|

AGAMA ATAU MAZHAB SELAIN ISLAM DIASAS OLEH MANUSIA

AGAMA ATAU MAZHAB SELAIN ISLAM DIASAS OLEH MANUSIA

Islam kembali kepada asal kata ‘aslama’ yang bermaksud menyerah diri.

Menyerah diri kepada Allah ﷻ, tunduk patuh dengan tauhid serta ikhlas beribadah kepadaNya dengan melaksanakan suruhan dan menjauhi laranganNya.

Semua nabi dan rasul telah membawa agama Islam dengan menyeru manusia kepada mengesakan Allah ﷻ mengikut syariat yang diturunkan kepada mereka.

Ini sejajar dengan firman Allah ﷻ “Sesungguhnya agama di sisi Allah ialah Islam” [Aali Imraan, 3:19] di samping banyak ayat Al-Quran yang lain.

Antaranya ialah ucapan Nabi Nuh “Dan aku diperintahkan supaya menggolongkan diri dalam kalangan orang-orang Islam” [Yunus, 10:72], ucapan Nabi Sulaiman “Datanglah kamu kepadaku dalam keadaan Muslim” [an-Naml, 27:31] dan firmanNya “Bukanlah Nabi Ibrahim itu seorang Yahudi atau Nasrani tetapi dia seorang yang tetap di atas dasar tauhid sebagai seorang Muslim” [Aali Imran, 3:67].

Maksud di sini agama Islam adalah nisbah kepada Allah ﷻ semata-mata dan bukan nisbah kepada mana-mana individu, Nabi Muhammad ﷺ atau yang lain.

Ini berbeza dengan agama-agama selain Islam.

Yahudi atau Judaisme nisbah kepada Judah anak Nabi Yaakub alaihissalam.

Kristian nisbah kepada Chris atau Jesus @ Nabi Isa alaihissalam.

Buddha nisbah kepada Sidharta Gautama.

Sikh nisbah kepada Guru Nanak (Asal perkataan sikh bermaksud murid yakni murid Guru Nanak).

Hindu pula berasal daripada percampuran pelbagai budaya dan tradisi masyarakat India.

Demikian halnya dengan pelbagai aliran dan mazhab yang muncul dalam Islam.

Setiap aliran atau mazhab ini adalah nisbah kepada nama individu tertentu seperti mana Jahmiyah nisbah kepada Jahm bin Safwan, Muktazilah nisbah kepada Jaad bin Dirham, Asyairah nisbah kepada Abu al-Hasan al-Asyari manakala Maturidiah nisbah kepada Abu Mansur al-Maturidi.

Sama halnya dengan tariqat-tariqat sufi seperti Qadariah, Rifaiyah, Syazaliah dan yang lain. Setiap satunya nisbah kepada nama orang tertentu.

Apa yang pastinya semua individu ini bukan maksum.

Hanya Allah ﷻ sahaja yang bersifat sempurna lagi maksum.

Ini menunjukkan betapa pentingnya berpegang kepada agama Islam yang benar seperti mana yang dibawa oleh Nabi ﷺ mengikut fahaman para Sahabat tanpa sebagai tokok tambah atau penyelewengan.

Istilah Muslim dan Salafi:

https://www.facebook.com/1588241794/posts/10208533667171013/

Asya’irah Akidah Sebenar Ahli Sunah?

https://www.facebook.com/1588241794/posts/10216032501077174/

Rasulullah berakidah Asya’irah Maturidiyyah dan bertasawuf?

https://www.facebook.com/1588241794/posts/10216995392148849/

CATATAN:

Ada kelompok yang mahu menisbahkan Muslim yang menyeru kepada Al-Quran dan as-Sunah mengikut fahaman Salaf as-Soleh sebagai pengikut Wahabi.

Ironinya perkataan Wahabi adalah nisbah kepada nama Allah ﷻ iaitu al-Wahhab.

