DAKWAH SALAFI MEMECAHBELAHKAN

Benar, memecahbelahkan antara kebenaran dan kebatilan.

Dakwah Salafi mengajak kepada Al-Quran dan al-Sunah mengikut pemahaman Salaf al-Soleh.

Dakwah yang benar.

Dakwah yang mengajak kepada fahaman generasi pendahulu umat Islam; para Sahabat, Tabiin dan Tabi Tabiin, golongan yang direstui dan puji oleh Allah ﷻ dan RasulNya ﷺ.

Dakwah Salafi menyeru agar semua aspek akidah, ibadah, akhlak dan manhaj dikembalikan kepada fahaman Salaf dan memastikan semuanya berpadanan dengan pegangan para Sahabat.

Apa yang menjadi pegangan dan amalan para Sahabat diikuti dan dicontohi manakala yang menyalahinya ditolak dan dijauhi.

Inilah tujuan agama Islam didatangkan oleh Allah ﷻ kepada manusia bagi membezakan antara yang hak dan yang batil.

Kerana itu antara nama surah Al-Quran ialah al-Furqan (Pembeza) manakala antara nama Rasulullah ﷺ ialah al-Mufarriq (Pemisah).

Dalam hadis al-Miqdad bin al-Aswad RA, katanya:

‌فَجَاءَ ‌بِفُرْقَانٍ فَرَقَ بِهِ بَيْنَ الْحَقِّ وَالْبَاطِلِ، وَفَرَّقَ بَيْنَ الْوَالِدِ وَوَلَدِهِ.

“Baginda ﷺ telah datang dengan al-Furqan (Pembeza) lalu dengannya telah dibezakan antara kebenaran dan kebatilan serta dipisahkan antara si bapa dengan anaknya (yang Muslim dan yang kafir).”

[Sahih. Riwayat Ahmad, no. 23810]

Sedangkan Omar bin al-Khattab telah diberikan gelaran al-Faruq (Pengasing) yakni antara keislaman dan kekufuran.

Justeru benarlah dakwah Salafi memecahbelahkan antara manusia bagi membezakan antara mereka yang benar-benar berpegang kepada ajaran agama dengan mereka yang membelakanginya.

Dr. Idris bin Sulaiman
Kajang
18 Zulkaedah 1444H
07 Jun 2023

Similar Posts

  • BUKU BAHARU: 80 HADIS PUASA RAMADAN

    Bulan Ramadan tidak lama lagi, kurang dua minggu. Bersempena kedatangan bulan mulia ini sebuah tulisan baharu bertajuk ’80 Hadis Puasa Ramadan’ telah selesai dibukukan dan kini dalam proses cetakan. Buku ini adalah himpunan 80 sabda Nabi ﷺ berkaitan puasa Ramadan; kewajipan, fadilat, bila umat Islam mula puasa, niat puasa, bersahur,…

  • |

    KEBENARAN TETAP MENANG

    Kebenaran tetap akan menang walaupun pengikutnya sedikit manakala kebatilan pula tetap akan terbungkam walaupun pengikutnya ramai. Firman Allah ﷻ: وَقُلۡ جَآءَ ٱلۡحَقُّ وَزَهَقَ ٱلۡبَٰطِلُۚ إِنَّ ٱلۡبَٰطِلَ كَانَ زَهُوقٗا “Dan katakanlah: Telah datang kebenaran, dan hilang lenyaplah perkara yang batil; sesungguhnya yang batil itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap.” [Al-Quran,…

  • | | | |

    MENYEMBUNYIKAN DALIL

    MENYEMBUNYIKAN DALIL # Ahli bidaah # Ikut Sunah Tidak ada ahli bidaah melainkan dia cenderung kepada menyembunyikan nas-nas Al-Quran dan hadis yang menyalahi iktikad dan amalannya di samping benci untuk menzahirkannya. – Syeikhul Islam Ibnu Taimiah rahimahullah, Majmuk Fatawa, 20/161. Tuntutan Ikut Sunah: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10208408009909660&id=1588241794 Daripada Allah jua kita memohon petunjuk…

  • MENERIMA SUNAH NABI ﷺ SEPENUHNYA

    – Kedudukan akal – Tegar Ikut Ajaran Guru Firman Allah ﷻ: وَمَآ ءَاتَىٰكُمُ ٱلرَّسُولُ فَخُذُوهُ وَمَا نَهَىٰكُمۡ عَنۡهُ فَٱنتَهُواْۚ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَۖ إِنَّ ٱللَّهَ شَدِيدُ ٱلۡعِقَابِ. “Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah kepada kamu maka terimalah serta amalkan, dan apa jua yang dilarangNya kamu melakukannya maka patuhilah laranganNya. Dan…

  • |

    PENDIRIAN ULAMA ASYAIRAH FAKHRUDDIN AL-RAZI MENGENAI KEDUDUKAN AL-QURAN & AL-SUNAH

    Fakhruddin Muhammad bin Omar al-Razi (wafat 606H) merupakan antara ilmuwan Asyairah besar terkenal yang menjadi rujukan pengikut-pengikut mazhab Asyairah. Berikut ialah sebahagian pendirian beliau mengenai kedudukan Al-Quran dan al-Sunah: Kata al-Razi: الدَّلائِلُ العقليَّةُ إذا دلَّت على صِحَّةِ قولِنا ثمَّ رأينا أنَّ ظواهِرَ القُرآنِ والأخبارِ تؤكِّدُ تلك العَقليَّاتِ قَوِيَ اليقينُ وزالت…