|

NAMA URD DIBERSIHKAN DARIPADA TOHMAHAN FAHAMAN RADIKAL

Ucapan takziah YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim tempoh hari atas pemergian Allahyarham Ustaz Rasul Dahri secara tidak langsungnya membersihkan nama Allahyarham daripada segala tohmahan yang dilemparkan ke atas Allahyarham kononnya beliau membawa fahaman radikal dan keganasan.

Sudah bertahun-tahun tohmahan ini dijaja oleh sesetengah pihak sedangkan Allahyarham hanya bersabar menghadapinya.

Apa yang pasti ia merupakan tohmahan tidak berasas yang berdiri atas dasar syak wasangka buruk tanpa sekelumit bukti.

Sedangkan mereka yang kenal rapat Allahyarham sangat maklum bahawa Allahyarham tegar membawa mesej keamanan dan keharmonian yang ditekankan dalam dakwah Salaf al-Soleh, jauh sekali daripada ideologi radikal, keganasan dan subversif.

Allahyarham selalu menegaskan kepentingan menjaga kesepakatan dan kerukunan di samping melarang perbuatan menghasut, menyemai kebencian dan perpecahan dalam masyarakat.

Malah Allahyarham banyak menulis buku dan risalah mengenainya termasuklah risalah beliau mengenai haramnya mengadakan demonstrasi jalanan kerana kerosakan, huru-hara dan ketidakstabilan yang akan timbul akibatnya.

Dengan kata lain, pegangan Allahyarham bertentangan sama sekali dengan apa yang ditohmahkan.

Tulisan buku-buku dan rakaman kuliah-kuliah Allahyarham menjadi sebesar-besar bukti.

Tidak kurang kelirunya tohmahan yang mengatakan bahawa Allahyarham membawa pemikiran Khawarij takfiri, istilah agama untuk mereka yang membawa fahaman radikal dan keganasan.

Ini juga tohmahan buruk daripada mereka yang jahil dan berniat jahat.

Apa yang pasti manusia melakukan tipu daya sedangkan Allah ﷻ jua yang membalas tipu daya mereka.

Firman Allah ﷻ:

وَمَكَرُواْ وَمَكَرَ ٱللَّهُۖ وَٱللَّهُ خَيۡرُ ٱلۡمَٰكِرِينَ

“Dan mereka merancangkan tipu daya sedangkan Allah pula membalas tipu daya (mereka); dan (ingatlah) Allah sebijak-bijak yang membalas (dan menggagalkan segala jenis) tipu daya.”

[Al-Quran, Aali Imran, 3:54]

Semoga Allah ﷻ merahmati Allahyarham dan meninggikan darjatnya di sisiNya ﷻ.

Dr. Idris bin Sulaiman
Kajang
15 Zulhijah 1445H
22 Jun 2024
https://idrissulaiman.com

Similar Posts

  • |

    KENYATAAN MENTERI BAWA PERSEKITARAN TAK SELAMAT BUAT LGBTZ?

    KENYATAAN MENTERI BAWA PERSEKITARAN TAK SELAMAT BUAT LGBTZ? Tindakan ke atas golongan yang melakukan maksiat seperti golongan LGBTZ sememangnya wajar dan perlu. Ia termasuk dalam erti amar makruf nahi mungkar yang diperintahkan dalam AL-QURAN. Membiarkan golongan ahli maksiat ini berleluasa bukan sahaja berdosa malah ia mengundang azab ALLAH. Lihat apa…

  • |

    “ADUH, DUNIA SUDAH TERBALIK!”?

    “ADUH, DUNIA SUDAH TERBALIK!”? # Menjauhi perkataan yang dilarang # Jangan bersikap negatif Perkataan seperti ini ditegah oleh Syariat. Ini kerana Nabi ﷺ bersabda: إِذَا قَالَ الرَّجُلُ: ‌هَلَكَ ‌النَّاسُ فَهُوَ أَهْلَكُهُمْ (وَفي رِوَايَةٍ: أهْلَكَهُمْ). “Jika seorang berkata: Manusia telah binasa maka dia yang paling binasa (dalam riwayat lain: Dialah yang…

  • |

    ISTERI PENGHUNI SYURGA

    Semua manusia mahu rumah tangga bahagia. Tinggal lagi bagaimana mengacapinya, apakah cara-cara dan rahsianya? Hakikatnya sikap toleransi, empati dan merendahkan ego memainkan peranan yang cukup besar dan penting. Dalam sebuah hadis, Nabi ﷺ menceritakan tentang isteri-isteri yang menjadi penghuni syurga serta sifat-sifat yang melayakkan mereka mendapat tempat bahagia itu. Sabda…

  • |

    MAHU KEMUNGKARAN BERLELUASA

    MAHU KEMUNGKARAN BERLELUASA . Idris bin Sulaiman . . . Syabas dan tahniah kepada pihak-pihak yang menguatkuasakan hukuman jenayah ke atas pesalah LGBT. . . Sebagai Umat Islam sewajarnya kita sokong usah-usaha seperti ini untuk memartabatkan Syariat Islam dan memelihara masyarakat daripada kerosakan-kerosakan golongan LGBT. . . Dukacitanya terdapat pihak…

  • |

    BERGAMBAR DENGAN GOLONGAN PONDAN / TRANSGENDER

    BERGAMBAR DENGAN GOLONGAN PONDAN / TRANSGENDER Kebelakangan ini tersebar gambar-gambar foto agamawan-agamawan yang bergambar dengan golongan PONDAN / TRANSGENDER dalam suasana ramah mesra. Saya rasa kurang senang. Saya khuatir kita sedang memberi PERSEPSI yang SALAH kepada masyarakat, menimbulkan tanggapan bahawa golongan PONDAN / TRANSGENDER ini tidak apa-apa dan boleh diterima…

  • |

    TAKUT NERAKA

    TAKUT NERAKA Siapa yang tidak rasa takut dari api neraka maka dia seorang yang terpedaya kerana rasa selamat daripada azab seksa ALLAH. – Imam az-Zahabi, Siyar A’laam an-Nubala.