|

PENTINGNYA AKIDAH TAUHID

Dakwah sekalian para nabi menekankan akidah tauhid.

Ini kerana barang siapa yang akidah tauhidnya bagus maka amalannya pun akan turut jadi bagus.

Sedangkan orang yang akidah tauhidnya rosak maka akan rosaklah juga amalan-amalan yang dilakukannya sekalipun orangnya banyak solat, berpuasa, bersedekah dan beramal ibadah.

Oleh itu, orang fasik daripada kalangan ahli tauhid jauh lebih bagus daripada orang yang banyak bersedekah dan beribadah tetapi rosak akidah tauhidnya.

Ini kerana Allah ﷻ berfirman:

وَقَدِمۡنَآ إِلَىٰ مَا عَمِلُواْ مِنۡ عَمَلٖ فَجَعَلۡنَٰهُ هَبَآءٗ مَّنثُورًا

“Dan Kami tujukan perbicaraan kepada apa yang mereka telah kerjakan daripada jenis amal (yang mereka anggap baik) lalu Kami menjadikannya debu-debu yang berterbangan.”

[Al-Quran, al-Furqan, 25: 23]

Amalan-amalan yang dianggap baik itu ditolak Allah ﷻ sehingga ia jadi debu-debu yang berterbangan kerana akidah orangnya rosak dan tidak berlandaskan kepada tauhid mengesakan Allah ﷻ dalam ibadah-ibadah yang dilaksanakan.

Firman Allah ﷻ lagi:

قُلۡ هَلۡ نُنَبِّئُكُم بِٱلۡأَخۡسَرِينَ أَعۡمَٰلًا ٱلَّذِينَ ضَلَّ سَعۡيُهُمۡ فِي ٱلۡحَيَوٰةِ ٱلدُّنۡيَا وَهُمۡ يَحۡسَبُونَ أَنَّهُمۡ يُحۡسِنُونَ صُنۡعًا

“Katakanlah: Mahukah Kami khabarkan kepada kamu tentang orang-orang yang paling rugi amal-amal perbuatannya? (Iaitu) orang-orang yang telah mensia-siakan amal usahanya dalam kehidupan dunia ini sedangkan mereka menyangka bahawa mereka melakukan hal-hal yang baik.”

[Al-Quran, al-Kahf, 18: 103]

Mereka menyangka bahawa amalan-amalan yang dilakukan adalah baik sedangkan tidak.

Ini kerana ia tidak berdiri di atas asas yang benar iaitu akidah tauhid, mengikhlaskan segala amalan ibadah untuk Allah ﷻ semata-mata, menjauhi khurafat dan syirik di samping ittiba’, melaksanakannya mengikut contoh sunah Nabi ﷺ.

Dr. Idris bin Sulaiman
Kajang
10 Ramadan1444H
01 April 2023

Similar Posts

  • | |

    RAMADAN BULAN RAHMAT SELURUHNYA BUKAN HANYA PADA AWALNYA

    Antara hadis masyhur tentang bulan Ramadan ialah riwayat: هُوَ شَهْرٌ ‌أَوَّلُهُ ‌رَحْمَةٌ ‌وَأَوْسَطُهُ ‌مَغْفِرَةٌ ‌وَآخِرُهُ ‌عِتْقٌ ‌مِنَ ‌النَّارِ. “(Ramadan) ialah bulan yang awalnya rahmat, pertengahannya keampunan dan akhirnya pelepasan daripada api neraka.” Hadis ini diriwayatkan oleh Ibnu Khuzaimah dan lain. Hadis ini dinilai daif atas tiga sebab: Ali bin Zaid…

  • |

    Huraian erti penyembahan kubur

    Allah Melaknat Penyembah Kubur Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda : لَعَنَ اللَّهُ اليَهُودَ وَالنَّصَارَى اتَّخَذُوا قُبُورَ أَنْبِيَائِهِمْ مَسَاجِدَ» ، لَوْلاَ ذَلِكَ أُبْرِزَ قَبْرُهُ غَيْرَ أَنَّهُ خَشِيَ – أَوْ خُشِيَ – أَنَّ يُتَّخَذَ مَسْجِدًا ”Allah melaknat orang-orang Yahudi dan Nasrani karena mereka menjadikan kubur Nabi mereka sebagai masjid, (Aisyah berkata),…

  • PROGRAM PELAJAR MELAYU MUSLIM DI KUIL?

    PROGRAM PELAJAR MELAYU MUSLIM DI KUIL? Tersebar di media sosial gambar sekumpulan pelajar MELAYU MUSLIM – lelaki & perempuan -menghadiri program keagamaan di sebuah KUIL. Hal ini sangat TIDAK WAJAR. Perkara ini bertentangan dengan syariat kerana ia merosakkan AKIDAH. Kononnya atas prinsip KEMANUSIAAN. Sedar atau tidak, inilah dakyah PLURALISME yang…

  • | |

    BIDAAH PROGRAM ZIARAH KUBUR

    Syariat mengharuskan ziarah kubur untuk mengingatkan kematian dan hari akhirat sebagaimana sabda Nabi ﷺ: كُنْتُ ‌نَهَيْتُكُمْ ‌عَنْ زِيَارَةِ القُبُورِ فَزُورُوهَا فَإِنَّهَا تُذَكِّرُ الآخِرَةَ. “Sesungguhnya dahulu aku melarang kalian daripada menziarahi kubur, maka ziarahilah ia kerana ia mengingatkan kalian kepada akhirat.” [Sahih, riwayat Tirmizi, no. 1054] Walau bagaimanapun, terdapat larangan bermusafir…

  • | |

    AMARAN FACEBOOK

    AMARAN FACEBOOK Akaun Ustaz Idris bin Sulaiman (Abu Omar Idris Sulaiman) baru-baru ini diberi amaran oleh Facebook gara-gara penulisan tentang Syiah. Tertera pada status akaunnya sekarang ‘warning’. Inilah hakikat yang perlu diingat bahawa Facebook mempunyai peraturan-peraturan dan garis-garis panduan tertentu yang perlu diikuti. Apa yang pasti ia bukan pro Islam…