|

ADAKAH MALAIKAT MELAKUKAN KESILAPAN?

ADAKAH MALAIKAT MELAKUKAN KESILAPAN?
.
.
.
Jika dilihat nas-nas Al-Quran dan As-Sunnah dapat disimpulkan bahawa para MALAIKAT MAKSUM dan TERPELIHARA DARIPADA MELAKUKAN KESALAHAN DAN KESILAPAN.
.
.
.
Bahkan mereka dijadikan oleh Allah subhanahu wa ta’ala untuk SEMATA-MATA TAAT kepada-Nya.
.
.
.
Firman Allah:
.
.
.
يَاأَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قُوا أَنْفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ عَلَيْهَا مَلَائِكَةٌ غِلَاظٌ شِدَادٌ لَا يَعْصُونَ اللَّهَ مَا أَمَرَهُمْ وَيَفْعَلُونَ مَا يُؤْمَرُونَ.
.
.
.
(Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu daripada neraka yang bahan-bahan bakarnya manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); MEREKA TIDAK MENDERHAKA kepada Allah dalam segala yang diperintahkan-Nya kepada mereka, dan MEREKA TETAP MELAKUKAN SEGALA YANG DIPERINTAHKAN)
.
.
.
[Surah At-Tahriim: ayat 6]
.
.
Yakni mereka melaksanakan apa yang diperintahkan dengan segera, tanpa salah silap.
.
.
.
Firman Allah SWT:
.
.
.
لَا يَسْبِقُونَهُ بِالْقَوْلِ وَهُمْ بِأَمْرِهِ يَعْمَلُونَ.
(Mereka tidak mendahului-Nya dengan perkataan dan mereka pula mengerjakan apa yang diperintahkan-Nya)
.
.
.
[Surah Al-Anbiyaa’: ayat 27]
.
.
.
Firman Allah SWT:
.
.
.
وَلَهُ مَنْ فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَمَنْ عِنْدَهُ لَا يَسْتَكْبِرُونَ عَنْ عِبَادَتِهِ وَلَا يَسْتَحْسِرُونَ.
.
.
.
(Dan segala yang ada di langit dan di bumi adalah milik kepunyaan Allah jua; dan malaikat-malaikat yang ada di sisi-Nya tidak menyombongkan diri dengan enggan beribadat kepada-Nya, dan tidak pula mereka merasa penat dan letih)
.
.
.
[Surah Al-Anbiyaa’: ayat 19]
.
.
.
Firman Allah:
.
.
.
الْحَمْدُ لِلَّهِ فَاطِرِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ جَاعِلِ الْمَلَائِكَةِ رُسُلًا أُولِي أَجْنِحَةٍ مَثْنَى وَثُلَاثَ وَرُبَاعَ يَزِيدُ فِي الْخَلْقِ مَا يَشَاءُ إِنَّ اللَّهَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ.
.
.
.
(Segala puji bagi Allah yang menciptakan langit dan bumi, yang MENJADIKAN MALAIKAT UTUSAN-UTUSAN yang bersayap: dua, tiga dan empat. Dia menambah pada bentuk kejadian makhluk yang diciptakannya apa jua yang dikehendaki-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas setiap sesuatu)
.
.
.
[Surah Faathir: ayat 1]
.
.
.
Allah mengatakan bahawa Dia melantik daripada kalangan malaikat-Nya utusan-utusan untuk melaksanakan sesuatu urusan atau perintah. Antara ciri-ciri utusan malaikat ialah bahawa mereka maksum, bersikap jujur dan amanah dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diberikan. Seperti mana para nabi dan para rasul.
.
.
.
Andaian bahawa malaikat boleh melakukan kesalahan dan kesilapan pada hakikatnya akan MENIMBULKAN BANYAK IMPLIKASI.
.
.
.
Sebagai contohnya, ia akan MENIMBULKAN KESANGSIAN tentang sejauh mana misalnya ketepatan dan kesahihan catatan MALAIKAT PENCATAT AMAL; raqib dan atid. Ia juga akan menimbulkan andaian bahawa MALAIKAT PENCABUT ROH manusia boleh tersilap mencabut roh yang tidak sepatutnya, di samping banyak andaian-andaian yang lain.
.
.
.
Nabi SAW bersabda:
.
.
.
إِنَّ اللَّهَ سَيُخَلِّصُ رَجُلًا مِنْ أُمَّتِي عَلَى رُءُوسِ الخَلَائِقِ يَوْمَ القِيَامَةِ فَيَنْشُرُ عَلَيْهِ تِسْعَةً وَتِسْعِينَ سِجِلًّا كُلُّ سِجِلٍّ مِثْلُ مَدِّ البَصَرِ
.
.
.
“Sesungguhnya Allah SWT ketika mana Dia menghisab seorang lelaki di hadapan sekalian manusia pada Hari Kiamat, dibentangkan buatnya 99 fail di mana setiap satu fail adalah sejauh mata memandang.”
.
.
.
Dikatakan kepada lelaki itu:
.
.
.
أَتُنْكِرُ مِنْ هَذَا شَيْئًا؟ أَظَلَمَكَ كَتَبَتِي الحَافِظُونَ؟
.
.
.
“Apakah engkau mengingkari mana-mana daripada apa yang dicatatkan? Apakah engkau telah dizalimi oleh malaikat pencatat-Ku?”
.
.
.
Lelaki itu menjawab: “Tidak wahai Tuhanku.”
.
.
.
Sehingga ke akhir hadis.
.
.
.
Hadis sahih diriwayatkan oleh Imam Tirmizi dan yang lain.
.
.
.
Dapat dilihat dalam hadis yang dikenali sebagai HADIS KAD ini, ketika mana ditanya kepada lelaki tersebut sama ada dia mengingkari apa-apa catatan malaikat pencatat amal, Dia mengatakan tidak. Dia menafikan, bahkan mengakui serta membenarkan apa yang telah dicatatkan oleh malaikat pencatat amal.
.
.
.
Secara tidak langsung dapat difahami daripada hadis ini bahawa para malaikat pencatat amal, mereka bukan sahaja bersifat maksum, bebas daripada melakukan kesalahan dan kesilapan, malah mereka tepat serta cekap dalam melaksanakan tugas yang diberikan.
.
.
.
Justeru, dakwaan bahawa malaikat boleh melakukan kesalahan dan kesilapan HANYALAH DAKWAAN yang bersifat ANDAIAN yang TIDAK DIDUKUNG MANA-MANA DALIL yang SAHIH dan JELAS daripada Al-Quran, As-Sunnah ataupun fahaman Salaf As-Soleh.
.
.
.
Malah ia juga satu TUDUHAN serta CELAAN TERHADAP PARA MALAIKAT, di samping BERBURUK SANGKA terhadap makhluk mulia ciptaan Allah ini.
.
.
.
Ustaz Idris bin Sulaiman

