|

MASJID SYEIKH ABDUL MUHSIN AL-ABBAD

Alhamdulillah, semalam berkesempatan mengunjungi Masjid al-Quddus al-Salam di taman perumahan berhampiran Universiti Islam Madinah.

Masjid ini terletak tidak berapa jauh dari rumah ulama besar Madinah, Syeikh Abdul Muhsin al-Abbad al-Badr.

Memang hajat di hati hendak bersua dan bersalaman dengannya, jika beliau ada.

Itu tujuan utama kami singgah solat Isyak di sini.

Ternyata Syeikh benar-benar ada dalam masjid di saf hadapan sedang menunggu iqamat dikumandangkan.

Sekalipun berkarpet dan berhawa dingin, secara amnya keadaan dalam masjid adalah sederhana seperti mana gambaran yang dapat diambil dari papan tanda nama masjid yang terletak di tepi pintu utamanya (lihat gambar yang dilampirkan).

Sesudah selesai solat Isyak kami menunggu Syeikh di luar masjid.

Tiba-tiba beliau muncul keluar dengan seorang lelaki yang menolak kerusi rodanya.

Siapa sangka orang yang menolak kerusi roda Syeikh ialah anak beliau sendiri, Syeikh Abdul Razzaq al-Badr hafizahumallah.

Sangat luar biasa.

Tiada kata-kata yang dapat menggambarkan perasaan melihat dua ulama besar ini, si bapa dan anaknya.

Gembira bersalut syahdu.

Syeikh Abdul Razzaq menolak kerusi roda ayahnya begitu laju seperti hendak mengelak sesiapa yang ingin menyapa mereka.

Memahami hal tersebut kami tercegat berdiri, tidak berbuat apa-apa selain daripada melihat dengan rasa kagum kelibat mereka berdua pulang ke rumah (lihat gambar dari jauh yang dilampirkan).

Anak yang luar biasa sedang berbakti kepada orang tuanya yang hebat.

Contoh birrul walidain yang sangat menginsafkan.

Semoga Allah ﷻ merahmati kedua-dua guruku serta membalas mereka dengan pahala yang berlipat kali ganda.

Idris bin Sulaiman
Madinah
23 Jamadilakhir 1444
16 Januari 2023

Similar Posts

  • |

    ANTARA PENGEBOMAN MEKAH & KOTA LONDON

    ANTARA PENGEBOMAN MEKAH & KOTA LONDON Apabila kota-kota negara kafir seperti London, Paris dan Brussels bergegar dengan letupan bom pengganas, ketika itu ramailah yang akan membincangkannya, menyuarakan bantahan mereka dan mengutuk perbuatan tersebut. Tetapi apabila hal yang sama berlaku di Kota Suci Islam, tempat letaknya Rumah Allah, Kaabah, Kiblat Umat…

  • |

    BAHAYA WASWAS

    – Cara menghilangkannya – Faedah menuntut ilmu Rasa waswas boleh datang kepada sesiapa. Bisikan-bisikan yang hadir dalam hati manusia tanpa diundang. Sehingga menyebabkan orangnya rasa kurang yakin dan tidak tenang. Tidak kira dalam apa jua urusan, rasa waswas boleh datang mengganggu lalu menyebabkan apa yang pada asalnya mudah bertukar menjadi…

  • TEMPAT LETAKNYA AKAL, SIFAT KASIH & KASIHAN

    TEMPAT LETAKNYA AKAL, SIFAT KASIH & KASIHAN . Ali bin Abi Talib radhiallahu berkata dalam Perang Siffin: إن العقل في القلب والرحمة في الكبد والرأفة في الطحال والنفس في الرئة “Sesungguhnya akal dalam JANTUNG, kasih dalam HATI, kasihan dalam LIMPA, manakala nafas (atau nafsu?) dalam PARU-PARU.” . Riwayat Bukhari dalam…

  • | |

    DOA QUNUT NAZILAH

    DOA QUNUT NAZILAH Jika Umat Islam ditimpa suatu musibah seperti kemarau, banjir, ketakutan, serangan musuh dan seumpamanya, maka dianjurkan untuk mereka melakukan QUNUT NAZILAH pada rakaat terakhir sebelum atau selepas rukuk, dalam semua solat fardu, secara kuat dan dengan lafaz doa yang bersesuaian dengan musibah yang menimpa. Ini sebagaimana dalam…

  • |

    TUTUP AURAT PAHAMU!

    Peha lelaki termasuk dalam aurat yang wajib ditutup bukan sahaja dalam solat malah apabila keluar dari rumah. Ini berdasarkan keterangan jelas dalam hadis-hadis Nabi ﷺ mengenai hal ini. Antaranya ialah sabda Nabi ﷺ: مَا ‌بَيْنَ ‌السُّرَّةِ ‌وَالرُّكْبَةِ ‌عَوْرَةٌ. “Antara pusat dan lutut ialah aurat.” [Hasan. Riwayat al-Daraqutni] Dalam hadis lain,…