|

WAJIB INGKAR KEMUNGKARAN

Sabda Nabi ﷺ:

مَن رَأَى مِنكُم مُنكَراً فَليُغَــيِّرْهُ بِيَدِهِ، فَإِنْ لَمْ يَستَطِعْ فَبِلِسَانِهِ، فَإِنْ لَمْ يَستَطعْ فَبِقَلبِه وَذَلِكَ أَضْعَفُ الإيمَان.

“Barang siapa di antara kalian melihat kemungkaran maka hendaklah dia mengingkarinya dengan tangannya. Jika dia tidak mampu maka hendaklah dengan lisannya, dan jika dia masih tidak mampu maka hendaklah dengan hatinya sedangkan itu adalah selemah-lemah iman.”

[Sahih. Riwayat Muslim]

Hadis di atas menjelaskan kewajipan amar makruf nahi mungkar atas Muslim.

Mengajak ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran.

Ingkar dengan tangan yakni mencegah dan menghentikan suatu kemungkaran yang berlaku.

Ingkar dengan lisan pula ialah menegur dan membantahnya.

Ada pula ingkar dalam hati ialah membenci perbuatan maksiat itu dan tidak meredainya.

Ini penting bagi memastikan cahaya iman terus kekal dalam hati.

Di samping itu, Muslim dilarang daripada berkompromi dalam hal-hal maksiat, menganggapnya boleh dan tidak mengapa.

Ini haram lagi berdosa.

Adapun terlibat dalam hal maksiat itu, bersekongkol sama melakukannya atau menyokongnya maka dosanya lebih berat.

CATATAN:

Syaitan bisu, orang yang menyaksikan kemungkaran tetapi tidak berbuat apa-apa.

Daripada Allah jua kita memohon keselamatan.

Dr. Idris bin Sulaiman
Kajang
24 Zulkaedah 1444H
13 Jun 2023

Similar Posts

  • |

    ‘KEADILAN’ BARAT

    Hukuman bunuh (capital punishment) telah sekian lama dimansuhkan atau tidak lagi diamalkan di kebanyakan negara Barat seperti Amerika Syarikat dan lain atas faktor ‘kemanusiaan’. Kesudahannya, hukuman maksimum atas kesalahan paling berat seperti membunuh hanyalah penjara. Itu hukumannya. Pesalah yang membunuh nyawa tidak berdosa hanya akan dikenakan penjara seumur hidup. Disediakan…

  • |

    BUAT BIDAAH BERDOSA?

    – “Takkan Allah akan mengazab aku kerana berzikir dan berdoa?!” Dalam Musannaf Abdul Razak, ulama besar Tabiin, Saeed bin al-Musayyib melihat seorang lelaki memperbanyakkan solat sunat selepas terbit fajar maka beliau menegurnya. ——————- Tegahan Solat Sunat Lebih Dua Rakaat Sebelum Fardu Subuh: SOLAT SUNAT DUA RAKAAT SUBUH ——————- Lelaki itu…

  • |

    PENTING IKUT SUNAH NABI

    Beramal ibadah menurut petunjuk Sunah Nabi ﷺ merupakan suatu kewajipan yang amat penting, kerana hanya amalan yang bertepatan dengan ajaran Baginda ﷺ akan diterima di sisi Allah. Ibadah bukan sekadar niat yang baik atau semangat yang tinggi, bahkan ia mestilah dibina atas dasar wahyu dan contoh yang sahih daripada Rasulullah…

  • |

    TUTUP AURAT PAHAMU!

    Peha lelaki termasuk dalam aurat yang wajib ditutup bukan sahaja dalam solat malah apabila keluar dari rumah. Ini berdasarkan keterangan jelas dalam hadis-hadis Nabi ﷺ mengenai hal ini. Antaranya ialah sabda Nabi ﷺ: مَا ‌بَيْنَ ‌السُّرَّةِ ‌وَالرُّكْبَةِ ‌عَوْرَةٌ. “Antara pusat dan lutut ialah aurat.” [Hasan. Riwayat al-Daraqutni] Dalam hadis lain,…

  • |

    MUSLIM KELIRU

    – ‘Kesetiaan dan Berlepas Diri’ – Warganet ‘miskin simpati’? Atas dasar kalimah syahadah ‘lailahaillallah’ lahirlah prinsip ‘Kesetiaan dan Berlepas Diri’ yang dituntut atas setiap Muslim. Prinsip ini juga disebut sebagai Wala’ dan Bara’. Setiap Muslim wajib menzahirkan kesetiaannya kepada orang-orang beriman, mencintai dan menyokong mereka (Wala’). Dalam masa yang sama,…