|

DOA ALIH HUJAN

Apabila turun hujan dianjurkan berdoa:

اللَّهُمَّ ‌صَيِّبًا ‌نَافِعًا

“Ya Allah, jadikanlah ia hujan yang membawa manfaat.”

[Sahih. Riwayat Bukhari]

Tetapi andainya hujan terlalu lebat sehingga dikhuatiri berlaku mudarat banjir, tanah runtuh dan sebagainya maka dianjurkan berdoa:

اللَّهُمَّ ‌حَوَالَيْنَا ‌وَلَا ‌عَلَيْنَا اللَّهُمَّ عَلَى الْآكَامِ وَالظِّرَابِ وَبُطُونِ الْأَوْدِيَةِ وَمَنَابِتِ الشَّجَرِ

“Ya Allah, turunkanlah hujan di sekitar kami, bukan di atas kami. Ya Allah, turunkanlah hujan di atas bukit-bukau, gunung-ganang, bukit-bukit kecil, Lembah-lembah dan di tempat-tempat ternakan.”

[Sahih. Riwayat Bukhari dan Muslim]

CATATAN

Ibadah adalah tauqifiah. Muslim tidak boleh beramal kecuali mengikut syariat berdasarkan apa yang dicontohkan oleh Nabi ﷺ. Usah ditokok tambah dan ditetapkan amalan baharu, zikir-zikir dan doa-doa tertentu untuk diamalkan oleh orang ramai dengan niat tujuan tertentu. Ini kerana Nabi ﷺ bersabda “Barang siapa melakukan sesuatu amalan yang tidak menepati cara kami maka ia adalah tertolak.” [Sahih. Riwayat Muslim, no. 1718]

Daripada Allah jua kita memohon petunjuk.

Dr. Idris bin Sulaiman
Kajang
27 Jamadilakhir 1446H
29 November 2024
https://idrissulaiman.com

Similar Posts

  • |

    SEJARAH PENDIDIKAN MUZIK DI MALAYSIA

    “Kedatangan penjajah merupakan titik tolak bermulanya pendidikan muzik di sekolah-sekolah tanah air.” https://pendidikanmuzikmalaysia.blogspot.com/2013/07/sejarah-perkembangan-pendidikan-muzik.html CATATAN Mata pelajaran muzik sekolah rendah elok dimansuhkan. Allah jua pemberi petunjuk. Dr. Idris bin SulaimanKajang26 Safar 1446H31 Ogos 2024https://idrissulaiman.com

  • |

    ROKOK HARUS?

    Semalam tular poster fatwa yang agak mengelirukan tentang hukum merokok Merokok dalam keadaan tertentu adalah harus, menurut poster itu. Perlu ditegaskan bahawa fatwa sebegini jelas bertentangan dengan realiti dan hukum syarak. Rata-rata majlis fatwa dunia sama ada di Arab Saudi, Mesir atau Jordan semuanya mengharamkan rokok kerana mudaratnya yang jelas….

  • |

    PERSENDA AGAMA

    Mempersendakan agama serta memperolok-olokkan Muslim yang mengamalkan ajaran agama ialah antara pembatal agama. Ia merupakan sikap orang kafir dan munafik. Mereka yang mempersendakan agama dihukum murtad terkeluar daripada Islam. Ini kerana hal agama tidak boleh dijadikan sebagai gurauan dalam apa jua keadaan. Sebagaimana firman Allah ﷻ: وَقَدۡ نَزَّلَ عَلَيۡكُمۡ فِي…

  • | |

    USTAZ: TAHLIL BUKAN BIDAAH BAHKAN ADA ASALNYA DALAM AGAMA!

    – Cara, cara & cara pelaksanaan – Ustaz menokok tambah lafaz hadis Demikian menurut seorang ustaz yang cuba mempertahankan amalan tahlil yang dilakukan oleh sebilangan masyarakat. Ucapan ‘lailahaillallah’ dalam tahlil sememangnya bagus, disyariatkan dan adalah sebaik-baik zikir sebagaimana sabda Nabi ﷺ. Tetapi apa yang perlu diberi perhatian di sini ialah…

  • | |

    RAMADAN BULAN RAHMAT SELURUHNYA BUKAN HANYA PADA AWALNYA

    Antara hadis masyhur tentang bulan Ramadan ialah riwayat: هُوَ شَهْرٌ ‌أَوَّلُهُ ‌رَحْمَةٌ ‌وَأَوْسَطُهُ ‌مَغْفِرَةٌ ‌وَآخِرُهُ ‌عِتْقٌ ‌مِنَ ‌النَّارِ. “(Ramadan) ialah bulan yang awalnya rahmat, pertengahannya keampunan dan akhirnya pelepasan daripada api neraka.” Hadis ini diriwayatkan oleh Ibnu Khuzaimah dan lain. Hadis ini dinilai daif atas tiga sebab: Ali bin Zaid…

  • | |

    DOA QUNUT NAZILAH

    DOA QUNUT NAZILAH Jika Umat Islam ditimpa suatu musibah seperti kemarau, banjir, ketakutan, serangan musuh dan seumpamanya, maka dianjurkan untuk mereka melakukan QUNUT NAZILAH pada rakaat terakhir sebelum atau selepas rukuk, dalam semua solat fardu, secara kuat dan dengan lafaz doa yang bersesuaian dengan musibah yang menimpa. Ini sebagaimana dalam…