmidhi, kitab Tafsir Al-Quran, bab Ma Ja’a Fi al-Ladhi Yufassiru Al-Quran Bira’yihi, no. 2951. Kata al-Albani: Sahih]

Hadis di atas menunjukkan bahawa perbuatan menisbahkan sesebuah riwayat daif apatah lagi palsu kepada Nabi ﷺ tanpa menjelaskan statusnya termasuklah dalam dosa besar yang diancam dengan api neraka. Waliyazubillah.

Idris bin Sulaiman
Kajang
Semak sebelum sebar
23 Muharam 1443H /
02 September 2021

Similar Posts

  • | |

    PENUNTUT ILMU

    PENUNTUT ILMU Terdapat tiga tahap penuntut ilmu iaitu mereka yang: 1. Hafal dan faham; 2. Faham tanpa hafal; dan 3. Hafal tanpa faham. Kedudukan tahap-tahap ini adalah sama mengikut turutan di atas. Firman Allah ﷻ: “Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman serta orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan Agama daripada kalangan…

  • |

    SAMBUTAN / PERAYAAN SEBAHAGIAN DARIPADA AGAMA ATAU ADAT?

    SAMBUTAN / PERAYAAN SEBAHAGIAN DARIPADA AGAMA ATAU ADAT? (Hantaran asal pada 24.01.2020 tetapi seperti telah disêkãt oleh FB) Sebahagian membolehkan MUSLIM turut serta dalam SAMBUTAN / PERAYAAN KUFFAR sekiranya ia hanya melibatkan ADAT atau sekiranya TIADA UNSUR KEAGAMAAN. Kebiasaannya alasan yang diberikan ialah untuk menjaga perpaduan, permuafakatan antara kaum, menjaga…

  • |

    KEBENARAN TIDAK DIUKUR DENGAN ORANG

    KEBENARAN TIDAK DIUKUR DENGAN ORANG #Kaedah-Kaedah Ilmiah (5) الحَقُّ لا يُعْرَفُ بِالرِّجَالِ وَإنَّمَا الرِّجَالُ يُعْرَفُونَ بِالحَقِّ. Kebenaran tidak diukur dengan mana-mana individu. Sebaliknya seseorang itu diukur dengan kebenaran. “The truth is not known by men, rather men are known by the truth”. Kebenaran ialah apa yang menepati dalil tanpa mengira…

  • VIDEO RAKAMAN: MAKMUM KELIRU MENEGUR BACAAN IMAM

    – Berpada-pada memberi pendapat – Beza dalil qat’i dan zhanni Rakaman menunjukkan saat imam membaca ayat 13, surah Hud lalu salah seorang makmum di belakangnya menegur bacaannya tetapi tidak diendahkan oleh imam. Makmum itu berkali-kali menegurnya tetapi imam tetap teguh dengan bacaannya. Ternyata bacaan sang imam benar manakala makmum itu…

  • |

    MENGAGUNGKAN SUNAH NABI ﷺ

    Sunah Nabi ﷺ wajib diterima dan diagungkan. Sebagaimana firman Allah ﷻ: وَمَآ ءَاتَىٰكُمُ ٱلرَّسُولُ فَخُذُوهُ وَمَا نَهَىٰكُمۡ عَنۡهُ فَٱنتَهُواْۚ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَۖ إِنَّ ٱللَّهَ شَدِيدُ ٱلۡعِقَابِ “Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah kepada kamu maka terimalah serta amalkan, dan apa jua yang dilarangNya kamu melakukannya maka patuhilah laranganNya. Dan…