|

DR. YOUSUF AL-QARADAWI

  • Tulisan ini asalnya ditulis pada 28 September 2022 dan diterbitkan semula dengan beberapa olahan dan tambahan:

https://www.facebook.com/idrissulaiman/posts/pfbid0DuZkU6Fd24eb9vFjoiVP3SuymeSNGYE1dRP9mcEd1edEQQVnKAxJtz2bKrJJzFv1l

Dr. Yousuf al-Qaradawi (DYQ) sudah lebih setahun meninggal dunia.

Ramai orang waktu beliau meninggal dunia termasuk para asatizah dan ilmuan mengucapkan takziah dan ada yang sampai mengadakan solat jenazah ghaib.

Tidak kurang yang memuji dan mengangkat beliau sebagai seorang sarjana hebat, menggelar beliau al-Allamah (tokoh ulama besar) serta menobatkan beliau sebagai al-Imam.

Walau apa pun pendirian terhadap beliau, hakikat fakta tidak boleh diubah.

Beliau merupakan seorang ulama radikal Ikhwan Muslimin yang kurang sepuluh tahun lepas telah memilih jalan keganasan mengajak masyarakat Islam mengangkat senjata bagi menjatuhkan pemerintah-pemerintah di negara-negara Islam atas apa yang beliau namakan sebagai jihad menentang kezaliman dan penindasan.

Dalam sebuah rakaman video, beliau berterus terang mengaku menyokong semua revolusi keganasan ‘Arab Spring’ di negara-negara Arab termasuklah di Tunisia, Mesir, Libya, Yaman dan Syria.

Banyak kerosakan harta benda dan ribuan nyawa terbunuh dalam revolusi-revolusi ini sehinggakan sesetengah negara itu terus bergolak sampai hari ini seperti Libya, Yaman dan Syria.

Fatwa beliau secara langsung telah menyumbang kepada kerosakan dan kehilangan nyawa ini.

Sebagai contohnya, beliau dalam video di bawah secara lantang menyeru umat Islam memerangi pemerintah Syria atas alasan kezaliman dan penindasannya.

Video ini disiarkan pada tarikh 05 Mac 2012 manakala perang saudara Syria dikatakan meletus 10 hari kemudian pada 15 Mac 2012 lalu sampai ke hari ini masih belum reda.

Banyak bangunan dan harta benda musnah, ribuan nyawa melayang di samping ramai yang berhijrah ke luar negara bersama keluarga untuk menyelamatkan diri.

Malaysia turut terkesan dengan fatwa beliau di mana sesetengah pihak telah berusaha membawa revolusi ‘Arab Spring’ ke negara ini melalui demonstrasi-demonstrasi jalanan ‘Bersih 2.0’ pada tahun 2011 sampailah ke ‘Bersih 5.0’ pada tahun 2016.

Ramai mungkin tidak sedar bahawa DYQ merupakan antara ilmuwan yang fatwanya dijadikan sebagai penghalal demonstrasi-demonstrasi jalanan ini.

https://muftiwp.gov.my/artikel/bayan-linnas/2903-bayan-linnas-siri-ke-158-demonstrasi-perhimpunan-aman-isu-dan-hukum#_ftn8

PENDAPAT & KENYATAAN MENYELEWENG DYQ:

Berikut beberapa pendapat dan kenyataan beliau yang menyimpang:

https://www.facebook.com/idrissulaiman/posts/pfbid022U7XttyhaddLEdxgjwVTQMvLZjDVt1qPXhyV3kSeQd2iRjnmLS17EMB5kuJcCzvdl

PERINGATAN PARA ULAMA TERHADAP DYQ:

  1. Kenyataan ulama besar Habsyah, Syeikh Muhammad Aman al-Jami (wafat 1996):

“Golongan yang mendahulukan akal atas nas (Aqlaniyyon) pada hari ini bukan sahaja menolak hadis-hadis yang tidak cucuk dengan akal mereka malah mereka memperleceh hadis-hadis secara amnya dan memperleceh para ulama hadis… antara tokoh besar mereka ialah Dr. Yousef al-Qaradawi.”

https://ar.alnahj.net/audio/5222

  1. Sanggahan mantan Mufti Arab Saudi, Syeikh Bin Baz (wafat 1999):

https://ar.alnahj.net/audio/2134

  1. Kenyataan ulama besar Jordan, Syeikh al-Albani (wafat 1999):

“Berpalinglah daripada al-Qaradawi dan tinggalkan dia.”

