JALAN NABI & SAHABAT: SEBAIK-BAIK IBADAH

Sebaik-baik ibadah ialah apa yang menepati cara Nabi ﷺ dan cara para Sahabat.

Kerana merekalah pendahulu umat Islam yang terpuji.

Sabda Nabi ﷺ:

فَإِنَّ خَيْرَ الْحَدِيثِ كِتَابُ اللهِ، ‌وَخَيْرُ ‌الْهُدَى هُدَى مُحَمَّدٍ، وَشَرُّ الْأُمُورِ مُحْدَثَاتُهَا، وَكُلُّ بِدْعَةٍ ضَلَالَةٌ.

“Sebaik-baik perkataan ialah Kitab Allah dan sebaik-baik petunjuk ialah petunjuk Muhammad manakala seburuk-buruk perkara ialah hal-hal yang diada-adakan (dalam agama) sedangkan semua bidaah sesat.”

[Sahih. Riwayat Muslim, no. 867]

Sabdanya ﷺ:

خَيْرُ ‌النَّاسِ ‌قَرْنِي.

“Sebaik-baik manusia ialah kurunku (para Sahabat).”

[Sahih. Riwayat Bukhari, no. 2652 & Muslim, no. 2533]

Sabdanya ﷺ lagi:

‌مَا ‌أَنَا ‌عَلَيْهِ ‌وَأَصْحَابِي.

“Mereka yang berada di atas jalanku dan jalan para Sahabatku (selamat daripada api neraka).”

[Sahih. Riwayat Tirmizi, no. 2641]

Dr. Idris bin Sulaiman
Kajang
04 Zulkaedah 1444H
25 Mei 2023

Similar Posts

  • HADIS MUSLIM

    HADIS MUSLIM ‘Walaupun dia memukul belakangmu dan mengambil hartamu’ DAIF (LEMAH)? . Huzaifah radhiallahu anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah sallalahu alaihi wassalam bersabda: . “Setelah pemergianku akan ada pemerintah yang tidak beramal dengan petunjukku mahupun dengan Sunnahku, dan akan ada dalam kalangan mereka lelaki yang hati jantung mereka seperti hati syaitan…

  • | |

    MANHAJ TAKWIL ASYAIRAH

    Asyairah merupakan salah satu daripada empat kumpulan Ahli Kalam di samping Jahmiyyah, Muktazilah dan Maturidiah yang mengambil pendekatan takwil akal dalam perbahasan akidah; permasalahan al-Asma’ Wa al-Sifat dan lain. Manhaj takwil ialah pendekatan memalingkan makna zahir nas Al-Quran dan al-Sunah kepada makna lain berdasarkan penilaian akal. Ternyata bahawa tiada takwilan…

  • |

    BIDAAH DALAM AGAMA

    Acap kali dalam hal-hal tokok tambah, rekaan dan inovasi dalam agama dan ibadah sebahagian pihak mempertahankannya dengan berkata: “Alahai, benda baik apa salahnya…” Perlu ditegaskan bahawa kenyataan sebegini keliru dan tidak benar sama sekali. Kerana baik atau buruk dalam hal agama dan ibadah hanya boleh ditetapkan melalui jalan syariat, bukan…

  • KEPERCAYAAN MUSLIM

    Akidah kepercayaan Muslim bukanlah apa yang mengikut kehendaknya atau kehendak gurunya sebaliknya mengikut apa yang ditetapkan oleh Allah ﷻ, Rasulullah ﷺ dan ijmak kesepakatan Salaf generasi pendahulu umat Islam. Berdasarkan apa yang terdapat dalam Kitab Allah Al-Quran, hadis-hadis dalam Sahih Bukhari, Sahih Muslim dan yang lain, sebagaimana sabit dalam hadis-hadis…

  • |

    MENGAGUNGKAN SUNAH NABI ﷺ

    Sunah Nabi ﷺ wajib diterima dan diagungkan. Sebagaimana firman Allah ﷻ: وَمَآ ءَاتَىٰكُمُ ٱلرَّسُولُ فَخُذُوهُ وَمَا نَهَىٰكُمۡ عَنۡهُ فَٱنتَهُواْۚ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَۖ إِنَّ ٱللَّهَ شَدِيدُ ٱلۡعِقَابِ “Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah kepada kamu maka terimalah serta amalkan, dan apa jua yang dilarangNya kamu melakukannya maka patuhilah laranganNya. Dan…

  • GELARAN YANG DIBERI LAWAN KEPADA DAKWAH SALAF

    – Gelaran yang diberi lawan – Taimiyyah, Wahhabiyyah – Jamiyyah, Madkhaliyyah Dakwah Salaf ialah dakwah yang mengajak masyarakat Islam kembali menghayati ajaran Islam sebenar seperti mana yang terkandung dalam Al-Quran dan al-Sunah serta mengikut apa yang dipraktikkan oleh para Sahabat Nabi ﷺ. Salaf yang dari sudut bahasanya bererti ‘pendahulu’ adalah…