ACARA MAKSIAT DI WAKTU PANDEMIK COVID-19

ACARA MAKSIAT DI WAKTU PANDEMIK COVID-19

Negara kita sekian lamanya sepanjang bulan-bulan ini berhadapan dengan situasi yang sangat menduga kerana penularan wabak penyakit Covid-19.

Ramai yang tidak dapat pergi ke masjid.

Tidak dapat solat Jumaat.

Tidak dapat solat fardu berjemaah.

Tidak dapat hadir ke kuliah majlis-majlis ilmu di masjid.

Dan ramai mungkin yang kehilangan mata pencarian, hidup kesempitan kerana keadaan ekonomi yang tidak menentu.

Adakah dalam situasi susah sebegini wajar diadakan acara-acara maksiat seperti ini?

Wajarkah ketika mana solat Jumaat dan solat fardu berjemaah yang merupakan sebahagian daripada tiang Agama tidak dapat dilaksanakan kerana wabak penyakit yang melanda lalu kita mengadakan acara maksiat sebegini?

Adakah ia akan membantu menghilangkan pandemik ini atau sebaliknya ia akan mengundang kemurkaan Allah atas kita?

Jujurlah, paling tidak dengan diri sendiri. Adakah ini acara ibadah atau maksiat?

Pelik sekiranya acara sebegini menjadi sebahagian daripada inisiatif kita untuk membendung wabak penyakit Covid-19 yang sedang tular. Cara ini salah malah ia akan memburukkan lagi keadaan, menambah bala musibah.

Sangat tidak wajar apabila dipilih pula hari Jumaat penghulu segala hari untuk acara sebegini.

Sewajarnya kita sedar bahawa turunnya musibah seperti dengan menularnya wabak penyakit merupakan antara bentuk-bentuk azab yang Allah turunkan atas hambaNya kerana perbuatan-perbuatan buruk yang dilakukan.

Allah berfirman:

“Telah timbul pelbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut disebabkan apa yang dilakukan oleh tangan-tangan manusia; (dan timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian daripada balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)”.

Surah ar-Rum, 30:41.

Firman Allah:

“Dan apa jua yang menimpa kamu daripada sesuatu musibah maka ia disebabkan apa yang kamu lakukan (daripada perbuatan-perbuatan salah dan dosa)”.

Surah asy-Syu’ara, 42:30.

Tiada jalan untuk kita menghilangkan musibah yang menimpa kecuali dengan kita kembali kepada Allah dan bertaubat meninggalkan maksiat-maksiat terlarang.

Firman Allah:

“Dan hendaklah kamu meminta ampun kepada Tuhan kamu, kemudian hendaklah kamu rujuk kembali taat kepadaNya; supaya Dia memberi kamu nikmat kesenangan hidup yang baik hingga ke suatu masa yang tertentu, dan Dia akan memberi kepada setiap orang yang mempunyai kelebihan akan pahala kelebihannya itu; dan jika kamu berpaling maka sesungguhnya aku bimbang kamu akan beroleh azab yang besar”.

Surah Hud, 11:3.

Semoga Allah menghilangkan wabak penyakit yang menimpa dengan secepat mungkin.

CATATAN:

Siapa Paling Popular? Popular digemari manusia atau popular dicintai Rasulullah ﷺ?

Sabda Nabi ﷺ:

“Sesungguhnya orang yang paling aku cintai ialah orang yang paling baik akhlaknya”.

Termasuk dalam erti akhlak yang baik meninggalkan maksiat.

Adapun mereka yang memakai pakaian pelik-pelik lain daripada yang lain (pakaian ‘syuhrah’), Nabi ﷺ bersabda:

“Barang siapa memakai pakaian ‘syuhrah’ (pakaian lain daripada lain supaya popular), nescaya Allah mengenakan pakaian kehinaan kepadanya pada Hari Kiamat, kemudian membakarnya dengan api neraka”.

Hasan. Riwayat Abu Daud.

Kepada Allah jua kita memohon keampunan serta petunjuk.

Idris bin Sulaiman
Kajang
27 Rabiul Awal 1442H /
13 November 2020
#http://www.facebook.com/idrissulaiman

Similar Posts

  • PUSAT PENGAJIAN SEMBAH KUBUR

    PUSAT PENGAJIAN SEMBAH KUBUR # Tarim, Hadhramaut, Yaman Awas jangan sampai anak-anak dihantar ke tempat-tempat seperti ini yang mengajar supaya pergi ke kubur tuan syeikh, guru dan kiyai kononnya bagi tujuan bertawassul dan meminta syafaat sedangkan realitinya merupakan perbuatan yang menjurus kepada kesyirikan kerana berdoa dan meminta daripada selain Allah…

  • ALLAH AL-KARIM

    ALLAH AL-KARIM Di antara nama ALLAH ﷻ ialah al-Karim. Makna al-Karim bagi ALLAH ﷻ antaranya ialah: Yang memberi tanpa meminta balasan; Yang memberi tanpa sebab; Yang memberi tanpa perlu perantara; Yang memberi tanpa mempedulikan siapa yang diberi; sama ada orang yang berbuat baik atau tidak, orang Islam atau kafir; orang…

  • NEW WÖRLD ÖRDER

    NEW WÖRLD ÖRDER # Order Baru Dunia Perancangan besar golongan elit satanis globalis. Tun M Menyokong rancangan New Wörld Örder? https://www.facebook.com/12411993651/posts/10158199599933652/ Novus Ordo Seclorom – New Wörld Örder https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10220067594191980&id=1588241794 DSN mendakwa Tun M telah bekerjasama dengan Geörge Sörös menjatuhkan kerajaan BN dahulu https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157836701335952/ Geörge Sörös dituduh terlibat dalam pergolakan yang…

  • #6 MENCARI TITIK HARMONI SUNNI-SYIAH?

    #6 MENCARI TITIK HARMONI SUNNI-SYIAH? Dr. Yusuf al-Qardawi (Pengerusi Kesatuan Ulama Sedunia): “Sebelum ini aku melawan ulama besar Arab Saudi, aku menyeru supaya dipertahankan Hizbullah, tetapi (ternyata bahawa) masyaikh Arab Saudi lebih matang daripada aku dan lebih faham. Kerana mereka telah pun mengetahui hakikat sebenar mereka (Iran / Hizbullah) yang…

  • ZIKIR PAGI NABI ﷺ

    – Hidupkan as-Sunah, tinggalkan tokok tambah أَصْبَحْنَا وَأَصْبَحَ الْمُلْكُ للهِ وَالْحَمْدُ للهِ، لَا إِلٰهَ إِلَّا اللهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ، ربِّ أَسْأَلُكَ خَيْرَ مَا فِي هَذَا الْيَومِ وَخَيْرَ مَا بَعْدَهُ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا فِي هَذَا الْيَومِ وَشَرِّ مَا بَعْدَهُ،…