|

PEPERANGAN YANG MUDARATNYA LEBIH BESAR TIDAK DISYARIATKAN

Pensyarah Universiti Islam di Madinah dan pengajar di Masjid Nabawi, Syeikh Sulaiman al-Ruhaily dalam sebuah program baru-baru ini menjelaskan bahawa semua peperangan yang mudaratnya lebih besar berbanding maslahatnya ialah peperangan fitnah.

Oleh itu, sekiranya isyarat awal dalam sesebuah peperangan itu menunjukkan bahawa kesan mudaratnya lebih besar berbanding maslahatnya maka dalam keadaan sedemikian peperangan tersebut tidak disyariatkan, tegas beliau.

Tambah beliau “Ini kerana syariat termasuk dalam hal berkaitan jihad dibangunkan atas dasar merealisasikan maslahat dan mengelak mudarat.”

Justeru sekiranya sesuatu perbuatan itu tiada maslahatnya atau maslahat yang diperoleh daripadanya adalah sedikit berbanding mudarat lebih besar yang akan timbul daripadanya maka dalam keadaan sedemikian perbuatan berkenaan perlu ditinggalkan.

Beliau berkata sedemikian dalam sebuah program podcast bertajuk ‘Mengapa Khalifah Othman Dibunuh’ minggu lalu yang julung-julung kalinya disertai oleh beliau.

Sumber asal video:

Dr. Idris bin Sulaiman
Kajang
23 Jamadilawal 1445H
07 Disember 2023
https://idrissulaiman.com

Similar Posts

  • |

    KESEMPURNAAN AGAMA: TIDAK PERLU TOKOK TAMBAH

    Sedar atau tidak mereka yang melakukan amalan-amalan ibadah yang tidak dilakukan oleh Nabi ﷺ dan para Sahabat mempertikaikan kesempurnaan dan kesyumulan agama. Pada tanggapan mereka agama Islam belum cukup sempurna dan belum cukup cantik sehingga ia perlu kepada penambahan-penambahan tertentu. Seolah-olah Nabi ﷺ terlepas pandang atau tidak sempat mengajarkannya kepada…

  • |

    TANPA SAMBUTAN MAULID MAKA TIDAK ADA ISLAM??

    “TANPA SAMBUTAN MAULID MAKA TIDAK ADA ISLAM”?? Ini jelas ucapan yang melampau. Sambutan Maulid Nabi hanya bermula pada kurun keempat oleh kerajaan Fatimiah di Mesir. Sambutan ini tidak ada sama sekali pada zaman Rasulullah ﷺ, para Sahabat ataupun para Tabi’in, tiga genarasi awal Islam yang dipuji oleh Nabi ﷺ dalam…

  • |

    MENCELA ULAMA

    Orang-orang munafik pada zaman Rasulullah ﷺ mencela para Sahabat dengan berkata: مَا رَأَيْنَا مِثْلَ قُرَّائِنَا هَؤُلاَءِ، أَرْغَبُ بُطُوْناً، وَلاَ أَكْذَبُ أَلْسُناً، وَلاَ أَجْبَنُ عِنْدَ اللِّقَاءِ. “Kami tidak pernah melihat orang-orang yang seperti para pembaca Al-Quran ini (para Sahabat) yang mana perut mereka besar, banyak berbohong dan paling pengecut apabila berdepan…

  • |

    ‘PENTAKSUBER’ & FITNAH

    ‘Pentaksuber’ ialah golongan fanatik yang sanggup mempertahankan sesuatu walaupun bukti dalil menunjukkan sebaliknya. Termasuklah mempertahankan kata cela nista guru dengan pelbagai alasan dan sebab. Ini tidak wajar. Muslim dilarang bersikap demikian. Lebih 10 tahun lalu kami dihamburkan oleh beliau dengan kata nista, termasuklah menuduh kami menerima suapan RM15 ribu sebulan…

  • |

    CINTA PALSU: SURAH AL-MASAD

    Firman Allah ﷻ: تَبَّتۡ يَدَآ أَبِي لَهَبٖ وَتَبَّ مَآ أَغۡنَىٰ عَنۡهُ مَالُهُۥ وَمَا كَسَبَ سَيَصۡلَىٰ نَارٗا ذَاتَ لَهَبٖ وَٱمۡرَأَتُهُۥ حَمَّالَةَ ٱلۡحَطَبِ فِي جِيدِهَا حَبۡلٞ مِّن مَّسَدِۢ . “Binasalah kedua-dua tangan Abu Lahab, dan binasalah ia bersama! Hartanya dan segala yang diusahakannya, tidak dapat menolongnya. Ia akan menderita bakaran api neraka…