Kelompok ini mahu menisbahkannya kepada seorang ulama di negeri Hijaz bernama Muhammad bin Abdul Wahab (wafat 1206H) tetapi berbelah bagi antara hendak menggelar Muslim itu sebagai Muhammadi atau Wahabi.

Gelaran Muhammadi dilihat positif lalu mereka memilih Wahabi tanpa menyedari bahawa ia juga positif.

——————-

Sertai bersama kami dalam grup Telegram Pena Ustaz Idris Sulaiman untuk mendapatkan artikel-artikel Ustaz dan memastikan anda tidak terlepas tulisan-tulisan yang terkini melalui pautan di bawah.

https://t.me/penaustazidrissulaiman

Similar Posts

  • |

    HUKUM ISTIGHATHAH DI KUBURAN

    (Video: Amalan Istighathah di Kuburan Minta Tolong dari Orang Mati) Istighathah di kuburan ialah perbuatan meminta tolong daripada orang mati. Ia adalah perbuatan syirik besar. Ini kerana Muslim diperintahkan supaya hanya meminta tolong di alam ghaib daripada Allah ﷻ, berdoa dan bergantung harap kepadaNya semata-mata. Selari dengan firman Allah ﷻ:…

  • | |

    ASYAIRAH & MATURIDIAH

    Mazhab Asyairah ialah nisbah kepada Abu al-Hasan al-Asyari, lahir pada tahun 260H di Iraq dan wafat pada tahun 324H. Mazhab Maturidiah pula ialah nisbah kepada Abu Mansur al-Maturidi, lahir di Samarkand, Uzbekistan dan wafat pada tahun 333H. Sekalipun banyak persamaan tetapi perlu ditegaskan bahawa kedua-dua mazhab akidah ini berbeza dalam…

  • |

    PENTINGNYA AKIDAH TAUHID

    Dakwah sekalian para nabi menekankan akidah tauhid. Ini kerana barang siapa yang akidah tauhidnya bagus maka amalannya pun akan turut jadi bagus. Sedangkan orang yang akidah tauhidnya rosak maka akan rosaklah juga amalan-amalan yang dilakukannya sekalipun orangnya banyak solat, berpuasa, bersedekah dan beramal ibadah. Oleh itu, orang fasik daripada kalangan…

  • | | | |

    HAMAS

    HAMAS Berbekalkan senjata canggih yang disediakann oleh Syiah Iran, mereka melakukan serangan ke atas bangsa yang dimurkai Allah, Yahudi, lalu serangan ini dijadikan alasan untuk menyerang penduduk Islam Palestin sehingga menyebabkan terkorbannya ramai nyawa yang tidak berdosa serta berlakunya banyak kerosakan. Adakah perbuatan HAMAS ini wajar? Atau ia merupakan pengkhianatan…

  • | | |

    AHLI SUNAH SEJATI

    Pengikut Ahli Sunah berusaha untuk beramal dengan al-Sunah, sedangkan lawan mereka sedaya upaya mahu ketepikan al-Sunah atas alasan pendapat mazhab, tokoh, meraikan khilaf, hujah akal dan sebagainya. Firman Allah: فَإِن تَنَـٰزَعۡتُمۡ فِی شَیۡءࣲ فَرُدُّوهُ إِلَى ٱللَّهِ وَٱلرَّسُولِ إِن كُنتُمۡ تُؤۡمِنُونَ بِٱللَّهِ وَٱلۡیَوۡمِ ٱلۡـَٔاخِرِ. “Jika kalian berselisih dalam sesuatu perkara, maka…

  • |

    PENYELEWENGAN TERHADAP KALIMAH ‘ALLAH’

    PENYELEWENGAN TERHADAP KALIMAH ‘ALLAH’ . . Satu usaha untuk memesongkan akidah Umat Islam. . . . . Hakikatnya ia adalah bidaah SYIRIK AKBAR dalam mentafsirkan kalimah syahadah ‘LA ILAHA ILLA ALLAH’. . . . Ketika mana masyarakat Islam Nusantara bersusah payah memahami tafsiran makna kalimah syahadah ini di sebalik terjemahan…