| | |

BANYAKKAN AMALAN SOLEH 10 HARI PERTAMA ZULHIJAH

Umat Islam dianjurkan supaya memperbanyakkan amalan soleh pada 10 hari pertama bulan Zulhijah.

Sabda Nabi ﷺ:

‌مَا ‌مِنْ ‌أَيَّامٍ الْعَمَلُ الصَّالِحُ فِيهِنَّ أَحَبُّ إِلَى اللَّهِ مِنْ هَذِهِ الْأَيَّامِ الْعَشَرَةِ. قَالُوا: يَا رَسُولَ اللَّهِ وَلَا الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ؟ قَالَ: وَلَا الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ إِلَّا رَجُلٌ خَرَجَ بِنَفْسِهِ وَمَالِهِ فَلَمْ يَرْجِعْ مِنْ ذَلِكَ بِشَيْءٍ.

“Tidak ada hari-hari yang amalan soleh paling disukai oleh Allah untuk dilakukan melainkan pada hari-hari sepuluh (pertama bulan Zulhijah) ini.” Para Sahabat bertanya “Wahai Rasulullah, walaupun jihad fisabilillah?” Baginda ﷺ bersabda “Walaupun jihad fisabilillah melainkan seseorang itu keluar berjihad bersama hartanya lalu dia langsung tidak pulang dengan hartanya itu.”

[Sahih. Riwayat Bukhari]

Amalan-amalan soleh ini termasuklah puasa, sedekah, membaca Al-Quran, berdoa dan berzikir di samping bertakbir, bertahlil dan bertahmid.

Dr. Idris bin Sulaiman
Kajang
02 Zulhijah 1444H
21 Jun 2023

Similar Posts

  • |

    MARAH KERANA SOLAT

    MARAH KERANA SOLAT # Tanda hati sihat atau sakit Antara tanda kedudukan hati sihat atau sakit dapat dilihat berdasarkan reaksinya terhadap solat. Sekiranya ketibaan waktu solat menjadikannya ceria dan gembira manakala ketika mengerjakannya dia merasa tenang dan khusyuk maka ia tanda hati sihat. Berbeza pula sekiranya ketibaan waktu solat menjadikannya…

  • | | |

    SAMBUTAN ISRAK MIKRAJ

    Pegang as-Sunah Jauhi rekaan tokok tambah Sambutan malam Israk Mikraj pada malam 27 Rejab termasuk dalam perbuatan tokok tambah dan mengada-adakan rekaan amalan baharu dalam agama. Sambutan ini sama sekali tiada petunjuknya dalam Al-Quran, hadis ataupun amalan para Sahabat Nabi ﷺ. Ia bukan suatu tokok tambah ataupun rekaan amalan yang…

  • | | |

    PUASA SEBELUM ISLAM

    Manusia sudah lama berpuasa sebelum kedatangan Islam. Ini sebagaimana firman Allah ﷻ: يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ كُتِبَ عَلَيۡكُمُ ٱلصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى ٱلَّذِينَ مِن قَبۡلِكُمۡ “Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana ia telah diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu.” [Al-Quran, al-Baqarah, 2:83] Dan juga sabda Nabi ﷺ: أَفْضَلَ…

  • |

    MEMPERSENDAKAN NAMA ALLAH ATAU MEMIMIK BUNYI HAIWAN?

      Walau apa pun jawapannya perbuatan sedemikian tetap buruk. Tidak wajar sama sekali nama Allah ﷻ diperlakukan sedemikian. Jauh sekali hendak berzikir dan memperbesarkan Allah ﷻ dengan cara begitu. Kelihatan sebaliknya seperti mempermainkan nama Allah ﷻ dan mengubah-ubahnya. Andai diucapkan beribu kali pun ia tidak akan membawa apa-apa makna kerana…

  • |

    MAJLIS ZIKIR BERGENDANG MENARI

    Celaan Allah ﷻ ke atas mereka yang menjadikan urusan agama mereka sebagai hiburan dan permainan. Firman Allah ﷻ: ٱلَّذِينَ ٱتَّخَذُواْ دِينَهُمۡ لَهۡوٗا وَلَعِبٗا وَغَرَّتۡهُمُ ٱلۡحَيَوٰةُ ٱلدُّنۡيَاۚ فَٱلۡيَوۡمَ نَنسَىٰهُمۡ كَمَا نَسُواْ لِقَآءَ يَوۡمِهِمۡ هَٰذَا وَمَا كَانُواْ بِآيَٰتِنَا يَجۡحَدُونَ. “Orang-orang yang menjadikan urusan-urusan agama mereka sebagai hiburan dan permainan, dan orang-orang yang…

  • |

    MALAM 27 RAMADAN

    – Khamis, 28 April 2022 – Malam Lailatul Qadar Malam 27 Ramadan merupakan malam yang paling diharapkan berlakunya Lailatul Qadar kerana ia termasuk dalam malam-malam ganjil di bulan Ramadan, dan termasuk dalam sepuluh, tujuh malah lima malam terakhir Ramadan. Sabda Nabi ﷺ: مَنْ صَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا…