|

ORANG TIDAK PUASA BOLEH SAMA PAHALA ORANG BERPUASA

Kepada mereka yang tidak berpuasa pada awal sepuluh hari Zulhijah hendaklah memperbanyakkan syukur apabila makan dan minum.

Kerana sabda Nabi ﷺ:

إِنَّ ‌لِلطَّاعِمِ ‌الشَّاكِرِ مِنَ الْأَجْرِ مِثْلَ الصَّائِمِ الصَّابِرِ.

“Sungguh orang yang tidak berpuasa yang bersyukur apabila makan mendapat pahala seperti orang yang sabar berpuasa.”

[Sahih. Riwayat al-Hakim]

Muslim sentiasa dalam kebaikan.

Jika sabar berpuasa dapat pahala, dan jika tidak berpuasa dengan memperbanyakkan syukur apabila makan dan minum pun dapat pahala.

Segala puji bagi Allah.

Dr. Idris bin Sulaiman
Kajang
07 Zulhijah 1445H
14 Jun 2024
https://idrissulaiman.com

Similar Posts

  • | | |

    ZIKIR MENGINGATI ALLAH ﷻ

    ZIKIR MENGINGATI ALLAH ﷻ 1. LA ILAHA ILLA ALLAH / لا إله إلا الله Nama: Kalimah Tauhid Makna: Tiada Sembahan Kecuali Allah Bila Sesuai Disebut: Sebaik-baik zikir. Hendaklah lidah sentiasa basah menyebutnya. 2. SUBHANALLAH / سبحان الله Nama: Tasbih / تسبيح Makna: Maha Suci Allah Bila Sesuai Disebut: Apabila melihat…

  • |

    MAULID NABI MEMBUKA PINTU SEMBAH BERHALA?

    MAULID NABI MEMBUKA PINTU SEMBAH BERHALA? Sambutan Maulid Nabi tidak pernah diajar oleh Nabi ﷺ ataupun disambut oleh para Sahabat dan para Tabi’in. https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10223114724528334&id=1588241794 Justeru bagi mereka yang menyambutnya, kita mendapati bahawa mereka tidak sepakat dalam caranya. Maka sambutnya dilakukan dengan pelbagai cara dan rupa antaranya dengan berarak, berselawat beramai-ramai,…

  • | | |

    RAMADAN BULAN MENGIMARAHKAN MASJID

    Muslim dianjurkan menghidupkan malam-malam Ramadan dengan mengerjakan solat Tarawih berdasarkan sabda Nabi ﷺ: مَنْ ‌قَامَ ‌رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ. “Barang siapa yang menunaikan solat (Tarawih) pada bulan Ramadan kerana beriman dan mengharapkan pahala akan diampunkan dosanya yang lalu”. [Sahih. Riwayat Bukhari dan Muslim] Solat Tarawih…

  • | | |

    PERINTAH TUNDUK MATA

    Syariat Islam memerintahkan Muslim supaya menundukkan pandangan mata daripada melihat lawan jantina yang bukan mahramnya. Perintah ini bagi kedua-dua lelaki dan juga perempuan. Sebagaimana firman Allah ﷻ: قُل لِّلۡمُؤۡمِنِينَ يَغُضُّواْ مِنۡ أَبۡصَٰرِهِمۡ وَيَحۡفَظُواْ فُرُوجَهُمۡۚ ذَٰلِكَ أَزۡكَىٰ لَهُمۡۚ إِنَّ ٱللَّهَ خَبِيرُۢ بِمَا يَصۡنَعُونَ وَقُل لِّلۡمُؤۡمِنَٰتِ يَغۡضُضۡنَ مِنۡ أَبۡصَٰرِهِنَّ وَيَحۡفَظۡنَ فُرُوجَهُنَّ. “Katakanlah…

  • | | |

    PUASA SEBENAR

    Puasa bukan sekadar dengan meninggalkan makan dan minum. Tetapi puasa ialah dengan turut meninggalkan mengumpat, adu domba, mencela, memaki hamun, perkataan dan tulisan jelik, mendengar muzik, melihat benda-benda haram di samping hal-hal tiada faedah dan perkara-perkara haram lain. Sebagaimana sabda Nabi ﷺ: لَيْسَ الصِّيَامُ مِنَ الْأَكْلِ وَالشُّرْبِ، إِنَّمَا الصِّيَامُ ‌مِنَ…