| |

BULAN REJAB

– Fadilat, kelebihan

Tidak sabit mana-mana hadis tentang kelebihan bulan Rejab secara amnya atau fadilat mana-mana ibadah secara khusus pada bulan ini.

Menurut Syeikh Saleh al-Fauzan:

“Ulama menegaskan tidak boleh mengkhususkan mana-mana ibadah pada bulan Rejab ini.”

Maka tidak disyariatkan mengucapkan tahniah sempena kedatangannya, berpuasa atau pun membaca doa-doa tertentu, kata Syeikh Sulaiman al-Ruhaili.

Adapun doa:

اللَّهُمَّ باَرِكْ لَنَا فِي رَجَب وَشَعْبَان وَبَلِّغْنَا رَمَضَان.

“Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan Syaaban, dan sampaikan kami bertemu dengan bulan Ramadan.”

Hadis ini diriwayatkan oleh Abu Naim dan al-Bazzar di mana salah seorang perawinya iaitu Zaidah bin Abi al-Raqqad adalah ‘mungkar’ dan tidak boleh dijadikan sebagai hujah seperti mana menurut Imam Bukhari dan yang lain.

Dalam sanadnya juga terdapat Zayyad bin Abdullah al-Numari yang merupakan seorang perawi yang lemah dan tidak boleh dijadikan sebagai hujah sebagaimana menurut Yahya bin Main, Abu Hatim dan yang lain.

Justeru hadisnya daif dan tidak sabit daripada Nabi ﷺ sebagaimana yang ditegaskan oleh al-Nawawi, al-Zahabi, Ibnu Hajar, Ahmad Syakir, al-Albani dan yang lain.

Kata Ibnu Hajar:

لَمْ يَرِدْ فِي ‌فَضْلِ ‌شَهْرِ ‌رَجَبْ، وَلا صِيَامُهُ، وَلا فِي صِيَامِ شَيْءٍ مِنْهُ مُعَيَّنٍ، وَلا فِي قِيَامِ لَيْلَة مَخْصُوصَةٍ فِيهِ حَدِيثٍ صَحِيحٍ.

“Tidak warid mana-mana hadis sahih tentang fadilat bulan Rejab, berpuasa seluruhnya atau pada hari-hari tertentu, ataupun melakukan qiamullail pada malam-malam tertentu pada bulan ini.”

Kata al-Hafiz Ibnu Rajab:

وَأَمَّا الصِّيَامُ فَلَمْ يَصِحُّ فِي ‌فَضْلِ ‌صَوْمِ ‌رَجَب بِخُصُوصِهِ شَيْءٌ عَنْ النَّبِي صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَلَا عَنْ أصْحَابِهِ.

“Adapun puasa, tidak sabit apa-apa daripada Nabi ﷺ atau para Sahabat tentang kelebihan berpuasa pada bulan Rejab.”

– Pentingnya berilmu sebelum beramal.

Dr. Idris bin Sulaiman
Kajang
02 Rejab 1444H
24 Januari 2023

Similar Posts

  • | | |

    PUASA SEBENAR

    Puasa bukan sekadar dengan meninggalkan makan dan minum. Tetapi puasa ialah dengan turut meninggalkan mengumpat, adu domba, mencela, memaki hamun, perkataan dan tulisan jelik, mendengar muzik, melihat benda-benda haram di samping hal-hal tiada faedah dan perkara-perkara haram lain. Sebagaimana sabda Nabi ﷺ: لَيْسَ الصِّيَامُ مِنَ الْأَكْلِ وَالشُّرْبِ، إِنَّمَا الصِّيَامُ ‌مِنَ…

  • |

    ISU LARANGAN SOLAT JUMAAT & SOLAT BERJEMAAH AKIBAT PENULARAN KORONAVIRUS

    ISU LARANGAN SOLAT JUMAAT & SOLAT BERJEMAAH AKIBAT PENULARAN KORONAVIRUS (Penafian: Artikel ini bukan bertujuan untuk menyanggah mana-mana fatwa atau arahan pemerintah. Sebaliknya ia perbahasan akademik yang bertujuan supaya Muslimin bermuhasabah agar kembali kepada Allah di saat menghadapi musibah) (Penafian 2: Ketaatan kepada pemerintah Muslim dalam hal makruf termasuk dalam…

  • |

    SOLAT DI KUBUR

    SOLAT DI KUBUR Agama Islam MELARANG SOLAT di KUBUR. Tak kira di mana jua kubur itu berada. Nabi bersabda: لَعَنَ اللَّهُ الْيَهُودَ وَالنَّصَارَى اتَّخَذُوا قُبُورَ أَنْبِيَائِهِمْ مَسَاجِد “ALLAH MELAKNAT orang-orang Yahudi dan Nasrani. Mereka menjadikan KUBUR nabi-nabi mereka sebagai MASJID.” Riwayat Bukhari dan Muslim. Apa maksud menjadikan ‘KUBUR SEBAGAI MASJID’?…

  • | |

    DOA AKHIR & AWAL TAHUN HIJRAH

    Tiada sebarang doa atau amalan yang sabit daripada Nabi ﷺ, para Sahabat atau para ulama muktabar bersempena dengan berakhirnya tahun Hijrah dan awalnya. Justeru segala apa dalam hal ini merupakan rekaan semata-mata serta tokok-tambah dalam agama yang tidak diizinkan oleh syariat. Sedangkan Nabi ﷺ bersabda: “Barang siapa mengada-adakan sesuatu perkara…

  • |

    MALAM 27 RAMADAN

    – Khamis, 28 April 2022 – Malam Lailatul Qadar Malam 27 Ramadan merupakan malam yang paling diharapkan berlakunya Lailatul Qadar kerana ia termasuk dalam malam-malam ganjil di bulan Ramadan, dan termasuk dalam sepuluh, tujuh malah lima malam terakhir Ramadan. Sabda Nabi ﷺ: مَنْ صَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا…