PENTINGNYA TAUHID

Tauhid mengesakan Allah ﷻ serta menjauhi segala bentuk syirik dan kufur merupakan syarat utama masuk syurga serta selamat daripada kekal dalam api neraka.

Firman Allah ﷻ:

إِنَّهُۥ مَن يُشۡرِكۡ بِٱللَّهِ فَقَدۡ حَرَّمَ ٱللَّهُ عَلَيۡهِ ٱلۡجَنَّةَ وَمَأۡوَىٰهُ ٱلنَّارُۖ وَمَا لِلظَّٰلِمِينَ مِنۡ أَنصَارٖ.

“Sesungguhnya barang siapa menyekutukan Allah dengan sesuatu yang lain maka Allah haramkan syurga atasnya dan tempat kembalinya ialah neraka; dan tiadalah seorang penolong pun bagi orang-orang yang berlaku zalim (syirik).”

[Al-Quran, al-Maa’idah, 5:72]

Sabda Nabi ﷺ:

مَنْ ‌مَاتَ ‌لَا ‌يُشْرِكُ ‌بِاللهِ شَيْئًا ‌دَخَلَ ‌الْجَنَّةَ ومَنْ مَاتَ يُشْرِكُ بِاللهِ شَيْئًا ‌دَخَلَ ‌النَّارَ.

“Barang siapa mati dalam keadaan tidak menyekutukan Allah dengan apa jua maka dia masuk syurga dan barang siapa mati dalam keadaan menyekutukan Allah maka dia masuk neraka.”

[Sahih. Riwayat Bukhari dan Muslim]

Pentingnya menjaga tauhid serta menjauhi segala bentuk syirik dan kufur yang merupakan perkara paling bahaya bagi manusia kerana ia menatijahkan kesengsaraan di dunia dan akhirat yang berkekalan.

Antara bentuk-bentuk syirik dan kufur ialah berdoa dan meminta tolong di alam ghaib daripada selain Allah ﷻ, percaya ada kuasa selain Allah ﷻ yang mengurus dan mentadbir alam, terdapat orang mati tertentu yang boleh menolong dan menyelamatkan orang hidup, menganggap selain agama Islam dan para penganutnya benar dan akan masuk syurga dan sebagainya.

Dr. Idris bin Sulaiman
Kajang
17 Syawal 1444H
08 Mei 2023

Similar Posts

  • | |

    PENTINGNYA TAUHID, BAHAYANYA SYIRIK

    Dalam sebuah hadis kudsi, Anas RA mengatakan aku mendengar Rasulullah ﷺ bersabda: “Allah ﷻ berkata: Wahai anak Adam, andainya kamu datang kepadaKu dengan dosa sepenuh jagat sedangkan kamu mati tidak berbuat syirik denganKu nescaya Aku berikan ampunan kepadamu sepenuh jagat jua.” [Hadis sahih. Riwayat al-Tirmizi, no. 3540] CATATAN Jagat: Alam,…

  • |

    TAHUN BAHARU MASIHI

    Muslim tidak menyambut tahun baharu Masihi. Tahun baharu Masihi berkait rapat dengan agama Kristian dan berasal usul daripada kepercayaan pagan. Masihi merujuk kepada kelahiran Nabi Isa alaihissalam. Dalam bahasa Inggeris kalendar Masihi dikenali sebagai ‘Gregorian calender’ nisbah kepada Paus Gregory ke XIII yang memperkenalkannya pada tahun 1582. Bulan Januari pula…

  • | |

    SEMBAH KUBUR DI NEGARA ISLAM

    Syeikh Muzammil Faqiri, seorang pendakwah Sudan menunjukkan cabaran yang terpaksa dihadapi oleh para dai di negaranya. Kelihatan beberapa bangunan berkubah tiga segi dibina di atas sesetengah kubur di Sudan. Sesetengah masyarakat Islam di sana mempercayai bahawa penghuni kubur-kubur ini memiliki keistimewaan-keistimewaan di samping mampu memberi manfaat-manfaat tertentu buat para pengunjungnya…

  • |

    PERARAKAN SAMBUTAN

    Amalan berarak sempena sambutan-sambutan tertentu tidak ada dalam Islam. Tiada sebarang anjuran untuk berbuat demikian dalam Al-Quran atau al-Sunah. Nabi ﷺ dan para Sahabat tidak pernah berarak membawa sepanduk dan sebagainya. Sama ada di Mekah atau Madinah, ini semua tidak pernah berlaku. Paling hampir pun ialah ibadah wukuf. Sedangkan ibadah…

  • |

    URD DALAM KENANGAN

    Allahyarham Ustaz Rasul Dahri sudah pun pergi. Beliau istiqamah berdakwah sampai hari terakhir. Mahu membantu agama Allah atau memilih jalan menyimpang adalah pilihan masing-masing. Allah ﷻ berfirman: وَقُلِ ٱلۡحَقُّ مِن رَّبِّكُمۡۖ فَمَن شَآءَ فَلۡيُؤۡمِن وَمَن شَآءَ فَلۡيَكۡفُرۡۚ إِنَّآ أَعۡتَدۡنَا لِلظَّٰلِمِينَ نَارًا أَحَاطَ بِهِمۡ سُرَادِقُهَا “Dan katakanlah: Kebenaran itu ialah yang…

  • | | |

    AHLI SUNAH SEJATI

    Pengikut Ahli Sunah berusaha untuk beramal dengan al-Sunah, sedangkan lawan mereka sedaya upaya mahu ketepikan al-Sunah atas alasan pendapat mazhab, tokoh, meraikan khilaf, hujah akal dan sebagainya. Firman Allah: فَإِن تَنَـٰزَعۡتُمۡ فِی شَیۡءࣲ فَرُدُّوهُ إِلَى ٱللَّهِ وَٱلرَّسُولِ إِن كُنتُمۡ تُؤۡمِنُونَ بِٱللَّهِ وَٱلۡیَوۡمِ ٱلۡـَٔاخِرِ. “Jika kalian berselisih dalam sesuatu perkara, maka…