flower, dahlia, petals
| |

ADAKAH MENGHARAPKAN GANJARAN FADILAT SUATU AMALAN MENYALAHI ERTI IKHLAS

Mengharapkan ganjaran amalan yang ditetapkan oleh Allah ﷻ di dunia dan akhirat bagi sesuatu amalan tidak menyalahi erti ikhlas selagi mana amalan itu dilakukan kerana Allah ﷻ.

Tidak seperti yang ditafsirkan oleh sebahagia kelompok sufi yang mendakwa bahawa ikhlas bererti melakukan sesuatu kerana Allah ﷻ semata-mata tanpa mengharapkan sebarang ganjaran sekalipun syurga.

Dengan kata lain, mereka mengandaikan orang yang beramal kerana ingin masuk syurga tidak ikhlas.

Ini tafsiran yang salah.

Beramal untuk meraih ganjaran yang ditetapkan oleh Allah ﷻ sama ada syurga atau ganjaran-ganjaran yang lain tidak menyalahi erti ikhlas selagi mana ia dilakukan kerana Allah ﷻ.

Muslim sememangnya disuruh supaya beramal dalam keadaan takut dan berharap.

Takut kepada dosa, kemurkaan Allah ﷻ, azab serta nerakaNya di samping berharap kepada pahala, keredaan Allah ﷻ, nikmat serta syurgaNya.

Firman Allah ﷻ:

إِنَّهُمۡ كَانُواْ يُسَٰرِعُونَ فِي ٱلۡخَيۡرَٰتِ وَيَدۡعُونَنَا رَغَبا وَرَهَباۖ وَكَانُواْ لَنَا خَٰشِعِينَ.

“Sesungguhnya mereka sentiasa berlumba-lumba dalam mengerjakan kebaikan, dan mereka sentiasa berdoa kepada Kami dalam keadaan berharap dan rasa takut, dan mereka pula sentiasa khusyuk (dan taat) kepada Kami.”

[Al-Quran, al-Anbiyaa’, ayat 90]

Justeru kembali kepada hadis yang menyebut bahawa antara kelebihan solat malam ia dapat menolak penyakit badan, selagi mana orangnya solat malam kerana Allah ﷻ, dan dalam masa yang sama dia mengharapkan kelebihan-kelebihan fadilat yang disebutkan dalam hadis itu maka ia tidak mengapa malah termasuk dalam erti ikhlas.

Tidak mungkin Nabi ﷺ menyebutkan kelebihan-kelebihan solat malam dalam hadis tersebut sedangkan dalam masa yang sama ia bertentangan dengan erti ikhlas.

Tidak mungkin.

Malah ia sebahagian daripada erti ikhlas.

Ikhlas sebagaimana yang dijelaskan oleh para ulama ialah:

‘Ibadah yang dilakukan oleh seseorang kerana mengharapkan wajah Allah ﷻ DAN UNTUK SAMPAI KE SYURGA, tanpa menyembah di samping Allah ﷻ tuhan yang lain’.

[Majmuk Fatawa Syeikh Ibnu Uthaimin]

Barakallahufikum.

Similar Posts

  • |

    DI MANA SYURGA & NERAKA?

    Syurga terletak di langit yang paling tinggi di bawah Arasy manakala api neraka terletak di Sijjin di bawah lapisan bumi yang paling bawah. Sabda Nabi ﷺ: فَإِذَا سَأَلْتُمُ اللَّهَ ‌فَاسْأَلُوهُ ‌الْفِرْدَوْسَ، فَإِنَّهُ وَسَطُ الْجَنَّةِ، وَأَعْلَى الْجَنَّةِ، وَفَوْقَهُ عَرْشُ الرَّحْمَنِ مِنْهُ تَفَجَّرُ أَنْهَارُ الْجَنَّةِ. “Jika kamu meminta daripada Allah maka mintalah…

  • | |

    KAMI MEMANG PENYEMBAH KUBUR!

    Pengakuan terus terang bahawa mereka benar-benar penyembah kubur. Tinggal lagi mereka mahu membezakan antara kubur dan makam. Kubur atau Makam? https://www.facebook.com/idrissulaiman/posts/10224777357613122 Kononnya makam wali boleh disembah kerana ia mendekatkan diri kepada Allah ﷻ. Tidak seperti kubur-kubur lain. Kebatilan yang jelas. Sedangkan itulah alasan yang dikemukakan oleh kaum musyrikin Mekah. Firman…

  • ‘KENALI AKIDAH SALAF SEBENAR’ YANG TIDAK SEBENARNYA

    Ada yang berkongsi tangkap layar hantaran sebuah akhbar arus perdana bertajuk ‘Kenali akidah Salaf sebenar’ yang sejujurnya telah mengujakan saya pada awalnya. Walau bagaimanapun, setelah diamati isi tulisan yang disisipkan ternyata tajuknya sekadar ‘indah khabar daripada rupa’. https://www.hmetro.com.my/addin/2023/12/1039073/kenali-akidah-salaf-sebenar Dukacita tulisannya membawa banyak kenyataan yang mengelirukan. Justeru saya terpanggil untuk menyenaraikan…

  • | |

    KHAWARIJ AL-QAIDIYYAH

    Salah satu cabang kumpulan Khawarij yang bergerak menghasut pemikiran masyarakat Muslim supaya membenci pemerintah negara, menolak dan melawannya. Mengkritik untuk menjatuhkan, tidak pernah mahu membina. Jauh daripada sikap sabar dan bersyukur. Kumpulan perosak, gunting dalam lipatan kaum Muslimin. Semoga Allah ﷻ pelihara kita dan anak-anak kita daripada pemikiran Khawarij yang…

  • |

    MEDIA SOSIAL: PENGGUNA NAMA SAMARAN

    Muslim perlu mengambil berat tentang sumber dari mana dia mengambil pengetahuan agamanya. Kata ulama besar salaf, Ibnu Sirin: ‌إِنَّ ‌هَذَا ‌الْعِلْمَ ‌دِينٌ، فَانْظُرُوا عَمَّنْ تَأْخُذُونَ دِينَكُمْ. “Sesungguhnya ilmu ini agama maka lihatlah daripada mana kalian ambil agama kalian.” [Sahih Muslim, 1/14] Ini bererti memastikan sumber yang betul adalah penting dalam…

  • | |

    GERAKAN IKHWAN MUSLIMIN PEROSAK

    Lihat bagaimana sikap pimpinan Ikhwan Muslimin Mesir, menghasut supaya rakyat Malaysia bangkit memberontak. Ternyata bahawa Gerakan Ikhwan Muslimin bukan gerakan islah, sebaliknya sejarah hitam mereka di Mesir menjadi bukti bahawa mereka adalah ibarat duri dalam daging masyarakat Islam sedunia; mengajak kepada perpecahan dan pemberontakan bertopengkan ‘amar makruf nahi mungkar’. Walhal…