|

TAHUN BAHARU MASIHI

Muslim tidak menyambut tahun baharu Masihi.

Tahun baharu Masihi berkait rapat dengan agama Kristian dan berasal usul daripada kepercayaan pagan.

Masihi merujuk kepada kelahiran Nabi Isa alaihissalam.

Dalam bahasa Inggeris kalendar Masihi dikenali sebagai ‘Gregorian calender’ nisbah kepada Paus Gregory ke XIII yang memperkenalkannya pada tahun 1582.

Bulan Januari pula nisbah kepada Janus, tuhan permulaan dan peralihan menurut bangsa Romawi.

Jelasnya kalendar Masihi sarat dengan kepercayaan karut dan kufur.

CATATAN

Menyambut tahun baharu Masihi ialah ‘tasyabuh’ menyerupai orang-orang Kristian yang dilarang agama sebagaimana hadis “Barang siapa menyerupai sesebuah kaum maka dia tergolong dalam kalangan mereka” (Sahih. Riwayat Abu Daud). Apatah lagi dengan unsur karut dan kufur yang ada.

Dr. Idris bin Sulaiman
Kajang
17 Jamadilakhir 1445H
30 Disember 2023
https://idrissulaiman.com

Similar Posts

  • |

    BIDAAH HASANAH

    – Dalil-dalil syubhah & jawapan SYUBHAH PERTAMA: Sabda Nabi ﷺ: مَنْ سَنَّ فِي الْإِسْلَامِ سُنَّةً حَسَنَةً فَلَهُ أَجْرُهَا وَأَجْرُ مَنْ عَمِلَ بِهَا مِنْ بَعْدِهِ مِنْ غَيْرِ أَنْ يَنْقُصَ مِنْ أُجُورِهِمْ شَيْءٌ وَمَنْ سَنَّ فِي الْإِسْلَامِ سُنَّةً سَيِّئَةً كَانَ عَلَيْهِ وِزْرُهَا وَوِزْرُ مَنْ عَمِلَ بِهَا مِنْ بَعْدِهِ مِنْ غَيْرِ أَنْ يَنْقُصَ…

  • |

    PAKAI BIJI TASBIH DI LEHER?

    Anehnya ada Muslim memakai biji tasbih di leher. Malah seorang ustaz lagi. Sedangkan penggunaan biji tasbih untuk berzikir pun dibahaskan oleh para alim ulama mengenai sejauh mana kewajarannya, inikan pula memakai biji tasbih di leher. Sangat tidak wajar. Jelasnya tasyabuh menyerupai gaya pakaian penganut agama lain. Sedangkan hal ini dilarang…

  • |

    ANAK-BERANAK YANG BERIMAN AKAN TINGGAL DALAM SYURGA YANG SAMA

    Suami, isteri dan anak-anak yang beriman akan ditempatkan dalam syurga yang sama walaupun barangkali pada asalnya tingkatan syurga mereka berbeza. Mereka yang berada dalam tingkatan syurga di bawah akan dinaikan ke dalam syurga di atas supaya dapat bersama dengan ahli keluarga mereka yang lain. Firman Allah ﷻ: وَٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَٱتَّبَعَتۡهُمۡ…

  • Kaedah-Kaedah Ilmiah (12) – BERHUJAH DENGAN DALIL YANG DIPERSETUJUI

    # Mencari titik temu dalam perselisihan # Kaedah-Kaedah Ilmiah # Kaedah 12 Dalam suatu perselisihan sama ada kedua-dua belah pihak mempunyai titik temu antara mereka atau tidak. Titik temu di sini ialah asas atau prinsip yang dapat jadikan sebagai pegangan. Sekiranya tidak ada titik temu antara kedua-dua belah pihak maka…

  • |

    AGAMA ISLAM SUDAH SEMPURNA JANGAN KONTRADIK

    Umum mengetahui bahawa agama Islam bersifat syumul dan sempurna. Berdasarkan firman Allah: ٱلۡيَوۡمَ أَكۡمَلۡتُ لَكُمۡ دِينَكُمۡ. “Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kalian agama kalian.” [Al-Quran, al-Ma’idah, 5:30] Pihak di sebelah sana mengakui akan hal ini. Berdegar-degar kedengaran mereka berkata “Agama Islam sudah sempurna!” Ironinya, mereka kemudiannya membuat tokok-tambah,…

  • |

    PERMOHONAN MAAF

    Beberapa hari lepas sebuah video bertajuk ‘Imam Shafie Akui Tidak Menguasai Ilmu Hadis’ telah dimuat naik di laman Facebook Dr Idris Sulaiman yang mengundang pelbagai reaksi warga maya. Sebahagian mengkritik tajuknya dan menganggapnya biadap terhadap tokoh besar Islam ini manakala sebahagian lain menginterpretasikan isi videonya bermaksud saya mengatakan Imam al-Syafie…