|

URD DALAM KENANGAN

Allahyarham Ustaz Rasul Dahri sudah pun pergi.

Beliau istiqamah berdakwah sampai hari terakhir.

Mahu membantu agama Allah atau memilih jalan menyimpang adalah pilihan masing-masing.

Allah ﷻ berfirman:

وَقُلِ ٱلۡحَقُّ مِن رَّبِّكُمۡۖ فَمَن شَآءَ فَلۡيُؤۡمِن وَمَن شَآءَ فَلۡيَكۡفُرۡۚ إِنَّآ أَعۡتَدۡنَا لِلظَّٰلِمِينَ نَارًا أَحَاطَ بِهِمۡ سُرَادِقُهَا

“Dan katakanlah: Kebenaran itu ialah yang datang dari Tuhanmu maka barang siapa mahu beriman hendaklah dia beriman, dan barang siapa mahu kufur maka biarlah dia kufur. Sesungguhnya Kami telah menyediakan bagi orang-orang yang berlaku zalim itu api neraka yang meliputi mereka.”

[Al-Quran, al-Kahfi, 18:29]

FirmanNya ﷻ:

يُرِيدُونَ أَن يُطۡفؤواْ نُورَ ٱللَّهِ بِأَفۡوَٰهِهِمۡ وَيَأۡبَى ٱللَّهُ إِلَّآ أَن يُتِمَّ نُورَهُۥ وَلَوۡ كَرِهَ ٱلۡكَٰفِرُونَ

“Mereka hendak memadamkan cahaya Allah dengan mulut mereka sedangkan Allah tidak menghendaki melainkan menyempurnakan cahayaNya sekalipun orang-orang kafir tidak suka.”

[Al-Quran, al-Taubah, 9:32]

Agama Allah tetap akan menang.

Dr. Idris bin Sulaiman
Kajang
14 Zulhijah 1445H
21 Jun 2024
https://idrissulaiman.com

Similar Posts

  • |

    IMAM AHMAD BIN NASR AL-KHUZAI

    IMAM AHMAD BIN NASR AL-KHUZAI . Menjawab Syubhat Imam Ahmad bin Nasr Al-Khuzai Khuruj Melawan Pemerintah . . Telah tersebar syubhat yang menyatakan kononnya Imam Ahmad bin Nasr Al-Khuzai rahimahullah telah khuruj terhadap pemerintah. . Ada pelbagai versi yang berlegar dan antara versi yang dipopularkan oleh sebahagian kelompok adalah versi…

  • |

    SIKAP MUSLIM APABILA BERLAKU HAL BESAR MELIBATKAN UMMAH & NEGARA

    SIKAP MUSLIM APABILA BERLAKU HAL BESAR MELIBATKAN UMMAH & NEGARA Firman ALLAH: وَإِذَا جَاۤءَهُمۡ أَمۡرࣱ مِّنَ ٱلۡأَمۡنِ أَوِ ٱلۡخَوۡفِ أَذَاعُوا۟ بِهِۦۖ وَلَوۡ رَدُّوهُ إِلَى ٱلرَّسُولِ وَإِلَىٰۤ أُو۟لِی ٱلۡأَمۡرِ مِنۡهُمۡ لَعَلِمَهُ ٱلَّذِینَ یَسۡتَنۢبِطُونَهُۥ مِنۡهُمۡۗ وَلَوۡلَا فَضۡلُ ٱللَّهِ عَلَیۡكُمۡ وَرَحۡمَتُهُۥ لَٱتَّبَعۡتُمُ ٱلشَّیۡطَـٰنَ إِلَّا قَلِیلࣰا. “Dan apabila datang kepada mereka sesuatu berita mengenai…

  • |

    JANGAN MUDAH ‘KOYAK’

    Jika anda menyibukkan diri memikirkan tentang orang yang telah menyakitimu maka anda juga bersekongkol dengannya dalam menyakiti dirimu. Abaikan sahaja. Jangan dilayan cercaan orang-orang yang jahil. Firman Allah ﷻ: وَعِبَادُ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلَّذِينَ يَمۡشُونَ عَلَى ٱلۡأَرۡضِ هَوۡنٗا وَإِذَا خَاطَبَهُمُ ٱلۡجَٰهِلُونَ قَالُواْ سَلَٰمٗا “Dan para hamba Allah ialah mereka yang berjalan di…

  • | | |

    MEMINTA PERTOLONGAN DI MAKAM SAYYIDINA HUSAIN?

    Berikut sanggahan kepada klip video seorang ‘ustaz’ yang mendakwa beberapa perkara tentang kelebihan ‘MAKAM SAYYIDINA HUSAIN’. 1. BERDOA DI MAKAM SAYYIDINA HUSAIN MUSTAJAB JAWAPAN: Ini HANYA DAKWAAN daripada sang ustaz TANPA DALIL syarie. Sekadar CAKAP DENGAR berdasarkan kepada MIMPI KARUT MARUT. Semenjak bila pula MIMPI menjadi dalil? TIDAK PERNAH sama…

  • | |

    HADIS SAHIH vs HADIS DAIF

    HADIS SAHIH vs HADIS DAIF # Kebenaran bercampur kebatilan # Ancaman berdusta atas nama Nabi ﷺ Jika tidak dibezakan antara hadis sahih dengan hadis daif, apatah lagi hadis palsu nescaya kebenaran akan bercampur aduk dengan kebatilan. Sedangkan syariat Islam menuntut supaya penjual berterus terang kepada pembeli tentang keaiban yang ada…

  • |

    FREEMASON

    FREEMÃSŎN Sebuah pertubuhan rahsia Yahũdi perosak yang paling berpengaruh di dunia. Merancang untuk memastikan penguasaan kaum Yahũdi ke atas seluruh dunia. Memusuhi semua agama selain Yahũdi. Berselindung di bawah slogan kebebasan, persaudaraan dan persamaan antara manusia. Majoriti ahlinya terdiri daripada kalangan personaliti terkenal dan individu-individu berpengaruh yang telah mengikat perjanjian…