HADIS JARI-JEMARI ALLAH ﷻ

Sifat jari-jemari Allah ﷻ sabit dalam hadis sahih.

Dalam sebuah hadis, Abdullah bin Masud radiallahuanhu berkata:

جَاءَ حَبْرٌ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَقَالَ: يَا مُحَمَّدُ، إِنَّ اللَّهَ يَضَعُ السَّمَاءَ عَلَى إِصْبَعٍ، وَالأَرْضَ عَلَى إِصْبَعٍ، وَالجِبَالَ عَلَى إِصْبَعٍ، وَالشَّجَرَ وَالأَنْهَارَ عَلَى إِصْبَعٍ، وَسَائِرَ الخَلْقِ عَلَى إِصْبَعٍ، ثُمَّ يَقُولُ بِيَدِهِ: أَنَا المَلِكُ، «فَضَحِكَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَقَالَ: وَمَا قَدَرُوا اللَّهَ حَقَّ قَدْرِهِ

“Seorang pendeta datang kepada Rasulullah ﷺ dan berkata “Wahai Muhammad, sesungguhnya Allah meletakkan langit di atas satu jari, seluruh bumi di atas satu jari, semua gunung di atas satu jari, pohon dan sungai di atas satu jari, dan semua makhluk di atas satu jari, kemudian Allah berfirman seraya menunjukkan jarinya: “Akulah Sang Raja.” Maka Rasulullah ﷺ tertawa dan membacakan ayat “Dan mereka tidak menghormati Allah dengan penghormatan yang sewajibnya.” (Al-Quran, 39:67)

[Riwayat Bukhari, no. 7451 & Muslim, no. 2786]

Dalam hadis di atas, pendeta yang datang kepada Nabi ﷺ itu menjelaskan bahawa Allah ﷻ meletakkan langit di atas satu jari, bumi di atas satu jari, gunung-ganang di atas satu jari pokok dan sungai di atas jari serta semua makhluk di atas satu jari.

Nabi ﷺ memperakui kenyataan pendeta itu sebagaimana yang dijelaskan oleh perawi hadis, Abdullah bin Masud radiallahuanhu dalam riwayat Bukhari, no. 4811 dengan tambahan:

فَضَحِكَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حَتَّى بَدَتْ نَوَاجِذُهُ تَصْدِيقًا لِقَوْلِ الْحَبْرِ

“Nabi ﷺ tertawa sehingga tampak gigi gerahamnya sebagai membenarkan ucapan pendeta itu.”

Dengan kata lain, Nabi ﷺ membenarkan kenyataan pendeta itu bahawasanya Allah ﷻ mempunyai jari-jemari.

Baginda ﷺ kemudian membacakan ayat Al-Quran yang menetapkan sifat tangan bagi Allah ﷻ secara amnya iaitu firmanNya:

وَمَا قَدَرُواْ ٱللَّهَ حَقَّ قَدۡرِهِۦ وَٱلۡأَرۡضُ جَمِيعٗا قَبۡضَتُهُۥ يَوۡمَ ٱلۡقِيَٰمَةِ وَٱلسَّمَٰوَٰتُ مَطۡوِيَّٰتُۢ بِيَمِينِهِۦۚ سُبۡحَٰنَهُۥ وَتَعَٰلَىٰ عَمَّا يُشۡرِكُونَ

“Dan mereka tidak menghormati Allah dengan penghormatan yang sewajibnya diberikan kepadaNya, sedangkan bumi seluruhnya – pada Hari Kiamat – dalam genggamanNya, dan langit tergulung dalam tangan kananNya. Maha Sucilah Dia lagi Maha Tertinggi keadaanNya daripada apa yang mereka sekutukan.”

[Al-Quran, al-Zumar, 39:67]

PENDIRIAN SALAF AL-SOLEH TENTANG SIFAT-SIFAT ALLAH ﷻ

Salaf al-Soleh secara ijmak menetapkan bahawa sifat-sifat Allah ﷻ wajib diyakini mengikut hakikat maknanya.

  1. Kata Imam Ibnu Khuzaimah (wafat 311H):

إنَّ الأخبارَ في صِفاتِ اللهِ مُوافِقةٌ لكِتابِ اللهِ تعالى، نقَلَها الخَلَفُ عن السَّلَفِ قَرنًا بعد قَرنٍ مِن لَدُنِ الصَّحابةِ والتَّابعينَ إلى عَصْرِنا هذا، على سَبيلِ الصِّفاتِ للهِ تعالى، والمعرفةِ والإيمانِ به، والتَّسليمِ لِما أخبَرَ اللهُ تعالى في تنزيلِه، ونَبيُّه الرَّسولُ صلَّى اللهُ عليه وسلَّم عن كتابِه، مع اجتِنابِ التَّأويلِ والجُحودِ، وتَرْكِ التَّمثيلِ والتَّكييفِ

“Sesungguhnya hadis-hadis mengenai sifat-sifat Allah adalah bersesuaian dengan Kitab Allah ﷻ yang dinukilkan oleh generasi Khalaf daripada Salaf, satu generasi ke satu generasi daripada Sahabat dan Tabiin sampailah ke zaman kita sekarang sebagai menjelaskan sifat-sifat Allah ﷻ untuk difahami dan diyakini di samping berserah diri kepada apa yang Allah ﷻ telah khabarkan dalam KitabNya dan dijelaskan oleh NabiNya ﷺ tanpa takwilan, penafian, penyerupaan ataupun memperincikan bagaimana (sifat Allah).”

[Dzam al-Takwil oleh Ibnu Qudamah, hlm. 18]

  1. Kata Imam al-Barbahari (wafat 329H):

وَاعْلَمْ رَحِمَكَ اللهُ أنَّ الكَلامَ فِي الرَّبِّ مُحْدَثٌ، وَهُوَ بِدْعَةٌ وَضَلالَةٌ، وَلا يُتَكَلَّمُ فِي الرَّبِّ إلّا بِمَا وَصَفَ بِهِ نَفْسُهُ فِي القُرْآنِ، وَمَا بَيَّنَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِأصْحَابِهِ

“Ketahuilah – semoga Allah merahmatimu – bahawa (perbahasan ilmu) Kalam tentang Tuhan adalah sesuatu perkara yang direka-reka (dalam urusan Agama), bidaah dan sesat. Tidak boleh membicarakan mengenai sifat Allah kecuali dengan apa yang Dia telah sifatkan untuk diriNya dalam Al-Quran dan apa yang telah dijelaskan oleh Rasulullah ﷺ kepada para Sahabatnya.”

[Syarah al-Sunah, hlm. 40]

  1. Kata Abu Bakar al-Kalabadzi (wafat 384H):

أَجْمَعُوا عَلَى أنَّ للهِ صِفَاتٍ عَلى الحَقيقةِ هُوَ بِهَا مَوْصُوفٌ؛ مِن العِلْمِ، والقُدرةِ، والقُوَّةِ، والعِزِّ، والحِلمِ، والحِكمةِ، والكبرياءِ، والجَبَروتِ، والقِدَمِ، والحياةِ، والإرادةِ، والمشيئةِ، والكلامِ… وأنَّ له سمعًا وبَصَرًا ووَجهًا ويَدًا على الحقيقةِ، ليس كالأسماعِ والأبصارِ والأيدي والوُجوهِ

“Telah disepakati bahawasanya Allah mempunyai sifat-sifat yang bersesuaian dengan hakikatnya seperti mana yang telah disifatkan termasuklah sifat ilmu, kudrat, kekuatan, kemuliaan, kesabaran, kebijaksanaan, kesombongan, kekuasaan, qidam, kehidupan, keinginan, kehendak, kalam… Demikian Dia mempunyai pendengaran, penglihatan, wajah dan tangan bersesuaian dengan hakikatnya; tidak seperti pendengaran-pendengaran, penglihatan-penglihatan, tangan-tangan dan wajah-wajah (makhluk).”

[al-Taaruf Li Mazhab Ahl al-Tasawwuf, hlm. 35]

  1. Kata Ibnu Abdul Bar (wafat 463):

أهلُ السُّنَّةِ مُجمِعونَ على الإقرارِ بالصِّفاتِ الوارِدةِ كُلِّها في القُرآنِ والسُّنَّةِ، والإيمانِ بها، وحَمْلِها على الحقيقةِ لا على المجازِ، إلَّا أنَّهم لا يُكَيِّفونَ شَيئًا مِن ذلك ولا يَحُدُّونَ فيه صِفةً مَحصورةً

“Golongan Ahli Sunah sepakat dalam memperakui sifat-sifat (Allah) yang ada dalam Al-Quran dan al-Sunah, beriman dengannya dan menetapkannya mengikut hakikat maknanya. Ia bukan majaz (kiasan). Dan mereka tidak memperincikan keadaan mana-mana daripada sifat tersebut ataupun membataskannya kepada suatu sifat yang tertentu.”

[al-Tamhid, 7/145]

KESIMPULAN

Muslim wajib beriman dengan sifat jari-jemari Allah ﷻ sesuai dengan kebesaran dan keagungan Allah ﷻ tanpa menyerupakan mana-mana sifat-sifat Allah ﷻ dengan makhluk (tamthil), menafikannya (taatil), menyelewengkan maksudnya (tahrif) ataupun memperincikan bagaimana keadaan sifat tersebut (takyif).

Sebagaimana firman Allah ﷻ:

لَيۡسَ كَمِثۡلِهِۦ شَيۡءٞۖ وَهُوَ ٱلسَّمِيعُ ٱلۡبَصِيرُ

“Tiada sesuatu pun yang serupa denganNya dan Dialah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Melihat.”

[Al-Quran, al-Syura, 42:11]

CATATAN

Jangan pula dibangkitkan sama ada jari-jemari Allah ﷻ berkuku atau tidak kerana ia termasuk dalam apa yang ditegah; memperincikan bagaimana keadaan sifat Allah ﷻ (takyif) tanpa pedoman wahyu Al-Quran atau hadis sahih.

Daripada Allah jua kita memohon petunjuk.

Dr. Idris bin Sulaiman
Kajang
02 Jamadilawal 1446H
04 November 2024
https://idrissulaiman.com

Similar Posts

  • ASWAJA

    Mereka tolak Allah ﷻ di atas langit kerana akal mereka tidak dapat terima, tetapi percaya guru mereka boleh bertemu Rasulullah ﷺ secara Yaqazah (dalam keadaan jaga, bukan mimpi), tidak mustahil menurut akal, kata mereka. Ini bahana mendahulukan akal atas wahyu. Berikut dalil-dalil Al-Quran dan hadis bahawa Allah ﷻ di atas…

  • | | | |

    TEGAHAN MEMBUAT BINAAN ATAS KUBUR

    Tidak ada sebarang bentuk binaan atas kubur pada zaman Sahabat Nabi ﷺ dan generasi awal Islam dahulu. Sebaliknya binaan-binaan atas kubur hanya diada-adakan kemudian pada zaman Kerajaan Buwaihiyyah, Syiah sekitar kurun keempat Hijrah. Para ulama sepakat akan larangan membuat binaan atas kubur. Kata Imam al-Syaukani: اعْلَمْ أنَّه قَدْ اتَّفَقَ النَّاسُ،…

  • | |

    BANDAR SUCI MASHHAD, IRAN??

    Tanah Suci Islam hanya tiga: Sejak bila pula ditambah tanah suci baharu di Mashhad, Iran? Jelasnya ini termasuk dalam diayah sesat Syiah yang bertentangan dengan Islam. Padahal ajaran sesat Syiah sudah sekian lama diharamkan di tanah air Malaysia dan sebarang penerbitan, penyiaran dan penyebaran buku, risalah dan lain yang bertentangan…

  • PENTINGNYA TAUHID

    Tauhid mengesakan Allah ﷻ serta menjauhi segala bentuk syirik dan kufur merupakan syarat utama masuk syurga serta selamat daripada kekal dalam api neraka. Firman Allah ﷻ: إِنَّهُۥ مَن يُشۡرِكۡ بِٱللَّهِ فَقَدۡ حَرَّمَ ٱللَّهُ عَلَيۡهِ ٱلۡجَنَّةَ وَمَأۡوَىٰهُ ٱلنَّارُۖ وَمَا لِلظَّٰلِمِينَ مِنۡ أَنصَارٖ. “Sesungguhnya barang siapa menyekutukan Allah dengan sesuatu yang lain…

  • | |

    ILMU HAKIKAT, ILMU MAKRIFAT, ILMU BATIN, ILMU LADUNI

    – Ilmu-ilmu tarekat sufi Istilah-istilah ini banyak digunakan dalam kalangan sebahagian pengikut ajaran tarekat sufi. Perlu ditegaskan bahawa kesemuanya tiada asasnya dalam Al-Quran mahupun al-Sunah. Tidak ada dalam Islam apa yang dinamakan sebagai ilmu hakikat (ilmu makrifat) dan ilmu batin yang diada-adakan oleh sebahagian pengikut ajaran tarekat Sufi yang membahagikan…

  • |

    KUBURIYYUN – GOLONGAN PENYEMBAH KUBUR

    Masih tidak percaya sebahagian kaum Muslimin diperdaya supaya SEMBAH KUBUR ? Nah, biar gambar berbicara. Sedangkan ALLAH berfirman: وَأَنَّ ٱلۡمَسَـٰجِدَ لِلَّهِ فَلَا تَدۡعُوا۟ مَعَ ٱللَّهِ أَحَدࣰا “Dan sesungguhnya masjid-masjid itu untuk (menyembah) ALLAH semata-mata, maka janganlah kamu seru dan sembah sesiapapun bersama-sama ALLAH.” Surah Al-Jinn, 18. Firman ALLAH: یَـٰۤأَیُّهَا ٱلَّذِینَ…