|

AHLI SUNAH WAL JAMAAH

Pihak yang membawa dalil Al-Quran dan al-Sunah dicela dengan gelaran Wahabi.

Pihak yang gemar membawa kisah-kisah karut dan berhujah dengan hadis-hadis lemah dan palsu pula dipanggil Ahli Sunah.

Ini realiti pemikiran sebahagian pihak.

Baru-baru ini pula penceramah jemputan mereka secara terang-terangan menolak dan mengetepikan hadis yang disepakati kesahihannya dalam kitab Sahih Bukhari semata-mata kerana tidak bersetuju dengan isi makna hadis sahih berkenaan.

Agama ini ikut dalil firman Allah ﷻ dan sabda Rasulullah ﷺ atau ikut selera akal hawa nafsu?

Daripada Allah jua kita memohon petunjuk.

Dr. Idris bin Sulaiman
Kajang
20 Jamadilakhir 1446H
22 November 2024
https://idrissulaiman.com

Similar Posts

  • UNIVERSITI ISLAM MADINAH

    UNIVERSITI ISLAM MADINAH Seorang ustaz mencela Universiti ini kononnya ia mengajar para pelajarnya akidah sesat sehingga menjadi ekstrem mengkafirkan ibu bapa mereka. Subhanallah, ini dusta dan bohong. Universiti ini sudah lama ditubuhkan, berapa ramai pelajarnya yang jadi begitu? Di Malaysia ada? Tunjukkan di mana jika anda berkata benar. Jawapannya tidak…

  • | |

    ASYAIRAH & MATURIDIAH

    Mazhab Asyairah ialah nisbah kepada Abu al-Hasan al-Asyari, lahir pada tahun 260H di Iraq dan wafat pada tahun 324H. Mazhab Maturidiah pula ialah nisbah kepada Abu Mansur al-Maturidi, lahir di Samarkand, Uzbekistan dan wafat pada tahun 333H. Sekalipun banyak persamaan tetapi perlu ditegaskan bahawa kedua-dua mazhab akidah ini berbeza dalam…

  • ZINA & PLURALISME

    ZINA & PLURALISME (Rentetan peristiwa program pelajar Melayu Muslim di kuil) 1. PLURALISME ialah fahaman menyamakan SEMUA AGAMA dalam erti KEBENARAN ada dalam SEMUA AGAMA, dan keselamatan (syurga) boleh dicapai menerusi MANA-MANA AGAMA. Tuhan adalah satu, hanya istilah NAMA SAHAJA BERBEZA (Allah, Jehovah, Jesus, Brahma dll.). Menggalakkan kerjasama dan DIALOG…

  • | | | |

    WABAK PENYAKIT

    WABAK PENYAKIT Semua penyakit barangkali boleh diambil mudah melainkan PENYAKIT SYIRIK. Firman ALLAH ﷻ: إِنَّ ٱلشِّرۡكَ لَظُلۡمٌ عَظِيمٞ . “Sesungguhnya perbuatan SYIRIK merupakan kezaliman yang BESAR.” [Surah Luqman, ayat 13] Kata Ibnu Kathir: “Yakni kezaliman yang PALING BESAR.” CATATAN: Kini keadaan menjadi sebaliknya. Idris bin Sulaiman Kajang 25 Zulhijah 1442H…

  • | |

    BOLEH MINTA DOA ORANG MATI?

    – Minta tolong orang mati – Penyembahan kubur (Kuburiyyun) Seorang Ustaz mendakwa bahawa orang mati masih lagi boleh berdoa. Maka diharuskan meminta tolong daripada orang mati supaya dia mendoakan kebaikan bagi orang yang hidup lebih-lebih lagi sekiranya si mati terdiri daripada kalangan orang-orang soleh dan wali Allah maka doanya mustajab…

  • | |

    KHURAFAT TABARUK ORANG RAFIDAH (SYIAH)

    Kelihatan dalam sebuah video yang dikongsi di media sosial seorang lelaki tua warganegara Iraq dikatakan baru pulang dari syurga setelah bertemu dengan cucu Nabi ﷺ Husain manakala masyarakat di sana yang berfahaman Rafidah (Syiah), lelaki dan perempuan mengerumuni beliau untuk bertabaruk (mengambil berkat) dengan bersalaman, menyapu-nyapu badan dan bergambar dengannya….