|

MENYAMBUNG SILATURAHIM: KELEBIHAN LUAR BIASA

Muslim dituntut supaya menyambung hubungan silaturahim dengan saudara mara.

Hukumnya wajib tanpa khilaf.

Mereka yang menyambung silaturahim diberi ganjaran yang sangat lumayan.

Sabda Nabi ﷺ:

إِنَّ ‌أَعْجَلَ ‌الطَّاعَةِ ‌ثَوَابًا صِلَةُ الرَّحِمِ، وَإِنَّ أَهْلَ الْبَيْتِ لَيَكُونُونَ فَجَرَةً فَتَنْمُوا أَمْوَالُهُمْ وَيَكْثُرُ عَدَدُهُمْ إِذَا تَوَاصَلُوا.

“Sesungguhnya ketaatan yang paling cepat pahalanya ialah menyambung silaturahim, dan penghuni sesebuah rumah itu barangkali terdiri daripada kalangan ahli maksiat namun harta kekayaan mereka terus berkembang manakala jumlahnya terus bertambah jika mereka menyambung silaturahim.”

[Sahih. Riwayat Tirmidhi]

Hadis di atas menjelaskan kelebihan menyambung silaturahim, dan bahawasanya rezeki kekayaan seseorang itu – walaupun ahli maksiat – akan bertambah jika dia menjaga silaturahim.

Menyambung silaturahim dilakukan dengan berbuat ihsan kepada saudara mara dengan kata-kata dan perbuatan, termasuklah dengan menziarahi mereka, bertanya khabar, membantu dalam urusan mereka di samping menolong saudara mara yang memerlukan.

Jangan keliru, menyambung silaturahim tidak terbatas dengan mereka yang mahu menjalin hubungan itu semata-mata tetapi ia umum merangkumi hubungan dengan semua saudara mara lebih-lebih lagi dengan mereka yang memutuskannya.

Sabda Nabi ﷺ:

لَيْسَ الوَاصِلُ بِالمُكَافِئ، وَلكِنَّ الوَاصِلَ الَّذِي إِذَا قَطَعَتْ رَحِمُهُ وَصَلَهَا.

“Bukanlah orang yang menyambung silaturahim itu adalah orang yang membalas kebaikan orang lain setimpal dengan apa yang dilakukan kepadanya, akan tetapi orang yang menyambung silaturahim itu ialah orang yang jika ada pihak memutuskan hubungan dengannya maka dia akan bertindak untuk menyambungkannya.”

[Sahih. Riwayat Bukhari]

Wallahulmuwaffiq.

Dr. Idris bin Sulaiman
Kajang
14 Syawal 1444H
05 Mei 2023

Similar Posts

  • |

    CARA ANDA BERFIKIR

    CARA ANDA BERFIKIR Kehidupan anda sesuai dengan cara anda berfikir. Sekiranya cara anda berfikir membawa manfaat kepada agama dan dunia maka kehidupan anda akan menjadi baik dan bagus. Jika tidak maka keadaan akan menjadi sebaliknya. – Syeikh Abdul Rahman as-Saadi Idris bin Sulaiman Kajang 26 Zulkaedah 1442H / 07 Julai…

  • |

    PROPAGANDA MEMBURUKKAN ARAB SAUDI

    Ramai bertanya tentang sebuah video tular kononnya kerajaan Arab Saudi telah mengumumkan sekatan-sekatan baharu bagi bulan Ramadan nanti. Jawapan ringkas saya: Berita yang telah dimanipulasikan bagi memburuk-burukkan kerajaan Islam di sana. Propaganda murahan oleh pembenci-pembenci. Usah mengumpul dosa-dosa kering dengan berita-berita sampah sebegini. Muslim seharusnya tabayun dahulu sebelum menerima dan…

  • |

    LABEL EKSTREM

    – Ustaz Ahmad Rozaini – Ustaz Engku Fadzil Dakwah Salafi menekankan supaya semua amal ibadah termasuklah doa ditujukan terus kepada Allah ﷻ semata-mata tanpa sebarang perantara. Ini penting bagi menjauhi syirik sebagaimana firman Allah ﷻ: وَلَقَدۡ بَعَثۡنَا فِي كُلِّ أُمَّةٖ رَّسُولًا أَنِ ٱعۡبُدُواْ ٱللَّهَ وَٱجۡتَنِبُواْ ٱلطَّٰغُوتَ. “Dan sesungguhnya Kami telah…

  • |

    ARAB SAUDI BENARKAN YAHUDI MASUK MEKAH?

    ARAB SAUDI BENARKAN YAHUDI MASUK MEKAH? Fitnah ke atas Arab Saudi datang bertalu-talu. Sekalipun ramai yang skeptikal tetapi tidak kurang juga yang percaya bulat-bulat lalu menambah asam pedas mereka mengutuk dan mencela Arab Saudi dengan pelbagai cacian dan makian. Bermula dengan dakwaan Arab Saudi mahu memulakan perhubungan diplomatik dengan negara…

  • |

    BAHAGIA HAKIKI BUKAN DENGAN HARTA

    Firman Allah ﷻ: فَلَا تُعۡجِبۡكَ أَمۡوَٰلُهُمۡ وَلَآ أَوۡلَٰدُهُمۡۚ إِنَّمَا يُرِيدُ ٱللَّهُ لِيُعَذِّبَهُم بِهَا فِي ٱلۡحَيَوٰةِ ٱلدُّنۡيَا وَتَزۡهَقَ أَنفُسُهُمۡ وَهُمۡ كَٰفِرُونَ “Oleh itu, janganlah engkau tertarik hati kepada kekayaan harta dan anak-anak mereka (kerana) sesungguhnya Allah hanya hendak menyeksa mereka dengan kekayaan dan anak-anak mereka itu dalam kehidupan dunia, dan hendak…