question mark, sign, problem
|

EMPAT SOALAN SEPUTAR MAULIDUR RASUL

Empat soalan seputar sambutan Maulidur Rasul.

  1. Adakah Maulidur Rasul ibadah atau maksiat?

Jika maksiat maka hukumnya haram dan berdosa, tetapi jika ia ibadah…

  1. Adakah ibadah Maulidur Rasul ini diketahui oleh Nabi ﷺ?

Tidak mungkin ada yang berani kata bahawa Nabi ﷺ jahil tentang ibadah Maulidur Rasul ini.

  1. Jika ia ibadah yang Nabi ﷺ tahu mengenainya maka adakah baginda ﷺ pernah ajar tentang Maulidur Rasul ini kepada umatnya?

Sekali lagi tidak mungkin ada yang berani kata bahawa Nabi ﷺ tahu tentang sambutan Maulidur Rasul tetapi baginda ﷺ tidak mengajarkannya kepada umatnya kerana ini merupakan tuduhan berat yang bererti Nabi ﷺ ada menyembunyikan hal-hal agama yang sepatutnya disampaikan kepada umatnya.

Sedangkan Allah ﷻ berfirman:

يَٰٓأَيُّهَا ٱلرَّسُولُ بَلِّغۡ مَآ أُنزِلَ إِلَيۡكَ مِن رَّبِّكَۖ وَإِن لَّمۡ تَفۡعَلۡ فَمَا بَلَّغۡتَ رِسَالَتَهُ.

“Wahai Rasul Allah! Sampaikanlah apa yang telah diturunkan kepadamu dari Tuhanmu; dan jika engkau tidak melakukannya maka bermakna tiadalah engkau menyampaikan risalahNya.”

[Al-Quran, al-Maa’idah, 5: 67]

Jika ada yang kata bahawa Nabi ﷺ telah pun mengajar umatnya tentang sambutan Maulidur Rasul maka dikatakan kepadanya, mana dalilnya?

  1. Adakah dalil anjuran sambutan Maulidur Rasul ini tidak ditemui oleh para Sahabat, Tabiin dan Tabi Tabiin sepanjang tiga kurun pertama Islam, lalu generasi Islam kemudian menemui dalil-dalil ini?

Atau para Sahabat tahu tentang dalil anjuran Maulidur Rasul tetapi menolaknya, lalu generasi Islam kemudian menerima dan beramal dengan dalil-dalil anjuran Maulidur Rasul ini?

Ini semua mustahil.

KESIMPULAN

Tiadalah Nabi ﷺ menyambut Maulidur Rasul ataupun mengajarkannya kepada umatnya, dan tiadalah para Sahabat seperti Abu Bakar al-Siddiq, Omar al-Khattab, para isteri Nabi, Aisyah dan yang lain di samping ketiga-tiga kurun pertama Islam, generasi Tabiin, Tabi Tabiin, para ulama besar Islam seperti Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam Syafie dan Imam Ahmad, tiadalah mereka semua menyambut Maulidur Rasul melainkan kerana ia bukan daripada ajaran Islam, sebaliknya ia adalah rekaan dan tokok tambah yang dibawa masuk ke dalam agama, dan Islam berlepas diri daripadanya kerana Nabi ﷺ bersabda:

مَنْ ‌أَحْدَثَ فِي أَمْرِنَا هَذَا مَا لَيْسَ فِيهِ فَهُوَ رَدٌّ.

“Barang siapa mengada-adakan sesuatu yang baharu dalam urusan kita ini (agama) maka ia adalah tertolak.”

[Sahih. Riwayat Bukhari dan Muslim]

Dan sabdanya ﷺ:

مَنْ ‌عَمِلَ ‌عَمَلًا لَيْسَ عَلَيْهِ أَمْرُنَا فَهُوَ رَدٌّ.

“Barang siapa melakukan sesuatu amalan yang tidak menepati cara kami maka ia adalah tertolak.”