https://ar.alnahj.net/audio/2607

  1. Kenyataan ulama besar Yaman, Syeikh Muqbil al-Wadie (wafat 2001):

“Hendaklah kalian berhati-hati dengan fatwa-fatwa al-Qaradawi.”

https://ar.alnahj.net/audio/2491

  1. Kenyataan ulama besar Arab Saudi, Syeikh Saleh al-Fauzan:

“Tiadalah yang bergembira dengan fatwa-fatwa beliau kecuali golongan pengikut hawa nafsu.”

https://ar.alnahj.net/audio/2609

BUKU & TULISAN SANGGAHAN TERHADAP DYQ:

  1. اسكات العاوي يوسف القرضاوي – الشيخ مقبل الوادعي
  2. الاعلام بنقد كتاب الحلال والحرام – الشيخ صالح الفوزان
  3. مخالفات د. يوسف القرضاوي – الشيخ عبد الرحمن الشتري
  4. القرضاوي في الميزان – الشيخ سليمان صالح الخراشي
  5. رفع اللثام عن مخالفة القرضاوي – اشيخ احمد العديني

KESIMPULAN

Menjadikan pemikiran DYQ sebagai tema ‘Konvensyen Sunah’ dalam perbahasan mengenai ‘pembentukan negara Madani’ sangat tidak sesuai dan sewajarnya dinilai semula.

Semoga Allah mengampuni dosa-dosa kita dan juga beliau.

Dr. Idris bin Sulaiman
Kajang
08 Jamadilawal 1445H
22 November 2023

Similar Posts

  • |

    HADIS AL-BARA’ BIN AZIB TENTANG AZAB KUBUR

    Berkata Al-Bara’ bin Azib radiallahuanhu: “Kami keluar bersama Nabi ﷺ membawa jenazah seorang lelaki Ansar sehingga kami pun sampai di perkuburan. Sementara menunggu jenazah dimasukkan ke dalam liang lahad, Rasulullah ﷺ pun duduk (mengadap kiblat) dan kami pun ikut duduk di sekeliling baginda seolah-olah di atas kepala kami terdapat seekor…

  • AGENDA NWO?

    Agenda reset ini kini benar-benar dijaja di tanah air oleh bidak-bidak. Pandemik Membuka Peluang Untuk Reset: https://www.facebook.com/1588241794/posts/10220999693253874/ Order Baru Dunia (NWO): https://www.facebook.com/1588241794/posts/10220067594191980/ CATATAN Jika sudah miskin dibebani hutang maka kuasa besar lebih mudah mengatur dan kawal. Semoga Allah ﷻ menggagalkan perancangan mereka. Idris bin Sulaiman Kajang 24 Jumadilawal 1443H 29…

  • |

    BACAAN SEMASA KHATIB DUDUK ANTARA DUA KHUTBAH JUMAAT

    Sebahagian ulama menganjurkan bacaan doa semasa khatib duduk antara dua khutbah Jumaat atas alasan untuk meraih waktu mustajab doa pada hari Jumaat. Berdasarkan hadis Abu Musa al-Asyari, katanya: سَمِعْتُ رَسُولَ اللهِ ﷺ يقول – يعني في ساعة الجمعة: هِيَ مَا بَيْنَ أَنْ يَجْلِسَ الإِمَامُ إِلى أَنْ تُقْضَى الصَّلاَةُ. “Aku mendengar…

  • |

    HIKAYAT ‘STRAW’ & ‘PLASTIK’

    HIKAYAT ‘STRAW’ & ‘PLASTIK’ Rata-rata mungkin sudah tahu tentang kempen ‘jangan guna straw & plastik’ kerana ia menyumbang ke arah pencemaran alam dan sebagainya. Sedikit sebanyak ia menimbulkan kesulitan dan kepayahan kepada pengguna. Tetapi dalam masa yang sama, di sesetengah tempat pelanggan masih boleh meminta ‘straw’ jika mereka mahu. Dengan…

  • |

    SETIAP MUSIBAH ADALAH KAFARAH

    Lumrah manusia tidak suka bala bencana dan malapetaka menimpa atasnya. Tetapi sedar atau tidak terdapat hikmah dan rahsia yang cukup besar di sebalik takdir-takdir yang sedemikian. Allah ﷻ ingin menutup dosa-dosa para hambaNya yang beriman melalui musibah-musibah itu. Di kala si hamba bersabar menghadapi dugaan. Sabda Nabi ﷺ: مَا ‌مِنْ…