| |

KASIHAN MUALAF

Selepas ucap kalimah syahadah disuruh menghadap kubur pula.

Dilema antara gembira dan sedih.

Gembira dengan adanya Muslim saudara baharu.

Tetapi sedih kerana dikelirukan oleh golongan pelampau pemuja kubur.

Sedangkan Islam berlepas diri daripada segala bentuk pemujaan kubur.

Muslim disuruh mengabdikan diri kepada Allah ﷻ semata-mata, berdoa, meminta, menyeru di alam ghaib atas nama Allah ﷻ sahaja.

Sedangkan berdoa kepada orang yang sudah mati, berharap dan meminta daripadanya di samping menyeru namanya dan sebagainya menyalahi akidah tauhid Islam dan menjebakkan seseorang itu dalam kesyirikan, nauzubillah.

Kerana Allah ﷻ berfirman:

إِيَّاكَ نَعۡبُدُ وَإِيَّاكَ نَسۡتَعِينُ.

“Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami meminta pertolongan.”

[Al-Quran, al-Fatihah, 1: 5]

FirmanNya ﷻ:

قُلۡ إِنَّمَآ أَدۡعُواْ رَبِّي وَلَآ أُشۡرِكُ بِهِۦٓ أَحَدا.

“Katakanlah: Sesungguhnya aku hanya berdoa dan meminta dengan Tuhanku semata-mata, dan aku tidak menyekutukanNya dengan sesiapapun.”

[Al-Quran, al-Jinn, 72: 20]

Di samping banyak ayat lain yang menjelaskan erti dan keutamaan tauhid serta bahaya dan wajibnya menjauhi segala bentuk syirik.

Dr. Idris bin Sulaiman
Kajang
02 Rabiulakhir 1445H
17 Oktober 2023

Similar Posts

  • ZINA & PLURALISME

    ZINA & PLURALISME (Rentetan peristiwa program pelajar Melayu Muslim di kuil) 1. PLURALISME ialah fahaman menyamakan SEMUA AGAMA dalam erti KEBENARAN ada dalam SEMUA AGAMA, dan keselamatan (syurga) boleh dicapai menerusi MANA-MANA AGAMA. Tuhan adalah satu, hanya istilah NAMA SAHAJA BERBEZA (Allah, Jehovah, Jesus, Brahma dll.). Menggalakkan kerjasama dan DIALOG…

  • | | |

    KUBURIYYUN

    Golongan penyembah kubur atas nama Islam. Dibuat binaan atas kubur kemudian kubur itu dijadikan sebagai tempat ibadah memuja si mati meminta tolong daripadanya atas nama tawassul dan syafaat. Inilah amalan syirik di kubur yang dilakukan oleh orang-orang jahiliah sejak dahulu sampai hari ini. Dukacitanya sebahagian kaum Muslimin pun terjebak dalam…

  • | |

    KELEBIHAN TAUHID & BAHAYA SYIRIK

    Barang siapa mati dalam keadaan tidak berbuat syirik kepada Allah ﷻ akan masuk syurga dan barang siapa mati dalam keadaan berbuat syirik kepadaNya ﷻ akan masuk neraka walaupun dia daripada kalangan orang yang banyak beribadah. Sabda Nabi ﷺ: مَنْ لَقِيَ اللهَ وَهُوَ لا يُشْرِكُ بِهِ شَيْئًا دَخَلَ الجَنَّةَ وَمَنْ لَقِيَهُ…

  • | |

    SEMBAH KUBUR DI NEGARA ISLAM

    Syeikh Muzammil Faqiri, seorang pendakwah Sudan menunjukkan cabaran yang terpaksa dihadapi oleh para dai di negaranya. Kelihatan beberapa bangunan berkubah tiga segi dibina di atas sesetengah kubur di Sudan. Sesetengah masyarakat Islam di sana mempercayai bahawa penghuni kubur-kubur ini memiliki keistimewaan-keistimewaan di samping mampu memberi manfaat-manfaat tertentu buat para pengunjungnya…

  • SIMBOL CAPAL

    SIMBOL CAPAL Sejak kebelakangan ini masyarakat Islam dalam negara diperkenalkan dengan SIMBOL CAPAL – simbol selipar yang merujuk kepada selipar Nabi sallalahu alaihi wasallam. SIMBOL ini bertujuan untuk menzahirkan rasa CINTA NABI. Persoalan di sini, sejauh mana SIMBOL CAPAL ini selari dengan SYARIAT dan adakah ia benar-benar boleh dijadikan sebagai…