[Sahih. Riwayat Muslim]

Apa yang pastinya sambutan Maulidur Rasul ini telah dimulakan oleh kerajaan Syiah Fatimah di Mesir kira-kira pada tahun 400 Hijrah, empat kurun selepas wafatnya Rasulullah ﷺ.

Selawat dan salam Allah ke atas junjungan besar Nabi Muhammad, keluarganya dan para Sahabatnya serta mereka yang mengikuti mereka dengan baik sampai ke Hari Kiamat.

Dr. Idris bin Sulaiman
Kajang
12 Rabiulawal 1445H
28 September 2023


Similar Posts

  • |

    BAIK SANGKA JANGAN SALAH TEMPAT

    – Masa depan negara di tangan anda? – Jihad mengundi Pada dasarnya Muslim disuruh bersangka baik dengan saudaranya. Firman Allah ﷻ: يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱجۡتَنِبُواْ كَثِيرٗا مِّنَ ٱلظَّنِّ إِنَّ بَعۡضَ ٱلظَّنِّ إِثۡمٞ. “Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan sangkaan kerana sesungguhnya sebahagian daripada sangkaan itu ialah dosa.” [Al-Quran, al-Hujurat, 49:6]…

  • DAKWAH SALAFI MEMECAHBELAHKAN

    Benar, memecahbelahkan antara kebenaran dan kebatilan. Dakwah Salafi mengajak kepada Al-Quran dan al-Sunah mengikut pemahaman Salaf al-Soleh. Dakwah yang benar. Dakwah yang mengajak kepada fahaman generasi pendahulu umat Islam; para Sahabat, Tabiin dan Tabi Tabiin, golongan yang direstui dan puji oleh Allah ﷻ dan RasulNya ﷺ. Dakwah Salafi menyeru agar…

  • |

    EVOLUSI CAPAL

    Mutakhir ini terdapat sebahagian kelompok yang menggunakan simbol capal pada kopiah mereka sebagai cara menzahirkan rasa cinta kepada Nabi ﷺ. Walhal perlu ditegaskan bahawa simbol capal ini tiada asasnya dalam ajaran Islam sama sekali. Menzahirkan rasa cinta Nabi ﷺ bukan dengan bersimbol-simbol sebaliknya dengan beramal dengan Sunah Nabi ﷺ sepenuhnya…

  • |

    PENDEKNYA HIDUP DI DUNIA

    PENDEKNYA HIDUP DI DUNIA Perjalanan hidup di dunia teramat pendek sekali. Allah ﷻ berfirman: مِن نُّطۡفَةٍ خَلَقَهُۥ فَقَدَّرَهُۥ ثُمَّ ٱلسَّبِيلَ يَسَّرَهُۥ ثُمَّ أَمَاتَهُۥ فَأَقۡبَرَهُ. “Dari air pekat diciptakannya serta dilengkapkan keadaannya dengan persediaan untuk bertanggungjawab. Kemudian jalan (baik atau buruk) dimudahkan kepadanya (untuk menimbang dan mengambil yang mana satu). Kemudian…

  • |

    Kebenaran

    Kebenaran adalah yang datang dari Allah, dan As-Sunnah adalah sunnah Rasulullah serta jamaah adalah apa sahaja yang telah menjadi kesepakatan para sahabat pada masa khalifah Abu Bakar, Umar dan Utsman

  • |

    GEMBIRA BERMAULID KERANA MIMPI??!

    Agama Islam ialah agama yang berteraskan wahyu; al-Quran dan al-Sunah. Mimpi tidak boleh dijadikan sebagai dalil atau hujah syarie. Ungkapan seperti: “Apa yang saya mimpi bukanlah dalil, hanya dikongsikan sebagai ‘targhib’ dorongan untuk beramal soleh” adalah kenyataan yang keliru dan mengelirukan. Dia sendiri mengakui bahawa mimpi tidak boleh dijadikan dalil,…