|

SEBAIK-BAIK UCAPAN TERIMA KASIH

Sabda Nabi ﷺ:

مَنْ صُنِعَ إِلَيْهِ مَعْرُوفٌ فَقَالَ لِفَاعِلِهِ: جَزَاكَ اللَّهُ خَيْرًا فَقَدْ ‌أَبْلَغَ ‌فِي ‌الثَّنَاءِ.

“Barang siapa dilakukan padanya kebaikan lalu dia berkata kepada orang tersebut ‘Jazakallahu khaira (Semoga Allah membalasmu dengan kebaikan) maka sesungguhnya dia telah memberikan sebaik-baik pujian.”

[Sahih. Riwayat Tirmizi]

Nabi ﷺ dalam hadis di atas mengajarkan cara terbaik untuk mengucapkan terima kasih kepada mereka yang melakukan kebaikan iaitu dengan berkata kepadanya:

‘Jazakallahu khaira’

(Semoga Allah membalasmu dengan kebaikan)

Ternyata ini bukan sekadar ucapan ‘terima kasih’ malah ia juga merupakan sebuah doa.

Doa kebaikan buat orang yang berkenaan.

Sedangkan doa ialah ibadah.

Dan sebaik-baik ibadah ialah apa yang menepati sunah Nabi ﷺ.

Justeru amalkan doa ini tanpa mengubah atau menokok tambahnya.

Daripada Allah jua kita memohon hidayah.

Dr. Idris bin Sulaiman
Kajang
01 Zulkaedah 1444H
21 Mei 2023

Similar Posts

  • KETAWA MENDENGAR KENTUT

    KETAWA MENDENGAR KENTUT # Kentut sebagai gurauan Dari sudut hukum ia membatalkan wuduk, manakala dari sudut budaya ia boleh memberi aib jika berlaku di hadapan khalayak. Dari sudut adab pula, Nabi ﷺ melarang perbuatan mentertawakan orang yang terkentut. Nabi ﷻ bersabda: لِمَ ‌يَضْحَكُ ‌أَحَدُكُمْ مِمَّا يَفْعَلُ. “Mengapakah ada yang mentertawakan…

  • |

    ADAB-ADAB MEMBUANG HAJAT MENURUT AL-SUNAH

    Hantaran sebelum ini membidas tatacara kencing tertentu yang didakwa menurut al-Sunah kerana ia lebih kepada menyusahkan apa yang telah sedia dimudahkan oleh agama. TATACARA KENCING? Berikut adalah ringkasan adab-adab membuang hajat yang sabit dalam al-Sunah: 1. Menjauh dan melindungi diri daripada pandangan manusia lain; 2. Tidak membuang hajat di tempat…

  • GRUP WHATSAPP KELUARGA

    Zaman sentiasa berubah, demikian juga uruf dan adat manusia. Dahulu, bertanya khabar dilakukan melalui ziarah atau berutus warkah. Pada hari ini, ia lebih mudah dengan adanya aplikasi seperti WhatsApp. Namun begitu, kewajipan menjaga hubungan silaturahim tetap kekal dan tidak berubah. Antara bentuknya ialah memberi salam serta bertanya khabar, dan hal…

  • |

    TEGUR LEMAH LEMBUT ATAU KASAR?

    Sering apabila menegur kesalahan sebahagian orang lebih mudah menggunakan cara yang kasar berbanding cara yang lemah lembut. Lalu terdengarlah ayat-ayat seperti: “Eh, takkan ini pun tak tahu??” “Hoi bodoh!” “Takkan ini pun kena ajar!?” “Aduhai, berapa kali aku nak cakap??” Ini berlaku kerana cara yang kasar lebih mudah digunakan berbanding…

  • |

    MENGGEMBIRAKAN KAWAN

    – Sunah Nabi ﷺ Kawan yang baik ialah mereka yang prihatin dan peduli tentang keadaan saudaranya. Dia tidak akan membiarkan saudaranya dalam kesusahan tanpa berbuat apa-apa bagi meringankan beban yang dihadapinya. Termasuklah jika saudaranya itu dalam keadaan susah hati dan murung. Dia akan berusaha dan berikhtiar bagi mengembalikan semangat saudaranya….

  • |

    ISTERI BERSYUKUR & BERTERIMA KASIH

    Bersyukurlah nescaya rezekimu bertambah. Firman Allah ﷻ: لَئِن شَكَرۡتُمۡ لَأَزِيدَنَّكُمۡ. “Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepadamu.” [Al-Quran, Ibrahim, 14:7] Kerana itu para isteri diingatkan supaya bersyukur dan mengucapkan terima kasih kepada suami khususnya jika si isteri bergantung pada suaminya itu. Sabda Nabi ﷺ: لا يَنْظُرُ اللَّهُ إِلَى…