Similar Posts

  • |

    BERTENANG

    BERTENANG Semua pihak harus tampil membantu menenangkan keadaan. Memandangkan bahawa terdapat sebahagian daripada masyarakat yang panik apabila terus menerus membaca berita penularan wabak penyakit. Apatah lagi pihak-pihak berkepentingan yang mengambil kesempatan. Ingat, di sebalik kegawatan ada sahaja yang mencari keuntungan. Suasana panik hanya akan mengeruhkan keadaan. Barangkali kesan panik akibat…

  • |

    HALAU ANAK KECIL

    Ada pihak halau anak kecil dari saf depan masjid kerana anggap najis sedangkan jemput penceramah ajar benda syirik khurafat dianggap baik pula. Dr. Idris bin SulaimanKajang08 Zulkaedah 1445H17 Mei 2024https://idrissulaiman.com

  • |

    JIKA ORANG PUJI KITA

    JIKA ORANG PUJI KITA Hendaklah engkau berhati-hati dengan orang yang memujimu secara berlebih-lebihan lebih daripada sikap berwaspada engkau terhadap orang yang memusuhimu secara terang-terangan. Rasa dukacita jika orang yang pertama menjauhimu lebih perit berbanding dengan orang yang kedua. Usahlah diterima pujian yang engkau tidak layak menerimanya kerana barangkali engkau akan…

  • AGENDA NWO?

    Agenda reset ini kini benar-benar dijaja di tanah air oleh bidak-bidak. Pandemik Membuka Peluang Untuk Reset: https://www.facebook.com/1588241794/posts/10220999693253874/ Order Baru Dunia (NWO): https://www.facebook.com/1588241794/posts/10220067594191980/ CATATAN Jika sudah miskin dibebani hutang maka kuasa besar lebih mudah mengatur dan kawal. Semoga Allah ﷻ menggagalkan perancangan mereka. Idris bin Sulaiman Kajang 24 Jumadilawal 1443H 29…

  • | |

    PROGRAM PENGAJIAN HADIS BERSAMA SYEIKH ABDUL RAZZAQ BIN ABDUL MUHSIN AL-BADR

    PROGRAM PENGAJIAN HADIS BERSAMA SYEIKH ABDUL RAZZAQ BIN ABDUL MUHSIN AL-BADR Syeikh Abdul Razzaq al-Badr – hafidhahullah – ulama besar Madinah akan mengadakan Program Pengajian Hadis secara atas talian dalam bahasa Arab, percuma tanpa bayaran. Program pengajian 135 jam ini akan berlangsung selama setahun bermula hari Sabtu, 30 Januari 2021….