| |

AMBIL & BERI DENGAN TANGAN KANAN

AMBIL & BERI DENGAN TANGAN KANAN

Mungkin kita kaget jika melihat seseorang itu makan atau minum dengan tangan KIRI kerana tahu bahawa perbuatan tersebut HARAM menyerupai perbuatan SYAITAN.

Tetapi dalam masa yang sama tidak merasa apa-apa jika kita menerima atau memberi sesuatu dengan tangan KIRI sedangkan hakikatnya ia sama seperti makan dan minum.

Hadis Nabi ﷺ tidak membezakan antara kedua-duanya.

Rasulullah ﷺ bersabda:

ليأكل أحدكم بيمينه وليشرب بيمينه وليأخذ بيمينه وليعط بيمينه فإن الشيطان يأكل بشماله ويشرب بشماله ويعطي بشماله ويأخذ بشماله.

“Hendaklah seseorang kamu MAKAN dengan tangan kanannya, MINUM dengan tangan kanannya, MENGAMBIL dengan tangan kanannya dan MEMBERI dengan tangan kanannya. Sesungguhnya SYAITAN MAKAN dengan tangan kirinya, MINUM dengan tangan kirinya, MEMBERI dengan tangan kirinya dan MENGAMBIL dengan tangan kirinya.”

Sahih. Riwayat Ibnu Majah.

Daripada Allah jua kita memohon petunjuk dan panduan.

Idris bin Sulaiman
Kajang
Bersedia untuk solat Jumaat
21 Safar 1442H /
9 Oktober 2020
#https://www.facebook.com/ustazidris.sulaiman.7
#http://www.facebook.com/idrissulaiman

Similar Posts

  • |

    NEW WÖRLD ÖRDER

    NEW WÖRLD ÖRDER # Order Baru Dunia Perancangan besar golongan elit satanis globalis. Tun M Menyokong rancangan New Wörld Örder? https://www.facebook.com/12411993651/posts/10158199599933652/ Novus Ordo Seclorom – New Wörld Örder https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10220067594191980&id=1588241794 DSN mendakwa Tun M telah bekerjasama dengan Geörge Sörös menjatuhkan kerajaan BN dahulu https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157836701335952/ Geörge Sörös dituduh terlibat dalam pergolakan yang…

  • | | | |

    TEGAHAN MEMBUAT BINAAN ATAS KUBUR

    Tidak ada sebarang bentuk binaan atas kubur pada zaman Sahabat Nabi ﷺ dan generasi awal Islam dahulu. Sebaliknya binaan-binaan atas kubur hanya diada-adakan kemudian pada zaman Kerajaan Buwaihiyyah, Syiah sekitar kurun keempat Hijrah. Para ulama sepakat akan larangan membuat binaan atas kubur. Kata Imam al-Syaukani: اعْلَمْ أنَّه قَدْ اتَّفَقَ النَّاسُ،…

  • KEMPEN SEBAR HADIS 40 IMAM NAWAWI

    Alhamdulillah, Kerajaan melalui Kementerian Pendidikan baru-baru ini melancarkan Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi, inisiatif yang sangat baik dan disambut positif oleh rata-rata masyarakat Islam Malaysia (kecuali segelintir). Ditakdirkan pula beberapa bulan yang lalu buku Syarah Hadis 40 Imam Nawawi saya telah dilancarkan dan mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada sahabat-sahabat,…

  • |

    ISLAM MEMERANGI KEGANASAN

    Keamanan merupakan nikmat besar kurniaan Allah ﷻ. Maslahat negara dan masyarakat tidak akan dapat direalisasikan tanpa ada keamanan. Justeru sebarang tindakan menggugat keamanan dan keharmonian awam menyalahi syariat Islam, hukumnya haram dan termasuk dalam dosa besar. Termasuklah perbuatan menumpahkan darah dan membunuh nyawa yang tidak berdosa. Firman Allah ﷻ: مَن…

  • | |

    STATUS HADIS:

    STATUS HADIS: مَنْ قَالَ فِي يِوْمٍ مِئَةَ مَرَّةٍ: “لَا إلَهَ إلَّا اللهُ الحَقُّ المُبِينِ” كَانَ لَهُ أمَاناً مِنْ الفَقْرِ، وَاسْتَجْلَبَ بِهِ الغِنَى، وَأَمِنَ مِنْ وَحْشَةِ القَبْرِ، وَاسْتَقْرَعَ بَابَ الجَنَّةِ (Barang siapa berkata pada satu hari seratus kali: ‘La ilaha illa Allah al-Haq al-Mubin’ maka ia keamanan buatnya daripada kefakiran, dia…