| | |

MALAM LAILATULQADAR: HADIS PALSU

Berlegar di media sosial riwayat hadis bahawa terdapat 4 golongan yang Allah tidak akan ampunkan pada Malam Lailatulqadar ialah peminum arak, derhaka kepada ibu bapa, pemutus silaturahim dan orang yang bermusuhan.

Riwayat ini ditarafkan sebagai palsu, mauduk.

Demikian ditegaskan oleh Syeikh al-Albani dalam Daif al-Tarhib, no. 594.

Justeru riwayat-riwayat sebegini tidak boleh disebarkan.

Muslim perlu berhati-hati dalam menukilkan mana-mana hadis.

Pastikan sahih dahulu.

Kerana Nabi ﷺ bersabda:

اتَّقُوا الحَدِيثَ عَنِّي إلَّا مَا عَلِمْتُمْ، فَمَنْ كَذَبَ عَلّيَّ مُتَعَمِّدًا فَلْيَتَبَوَّأُ مَقْعَدَهُ مِنْ النَّارِ.

“Hendaklah kamu menjauhkan diri daripada menisbahkan sesebuah hadis kepadaku melainkan dalam apa yang kamu pasti. Sesungguhnya barang siapa berdusta atas namaku maka hendaklah dia bersiap-sedia akan tempatnya dalam api neraka.”

[Sahih. Riwayat Tirmidhi]

Baginda ﷺ turut bersabda:

كَفَى ‌بِالْمَرْءِ كَذِبًا أَنْ يُحَدِّثَ بِكُلِّ مَا سَمِعَ.

“Cukuplah seseorang itu dikira sebagai pendusta apabila dia berbicara dengan segala apa yang didengarinya”.

[Sahih. Sahih Muslim]

Dr. Idris bin Sulaiman
Kajang
21 Ramadan 1445H
01 April 2024
https://idrissulaiman.com

Similar Posts

  • |

    ANTARA KESALAHAN KETIKA UMRAH

    ANTARA KESALAHAN KETIKA UMRAH # Berzikir beramai-ramai # Berzikir secara menyanyi Alhamdulillah umrah sudah dibuka kembali. Bagi mereka yang berhajat untuk ke Tanah Suci mengerjakan umrah, pastikan anda mempelajari tatacara ibadah umrah dengan betul supaya tidak mensia-siakan peluang ketika di sana. Perlu ditegaskan bahawa apa jua amal ibadah yang dikerjakan…

  • KEPERCAYAAN MUSLIM

    Akidah kepercayaan Muslim bukanlah apa yang mengikut kehendaknya atau kehendak gurunya sebaliknya mengikut apa yang ditetapkan oleh Allah ﷻ, Rasulullah ﷺ dan ijmak kesepakatan Salaf generasi pendahulu umat Islam. Berdasarkan apa yang terdapat dalam Kitab Allah Al-Quran, hadis-hadis dalam Sahih Bukhari, Sahih Muslim dan yang lain, sebagaimana sabit dalam hadis-hadis…

  • | | |

    SAMBUTAN NISFU SYAABAN

    Tidak ada sambutan Nisfu Syaaban dalam Islam. Kerana syariat tidak mengkhususkan sebarang amalan pada sebelah malam ataupun siang 15 Syaaban. Hadis-hadis mengenai fadilatnya semua lemah, malah sebahagiannya palsu. Demikian ditegaskan oleh Syeikh Bin Baz dalam fatwanya dan dijelaskan oleh al-Hafis Ibnu Rajab dalam kitabnya Lataif al-Maarif. https://binbaz.org.sa/articles/24/حكم-الاحتفال-بليلة-النصف-من-شعبان Kata Imam al-Syaukani:…

  • | |

    MENGKERAMATKAN KUBUR

    MENGKERAMATKAN KUBUR # Zikir, berdoa, bertawassul di perkuburan Zikir dan berdoa memang disyariatkan tetapi berzikir atau berdoa di perkuburan meminta untuk selain daripada kesejahteraan si mati adalah dilarang. Muslim ditegah berdoa meminta daripada selain Allah ﷻ. Firman Allah ﷻ: وَأَنَّ ٱلۡمَسَـٰجِدَ لِلَّهِ فَلَا تَدۡعُوا۟ مَعَ ٱللَّهِ أَحَدࣰا. “Dan sesungguhnya masjid-masjid…

  • | | |

    RAMADAN BULAN MENGIMARAHKAN MASJID

    Muslim dianjurkan menghidupkan malam-malam Ramadan dengan mengerjakan solat Tarawih berdasarkan sabda Nabi ﷺ: مَنْ ‌قَامَ ‌رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ. “Barang siapa yang menunaikan solat (Tarawih) pada bulan Ramadan kerana beriman dan mengharapkan pahala akan diampunkan dosanya yang lalu”. [Sahih. Riwayat Bukhari dan Muslim] Solat Tarawih…

  • | |

    TUDUHAN ATAS SYEIKH AL-ALBANI & DAKWAH SALAF

    Ada orang terdekat meminta supaya saya menjawab sebuah tulisan yang melemparkan beberapa tuduhan ke atas Syeikh al-Albani rahimahullah dan dakwah Salaf. https://www.facebook.com/abdel.rahmanov.1 Berikut ialah jawapan ringkas yang dapat diberikan. TUDUHAN 1: Prinsip Asas Fahaman Salafiah Tidak Berpegang Kepada Mazhab &Mengajak Mencari Dalil Langsung daripada Al-Quran dan Hadis JAWAPAN: Ya, demikian…